Pulut Pagi Dan Bab Musim Panas




Saya tidak menyedari yang sebenarnya saya telah berada di musim panas atau summer di United Kingdom. Kenapa saya tidak sedar? Ianya kerana ianya tidaklah sepanas yang saya sangkakan. Masih ada mendung, masih ada redup dan masih ada angin sejuk yang bertiup bila kita berada di luar atau ketika pintu dibuka. 
Saya tidak pernah ke sini di musim panas. Yang paling hampir ialah bulan September 2023 ketika kami sekeluarga datang untuk majlis graduation Nana untuk Fellowship di Royal College of Surgeons in Ophthalmology. Sepatutnya bulan September dah masuk musim luruh dan tidak panas. 
Ketika itu memang panas sehingga memang tak tertahan. Berpeluh peluh terutama bila di rumah. Nak tidur memang sangat tak selesa walaupun di bawah kipas. Aliya dan Haider memang tak berbaju ketika di rumah. Naik bas dan naik uber, muka berpeluh berminyak seperti berada dalam sauna. 
Jadi tertunggu juga bagaimana keadaannya kalau di musim panas sebenar. Hmm Alhamdulillah kerana kini walaupun panas tapi dengan buka kipas di siang hari, sudah rasa OK. Atau saya berpindah duduk di ruang meja makan yang agak teduh, sudah merasa nyaman. Tidur malam dengan kipas pun sudah selesa. Malam tadi, saya tidur tanpa kipas pun dah nyaman. Cuma buka tingkap sahaja. 
Sejak saya menamatkan pengajian dan bekerja, saya mulai hidup dan bergantung dengan aircond hampir 24 jam sehari. Dari pejabat, dalam kereta dan di rumah. Rutin setiap hari sehingga bersara, hidup di bawah aircond sahaja. Setelah saya bersara, masa saya banyak di rumah dan sentiasa kepanasan. Dalam rumah panas, keluar rumah pun panas. 
Kadang kadang tak tahan juga untuk sentiasa buka aircond kerana bil elektrik di rumah kami pernah mencecah RM3000 sebulan. Jadi saya buka hanya sesekali sahaja di siang hari. Akibatnya saya dan Aliya berpeluh peluh dan berminyak muka kerana kepanasan. 
Oleh kerana bill yang tinggi, Nana dan adik beradik berpakat untuk memasang solar bagi mengurangkan bil elektrik. Tapi saya dah ke sini ketika solar dipasang. Harapnya ia akan membantu mengurangkan bil di rumah kami. 
Di sini, saya merasa hidup selesa tanpa aircond. Antara sebab kenapa saya suka pergi bercuti ke negara 4 musim ialah kerana cuacanya yang sejuk menjadikan kita nyaman. Ianya seolah kita berada di dalam bilik aircond yang besar. Aircond semulajadi yang sejuk dan nyaman. Make up pun tak cair tak perlu nak touch up. 
Alhamdulillah syukur kerana Nana menyambung pengajian sub specialty dalam Medical Retina beliau di Moorfields Eyes Hospital London ini, dapatlah saya merasai hidup di negara 4 musim. Semasa Juita dan Aween belajar di sini, saya tidak berpeluang pun untuk datang dan tinggal lama kerana saya masih bekerja. Maka nikmat apa lagi yang hendak engkau dustakan. OK setakat ini dahulu, jom masuk bab masakan.   

Biasalah bila dah masuk bulan ketiga di perantauan ini, mula lah rindukan pelbagai masakan Malaysia. Saya tidak pernah meninggalkan Malaysia lama kecuali semasa mengerjakan ibadah Haji sahaja. 
Saya belajar pun di Universiti Malaya jer dulu. Orang lain berpeluang hidup di luar negara masa belajar. Adui bila terpandang pula masakan kegemaran masa kecil, lagi lah rindu membuak buak. 
Saya menanya Dilla di mana atau macam mana cara nak proses buah kelapa kerana saya nampak ada kedai berdekatan rumah kami yang menjual buah kelapa yang dah dikupas sabutnya. 
Biasalah Dilla, bila saya menanya sesuatu, akan terus di offer kelapa parut dalam stock di rumahnya. Sedangkan Dilla berniaga kuih muih Melayu yang menggunakan kelapa parut seperti kuih kaswi. Terima kasih Dilla kerana banyak membantu kami.
Kalau ikutkan pulut yang dimakan dengan kelapa parut ditanak atau dikukus dengan air sahaja. Tapi saya nak pulut yang rasa lemak lemak sedikit, jadi saya tuanglah sedikit sahaja santan untuk menjadikan santan cair cair. 
Masya Allah sangat sedap, lembut dan rasa lemak santan dan garamnya. Alhamdulillah atas nikmati yang diberi. Tak ada ikan kering, hanya ada ikan bilis dan ikan rebus yang digoreng.  
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Pulut PagiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 gelas beras pulut ThaiSantan cair secukupnyaSedikit garamSedikit minyakKelapa parut + sedikit garamIkan rebus - digoreng
Cara cara:Masukkan beras pulut yang telah dibasuh dan ditos ke dalam loyang. 
Tuang santan cair melebihi sedikit dari paras beras pulut. Masukkan minyak dan garam. Ratakan. Nota: biasanya untuk pulut pagi, masak pulut dengan air sahaja. Tapi saya nak ada sedikit lemak, saya guna santan cair sahaja. 

