Pulut Seri Muka Pandan
Banyak kali dah Kjee buat. Dua tiga kali sahaja puas hati. Pelbagai resipi sudah Kjee cuba. Dan kali ini, harap- harap ini resipi terakhir yang Kjee cuba. Puas sangat hati. Dalam masa seminggu, dah dua kali Kjee buat. There goes my diet and my sugar level. 🤫🤪Since Kjee excited sangat kalau dapat resipi yang menepati citarasa, maka I want to share it with you guys. Sapa punya resipi, Kjee tak berapa pasti. Tapi ia lalu di newsfeed Kjee. Dan pemiliknya kata resipi turun temurun ibunya. Thnx so much. Mohon halalkan
Kjee jugak ubah suai letak durian minggu lepas. Maklumlah sekarang musim durian gugur. Sama aje caranya. Untuk Pulut Seri Muka Durian, letak secawan durian yang dikisar sama satu cawan air. Tak payah letak air daun pandan. Letak pewarna kuning sikit jer. Proses lain semua serupa
Ok jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.
PULUT SERI MUKA PANDANBahan2 dibawah ini cukuplah untuk satu loyang 7x7in. Loyang yang bulat 8" pun ngam
LAPISAN BAWAH1 dan setengah cawan beras pulut1 cawan santan cairSecubit garamSehelai daun pandanRendam pulut selama sejam. Toskan. Pastu campur santan cair, garam serta simpulkan daun pandan. Masak sekejap sampai airnya kering sikit. Pindah pulut ke dalam loyang pastu kukus selama 20 minit. Dah elok masaknya, keluar dari kukusan dan mampankan. Kjee tekan2 guna spatula sampai padat. Tambah air dalam kukusan dan panaskan api kecik sementara nak buat bahagian atas
LAPISAN ATASSatu cawan santan pekat Setengah cawan gula pasir1 cawan air pandan3 biji telor Setengah cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung ubiSedikit pewarna hijauSecubit garam
Blend 7 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis. Campur semua bahan guna whisk kecuali telor. Apabila sudah sebati dan gula sudah larut, pukul telor manja-manja dengan garfu dalam mangkuk lain. Kemudian campur dalam adunan yang telah di whisk tadi. Masuk secubit garam dan sedikit pewarna hijau. Kacau sampai rata. Kemudian ditapis ke dalam periuk
Loyang berisi pulut yang telah mampan tadi, diletak semula dalam kukusan. Api kukusan jangan besar sangat
Jerang adunan hijau, guna api perlahan sambil kacau tanpa henti. Dah berwap aje, terus tuang ke dalam loyang pulut. Kukus lebih kurang 30 minit. Api sedang-sedang aje. Terlalu besar adunan akan meluap. Penutup kukusan dilapik tuala bersih untuk elak air menitis. Selepas 30 minit atau setelah lapisan atas masak, sambung kukus 10 minit tanpa penutup. Ini untuk bagi lapisan atas, kering.
TIPSKjee ada tips untuk elak air menitis atas kuih yang sedang dikukus. Guna penutup buluh atau bambu. Penutup yang orang Cina guna untuk kukus pau. Gerenti wap terperangkap kat penutup dan tidak menitis. Penutup ini ada jual di kedai2 jual pinggan mangkuk orang Cina . Shopee pun ada tapi kena beli ikut saiz kukusan korang. Mahal sikit tapi berbaloi
Tunggu sejuk betul2 lebih kurang 3-4 jam baru dipotong-potong guna pisau plastik. Selamat Mencuba
By the way, sukatan cawan yang Kjee gunakan adalah cawan standard metrik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2020/06/pulut-seri-muka-pandan.html