Punca 2 Adun Pkr Hilang Dari Sidang Dun Melaka Terbongkar


Punca 2 ADUN PKR Hilang Dari Sidang DUN MELAKA Terbongkar | Semalam, usul kerajaan negeri mencalonkan pengerusi PKR negeri sebagai senator ditolak Dewan Undangan Negeri selepas parti pemerintah tewas dalam undian

Hari ini, dua Adun PKR yang bertindak keluar sidang DUN semalam menafikan mereka mahu mensabotaj usul tersebut

Dua Adun PKR yang bertindak keluar dari Dewan Undangan Negeri Melaka sebelum usul kerajaan untuk mencalonkan pemimpin PKR sebagai seorang senator dikalahkan hari ini menafikan bahawa mereka mahu mensabotaj gerakan itu

Menurut Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis, mereka hanya kecewa dengan kepimpinan PKR negeri, yang didakwa telah mengetepikan dirinya dan Ginie Lim (Adun Machap Jaya) daripada sebarang perbincangan termasuk hal pelantikan penting di negeri itu
Iklan
Beliau berkata keputusan mereka untuk keluar dari sidang dewan kerana mereka tidak mahu menentang usul itu, tetapi menyerahkan kepada para Adun untuk membuat keputusan

"Jadi kita tak menentang, tapi kami biar dewan memutuskan. Kami ambil langkah untuk tinggalkan dewan ini sebagai satu tindakan, tidak berniat malukan kerajaan negeri," katanya

Bukan nak tubuh kerajaan pintu belakang
Jailani juga menafikan tindakan itu menentang kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Melaka Adly Zahari

Punca 2 ADUN PKR Hilang Dari Sidang DUN MELAKA Terbongkar
Katanya, Adun PKR yang keluar DUN itu tidak merancang untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang

"Insiden semalam tiada kaitan kerajaan pintu belakang, mahupun cuba menafikan usul dari kerajaan negeri. Bukan itu hasrat kami

"Masalah dengan MPN (PKR) Mmelaka ini tak pernah ajak kami berunding dan ini bukan kali pertama

"Isu ini telah lama berlanjutan, berkaitan pelantikan ahli majlis, seterusnya sampai ke insiden ini

"Di mana kita dua exco bukan saja wakil rakyat tapi wakil pada parti. Seharusnya kami diajak berbincang dan berkongsi pendapat, tapi MPN PKR ini lebih amal sikap kronisme dan nepotisme yang kita tentang dalam PRU tapi ini diamalkan," katanya kepada media selepas sidang DUN di Melaka hari ini

Sementara itu, Ginie Lim berkata beliau perlu meminta maaf kerana meninggalkan dewan semalam

Katanya, hal itu telah dimaklumkan kepada ketua menteri dan beliau telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim serta telah menjelaskan sebab tindakannya itu

"Pandangan beliau (Anwar) adalah perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya menjelaskan bahawa kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana kami memiliki sebab kami sendiri dan beliau (Anwar) berkata kami akan berbincang mengenai perkara tersebut apabila kami bertemu," jelasnya

Jailani juga mencadangkan supaya presiden parti Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi PKR negeri Halim Bachik dengan bekas penyandang jawatan itu, Shamsul Iskandar Md Akin, yang juga MP Bukit Katil

Beliau mendakwa Shamsul lebih profesional dan pemimpin yang lebih baik daripada Halim

Punca 2 ADUN PKR Hilang Dari Sidang DUN MELAKA Terbongkar
Sementara itu, Ginie Lim berkata beliau tidak merasa perlu meminta maaf kerana meninggalkan dewan semalam

Katanya, hal itu telah dimaklumkan kepada ketua menteri dan beliau telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim serta telah menjelaskan sebab tindakannya itu

"Pandangan beliau (Anwar) adalah perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya menjelaskan bahawa kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana kami memiliki sebab kami sendiri dan beliau (Anwar) berkata kami akan berbincang mengenai perkara tersebut apabila kami bertemu," jelasnya

Menurutnya lagi, Anwar akan mengaturkan masa untuk mereka bertemu

Kata Lim, beliau dan Jailani menyokong penuh kepimpinan Adly sebagai ketua menteri, tetapi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul cadangan senator itu

"Ini tidak ada kaitan kedudukan kem-kem dalam parti, kami hanya berharap apabila membincangkan pilihan para senator maka PKR Melaka perlu dapat lebih telus dan terbuka dengan proses perbincangan," katanya

Krisis PKR Melaka tiada kaitan kem Anwar, Azmin
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran mendakwa isu pelantikan senator itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat parti peringkat negeri

"Saya tidak pernah lepas untuk hadir mesyuarat PKR negeri. Setahu saya, isu pelantikan senator tidak pernah dibincangkan, ini mungkin keputusan pengerusi parti itu sendiri

"Saya juga boleh mengesahkan bahawa isu dalaman PKR negeri agak serius," katanya ketika dihubungi Malaysiakini

Rajendran yang mendawa dirinya penyokong kuat Anwar dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata krisis dalam PKR Melaka tiada kaitan dengan persaingan kem Anwar dan timbalannya Azmin Ali

Punca 2 ADUN PKR Hilang Dari Sidang DUN MELAKA Terbongkar
Dakwanya, masalah itu berpunca daripada diskriminasi dan nepotisme oleh kepimpinan negeri

"Sebagai contoh, Halim sendiri memegang jawatan dalam dua syarikat berkaitan kerajaan negeri dan dilantik sebagai koordinator DUN Tanjung Bidara. Sekarang namanya disenarai sebagai senator, ini telah menyebabkan rasa tidak senang kepada banyak pihak di peringkat negeri," katanya

"Mungkin kepimpinan parti pusat tidak diberi gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di negeri ini," katanya

Rajendran juga meminta presiden parti untuk terlibat dan menyelesaikan isu-isu tersebut

Malaysiakini telah menghubungi Halim bagi mendapatkan penjelasannya. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/11/punca-2-adun-pkr-hilang-dari-sidang-dun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 418 hits
Diterbitkan Hari ini 12 56 tengahariBERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata tindakan dua Adun parti itu sehingga menyaksikan usul yang dibawa oleh kerajaan negeri Melaka tewas di dewan undangan negeri semalam tidak dapat diterima Saya seda...
Nasib 2 Adun Pkr Melaka Akan Diketahui

Nasib 2 Adun Pkr Melaka Akan Diketahui

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 392 hits
Nasib 2 ADUN PKR Melaka Akan Diketahui Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata tindakan dua Adun parti itu sehingga menyaksikan usul yang dibawa oleh kerajaan negeri Melaka tewas di dewan undangan negeri semalam tidak dapat diterima Saya sedang ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation