Dua Kali Mengandung Dua Kali Fobia Muka Berubah Hitam Tak Macam Diri Sebenar


Alahan ketika mengandung bagi setiap wanita tak sama. Ada yang tak ada alahan langsung, ada yang biasa-biasa dan yang paling teruk pun ada sehingga nak bersalin. Semua ini jelas membuktikan bukan hanya sakit bersalin je kena hadap, alahan sepanjang mengandung pun kena lalui juga. Cuma rezeki setiap orang tak sama.

Bagi ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini yang dikenali sebagai Amma Malik, pengalamannya mengandung kedua-dua anak cukup membuatkan dirinya fobia untuk hamil lagi.
Bukan apa alahannya sangat teruk sehingga perubahan kulit wajahnya jadi gelap dan beratnya juga naik lebih 20 kilogram untuk kedua-dua kehamilan itu sehingga orang tak mengenali dirinya yang sebenar.

ORANG YG SAMA TUDUNG YG SAMA!!
Bkn mamak.
Bkn rosak sbb produk mercury.
Bkn kembali ke wajah azali.
Bkn Sebab tak makeup.
“Bila lagi nak rasa jd hodoh”
“Hidung buh silicon”
Ni alahan time pregnant!!
Keadaan wajah dan fizikal ketika anak pertama Yang komen hina-hina Amma, Amma maafkan dan harap hampa, bini hampa tak jadi lah macam Amma.
Kenapa lama menghilang jarang muncul di fb ig?? Sebab down sangat. Yang alami je memahami. Sekarang pun tak berubah habis lagi. Tapi alhamdulillah la bentuk hidung dah kembali ke bentuk asal. Kulit je tak berapa nak ok lagi dan masih “berisi” 49kg.
Dan dengan bantuan makeup juga lah buat rasa diri ada keyakinan sikit nak selfie up kat FB.
ARTIKEL BERKENAAN [‘What Mak Cik’! Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Masa Hamil. Muka Hitam, Hidung Kembang]
Terkilan dapat kecaman 
Bagaimanapun menurut Amma, dia sedikit terkilan selepas berkongsi kisah alahannya dan gambar semasa mengandung kerana ramai juga yang mengecam dan meninggalkan kata-kata yang kurang senang.
Alahan Amma sewaktu anak kedua sama bermula ketika usia kandungan 38 minggu Niatnya hanya satu untuk memberi semangat kepada wanita bergelar ibu yang pernah lalui pengalaman seperti ini.
Kongsi Amma, alahannya bermula ketika kehamilan pertama. Cuma semasa anak pertama alahannya sangat teruk kerana di awal trimester pertama lagi dah mula alahan sehingga perlu masuk wad.
“Masuk kandungan lima bulan baru okey tetapi masa ni memang perubahan kulit wajah yang gelap, naik kayap dekat muka dan tengkuk sehinggalah bersalin.
Manakala untuk kandungan kedua ini alhamdulillah alahan teruk tak ada cumanya masuk usia kandungan 38 minggu terus kulit muka berubah sehingga menampakkan seperti orang lain dan bukan diri sebenar,” kongsinya yang turut bersalin kedua-dua anak pada minggu ke-41 sehingga perlu di indius.

Ambil masa 6 bulan untuk kembali kulit wajah asal 
Tambah Amma, untuk dia kembalikan wajahnya ke kulit asal bukan mudah. Ia mengambil masa 6 bulan.
Macam yang anak nombor dua ni, 6 bulan lepas bersalin memang dah okey cumanya kulit daki-daki dekat badan masih ada lagi dan belum berubah habis sepenuhnya.
Memang ia akan hilang sendiri tetapi Amma ada juga produk yang selamat untuk mempercepatkan lagi usaha kembalikan wajah asal.
Bukan kulit wajah je yang buatkan diri rasa tak yakin, berat badan juga pun turut menjadi igauan.

Ini kerana masa mengandungkan anak pertama berat asal Amma hanya 39 kilogram naik hingga mencecah 60 kilogram. Manakala ketika mengandungkan anak kedua pula berat naik sehingga mencecah 65 kilogram. Kini dah 6 bulan usia anak kedua dapatlah berat 49 kilogram.
Mujurlah suami cukup memahami keadaan Amma dan selalu puji cantik walaupun dalam keadaan Amma yang lain dari yang dia kenali sebelum ini.

Suami juga sentiasa bagi kata-kata semangat dan pesan jangan hiraukan mulut orang. Hanya yang tahu saya akan faham.
Cuma buat masa ini Amma masih berusaha lagi untuk menurunkan beberapa kilogram lagi untuk mendapat berat ideal kerana tinggi Amma hanya 149 cm dan komitmen Amma sebagai model pakaian muslimah.

