Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan




Saya percaya seluruh negara berdukacita membaca berita pemergian sekeluarga kerana terbabas ke dalam Sg Korok. Lebih menyedihkan mereka didapati berpelukan di tempat duduk sebelah kiri penumpang belakang. Mungkin suami cuba untuk melakukan sesuatu dengan berpindah ke belakang. 
Kematian secara slow death adalah suatu yang sukar untuk kita gambarkan. Semoga mereka semua diberikan ganjaran mati shahid. Aamiin. Dalam keadaan panik dan gelap dengan air yang deras, ramai tidak tahu untuk mengambil tindakan. Lagi lagi dikatakan mereka keluar rumah pukul 5.30 pagi. Mungkin mengantuk dan terbabas. 
Saya pun baru baca juga di mana langkah pertama ialah buka tali pinggang keselamatan dan turunkan tingkap dalam masa 30-60 saat pertama. Keluar ikut tingkap, bukan pintu. Jangan buka pintu kerana tekanan arus kuat dari luar. Jika tingkap tidak boleh dibuka, pecahkan tingkap menggunakan pemukul keselamatan atau kepala penyandar. Saya percaya bukan sahaja saya tidak ada knowldege keselamatan ini tapi ramai lagi orang di luar sana. 
Begitu juga saya membaca berkenaan seorang petugas keselamatan wanita yang memanjat pagar tempat duduk stadium kerana tidak jumpa pintu untuk turun ke padang dan berlari untuk menyelamatkan pemain bola sepak yang jatuh. Tapi sudah terlambat. 
Sedangkan ketika itu, ramai orang di sekeliling tapi tiada yang cuba melakukan CPR. Mungkin kerana mereka tiada ilmu berkenaan langkah kecemasan tersebut atau mungkin berada dalam suasana panik. Ajal maut ditentukan Allah tapi kita kena berusaha. 
Dalam hidup ini, kita kena berilmu dalam segala gala aspek kehidupan. Jangan hanya ada ilmu tentang kerja kita sahaja. Kena ada ilmu bab sosial, ekonomi, politik, perubatan, sains dll. Saya paling pantang bila menanya sesuatu yang mungkin memerlukan general knowledge (bukan bab teknikal pun) tapi jawapan yang diterima adalah tidak tahu. 
Kot ya pun sebelum jawab tidak tahu, jawab mengikut logik akal fikiran dahulu dan kemudian jawab tidak pasti tapi mungkin jawapannya ialah bla bla bla. Bukan terus jawab tak tahu, lagi lagi orang muda di zaman ilmu hanya berada di hujung jari sahaja. At least google dulu ke. Tolong lah jangan terus jawab tak tahu tanpa berusaha. Jangan lah nampak sangat kemalasan otak untuk berfikir. Itu sahaja, sekarang kita masuk pula bab masakan. 

Saya menyediakan sambal ubi kentang dengan ikan bilis kerana nak menghabiskan ubi kentang yang Nana beli minggu lepas. Secara jujur saya sebenarnya bukan penggemar lauk berasaskan ubi kentang kecuali begedil. Ini adalah kerana saya tidak kenal ubi kentang pun ketika di kampung dulu. 
Kalau saya masak kari dan saya masukkan ubi kentang pun saya tak makan. Saya masuk hanya sekadar untuk melengkapkan masakan sahaja. Begitu juga saya bukan penggemar kentang goreng.
Namun begitu, tidak dinafikan ubi kentang dimasak sebagai lauk sangat sedap.  Samada masak sambal atau masak berlado.  Nak lagi sedap, kena lebihkan ikan bilis. Saya letak sedikit sahaja kerana stock ikan bilis kami dah nak habis.Tinggal sedikit sahaja lagi untuk dijadikan perencah nasi goreng. Saya bawa ikan bilis dari Malaysia.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Sambal Ubi Kentang Dan Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 biji ubi kentang - potong wedges
Segenggam ikan bilis
2-3 sudu besar cili kering kisar 
1 sudu sos tiram
1 sudu cili cili 
Garam 
½ sudu besar gula 
Minyak


Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih


Cara cara:
Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.




Kurangkan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kering kisar sehingga terbit minyak. 


Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak sekali lagi. 


Masukkan semua bahan perasa seperti garam dan gula, sos cili dan sos tiram. Kacau rata sehingga sebati.



Masukkan ubi kentang goreng dan kacau rata. Tutup api. Biarkan sehingga benar benar sejuk, baru dimasukkan ikan bilis goreng. Kacau rata. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/sambal-ubi-kentang-dan-ikan-bilis-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis

Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum Dulu kan SA x suka kerabu nasi kerabu dan sebagainya tapi dulu ada boss orang Kelantan SA pernah jaga dia dalam 2 tahun macam tu so dia la selalu bawak kami staff dia makan kat luar lauk lauk Kelantan ni sejak tu SA pandai m...
Nasi Goreng Ikan Bilis Sabah

Nasi Goreng Ikan Bilis Sabah

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum Selamat pagi dan selamat berhujung minggu kemana hari ni SA jap lagi nak melayan PZ mencari durian untuk tempoyak Pagi ni SA buat nasi goreng guna ikan bilis dari Kak Amie hadiah kan tu jauh datangnya kan terus bagi nama Nas...
Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 199 hits
Adui asal buka jer Thread mesti bab fan fanatik dua artis popular yang dah bercerai berbalas kata mengata Saya ada observation saya sendiri tapi saya tak mahu komen nanti kena kecam pulak dengan fan fanatik mereka Cuma satu jer yang saya na...
Sambal Kentang Berlado Dan Lelaki Red Flag

Sambal Kentang Berlado Dan Lelaki Red Flag

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 174 hits
Sekarang ini banyak betul kes kes rumahtangga yang menunjukkan kelemahan suami sebagai ketua rumahtangga dalam mencari nafkah mendidik anak isteri dalam hal agama dan dunia Setelah berlaku perceraian semuanya terbongkar kerana isteri dah ti...
Sarapan Jemput Jemput Ikan Bilis

Sarapan Jemput Jemput Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 202 hits
Sarapan Jemput Jemput Ikan Bilis Dah lama tak buat jemput jemput maka pagi ni sempat buat jemput jemput ikan bilis sebelum pergi kerja Memang mudah je nak buat yang penting adalah rajin Dan disebabkan ada sebekas mee kari malam tadi tak hab...
Ayam Masak Kicap Dan Bab Pembohongan

Ayam Masak Kicap Dan Bab Pembohongan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 229 hits
Saya sebenarnya kalau baca bab politik tanah air memang terus sesak nafas dibuatnya Kadang kadang orang politik ni fikirkan rakyat ni semua bodoh dan boleh dicucuk hidung sahaja Seolah kita tak nampak kebenaran akan sesuatu isu dibohongnya ...
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Double Meaning Names Work

Psv Pendidikan Seni Visual

Guru Mengaji Dipenjara 6 Tahun 4 Sebatan Serang Seksual Liwat Pelajar

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Luis1688 5 November Luis1688 3 Top 42 By Shelby