Panaskan periuk sehingga air mendidih. Kukus sehingga santan kering. Kemudian kacau dan kukus sekejap lagi. Nota: saya kukus lebih kurang 20-25 minit. 


Akhir sekali, hidang dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan ikan rebus goreng. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/pulut-pagi-dan-bab-musim-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
24 Pelajar Terbunuh Dalam Tragedi Kem Musim Panas

24 Pelajar Terbunuh Dalam Tragedi Kem Musim Panas

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 230 hits
24 pelajar terbunuh dalam tragedi kem musim panas BANJIR kilar melanda sepanjang tebing Sungai Guadalupe di Texas semalam AGENSI WASHINGTON Angka korban banjir kilat di negeri Texas termasuk bencana yang menenggelamkan sebuah kem musim pana...
Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 280 hits
Kuala Lumpur 17 Julai 2025 realme jenama telefon pintar yang berkembang pesat di dunia dengan bangganya mengumumkan bahawa realme 14 5G telah dinamakan sebagai Telefon Permainan Rasmi untuk Mobile Legends Bang Bang Moonton Student Leader Ch...
Liga 1 2024 2025 Musim Penuh Drama Yang Bikin Deg Degan Siap Sambut Kickoff Musim Baru

Liga 1 2024 2025 Musim Penuh Drama Yang Bikin Deg Degan Siap Sambut Kickoff Musim Baru

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 443 hits
Rekap lengkap Liga 1 Indonesia musim 2024 2025 klasemen top skor top assist dan jadwal kickoff Super League 2025 2026 Temukan insight analisis statistik dan perkembangan terbaru sepak bola nasional hanya di sini
Salon De Holmes Musim Kedua Disahkan Penggemar Teruja

Salon De Holmes Musim Kedua Disahkan Penggemar Teruja

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 298 hits
Kembali Dengan Musim Kedua Salon de Holmes Sah Confirm Khabar baik buat peminat ENA telah mengesahkan bahawa Salon de Holmes akan kembali dengan musim keduanya Pada 16 Julai wakil daripada pasukan produksi memaklumkan kepada Xportsnews baha...
Gabi Tekad Perbaiki Rekod Tfc Musim Ini

Gabi Tekad Perbaiki Rekod Tfc Musim Ini

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 161 hits
Gabi tekad perbaiki rekod TFC musim ini PEMAIN import baharu TFC Silva idam pencapaian lebih baik bersama skuad itu pada musim ini FOTO Ihsan TFC Kuala Terengganu Bintang import baharu Terengganu FC Gabriel Silva akui mula jatuh cinta untuk...
Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 336 hits
Jerebu bukan sekadar fenomena alam yang mengurangkan jarak penglihatan dan menggelapkan langit tetapi ia sebenarnya satu ancaman kepada kesihatan khususnya kepada golongan paling terdedah seperti kanak kanak Dalam situasi ini peranan ibu ba...
Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 1061 hits
Saya percaya seluruh negara berdukacita membaca berita pemergian sekeluarga kerana terbabas ke dalam Sg Korok Lebih menyedihkan mereka didapati berpelukan di tempat duduk sebelah kiri penumpang belakang Mungkin suami cuba untuk melakukan se...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil

Metmalaysia Issues Thunderstorm Warning For Multiple States

Mcis Life Ncsm Unveil Lungshield For Early Lung Cancer Detection

Digital Id To Curb Corruption Secure Borders