 
The post Dua Kali Mengandung, Dua Kali Fobia! Muka Berubah Hitam, Tak Macam Diri Sebenar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dua-kali-mengandung-dua-kali-fobia-muka-berubah-hitam-tak-macam-diri-sebenar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terpaksa Di Masukkan Ke Hospital Dah Dua Kali Tak Sangka Rupanya Ini Penyakit Sebenar Zain Saidin Yang Doktor Sahkan

Terpaksa Di Masukkan Ke Hospital Dah Dua Kali Tak Sangka Rupanya Ini Penyakit Sebenar Zain Saidin Yang Doktor Sahkan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 312 hits
Pelakon Zain Saidin mengesahkan sedang menerima rawatan di di sebuah pusat perubatan apabila mengalami sakit bahagian belakang Selasa lalu Zain sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pundi kencing minggu lalu berkata doktor mem...
Bayi Kerap Kembung Perut Buat Minyak Bawang Putih Lada Hitam Sapu Di Dua Point Utama

Bayi Kerap Kembung Perut Buat Minyak Bawang Putih Lada Hitam Sapu Di Dua Point Utama

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 301 hits
Anak jenis kerap menangis tanpa tahu puncanya kadang kadang memeningkan kepala ibu bapa Orang kata serba tak kena Namun jika keadaan ini tak dikawal tidur anak pun pasti akan terganggu Kalau tahu sakit senang nak rawat Ada beberapa sebab se...
Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 294 hits
Anwar realistik Dia sebut jumlah yang ada dlm poket PH iaitu 107 MP Bodohlah dia kalau dia nak sebut ada berapa lagi MP yang berminat untuk bersama PH Jika ini diambil kira ertinya ada lagi 115 MP dari 222 kesemuanya Adakah Muhyidin dapat k...
Hiburan Rasa Macam Dah Give Up Anak Jatuh Dari Katil Dan Benjol Elfira Loy Kecewa Dengan Diri Sendiri

Hiburan Rasa Macam Dah Give Up Anak Jatuh Dari Katil Dan Benjol Elfira Loy Kecewa Dengan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 507 hits
Elfira Loy di laman instagramnya telah meluahkan rasa kekecewaan kerana bertindak cuai selepas anak sulung kesayangannya Muhammad Rayyan Khalaf mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katil bayi Luah Elfira walaupun Rayyan tidak jatuh da...
Kucing Dengan Muka Dua Tona Warna Wariskan Warna Tersebut Kepada Dua Anaknya

Kucing Dengan Muka Dua Tona Warna Wariskan Warna Tersebut Kepada Dua Anaknya

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 580 hits
Narnia merupakan seekor kucing yang mempunyai dua warna pada wajahnya Kejadian unik ini berlaku apabila kucing ini dilihat mempunyai dua tona warna kelabu dan putih pada wajahnya Sekali dilihat Narnia ini dapat disamakan dengan kucing jenis...
Saintis Cipta Contact Lens Boleh Zoom Bila Kelip Mata Dua Kali

Saintis Cipta Contact Lens Boleh Zoom Bila Kelip Mata Dua Kali

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 358 hits
Sekumpulan saintis di University of California San Diego telah berjaya mencipta kanta lekap yang boleh zoom apabila mengelipkan mata dua kali Saintis berkenaan menggunakan signal elektro colugraphic iaitu sejenis signal yang dihasilkan meng...
Spr Jangka Kos Prk Dun Chini Meningkat Dua Kali Ganda

Spr Jangka Kos Prk Dun Chini Meningkat Dua Kali Ganda

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 490 hits
SHAH ALAM 14 JUN Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan kos Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini meningkat hampir dua kali ganda sekitar RM4 7 juta kata pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun berkata peningkatan itu berikutan langka...
Intel Realsense D455 Mampu Mengesan Objek Dua Kali Ganda Lebih Jauh

Intel Realsense D455 Mampu Mengesan Objek Dua Kali Ganda Lebih Jauh

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 393 hits
Intel RealSense adalah kamera dengan sensor kedalaman yang sudah lama wujud di pasaran Ia menggunakan sensor LiDAR yang membolehkan fungsi realiti terimbuh sekuriti imbasan wajah dan banyak lagi Kamera ini juga pernah diimplementasika pada ...
Hiburan Macam Hidup Dalam Neraka Fathia Latiff Dedah Kisah Hijrah Kali Kedua

Hiburan Macam Hidup Dalam Neraka Fathia Latiff Dedah Kisah Hijrah Kali Kedua

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 577 hits
contact form Mengakui perjalanan hidupnya bagai kusut dan tidak tenang selepas memutuskan untuk tidak lagi berhijab sekitar tahun lepas pelakon Fathia Latiff kini melalui fasa pencarian diri semula Menurut Fathia hidupnya tidak tenteram dan...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan