Pulut Kuning Azie Kitchen Dan Bab Pentaksub





Zaman dulu orang berduit, orang kaya dan berada jer boleh ada handphone di tangan. Suami saya beli handphone pertama dia kalau tak silap tahun 1993 ketika saya lepas bersalin anak saya yang ketiga. Suami saya hadiahkan handphone pada saya tahun 1994 kot kalau tak silap. 
Saya pun tak tahu nak guna untuk call siapa kerana ramai orang tak ada handphone ketika itu. Kalau nak call suami di pejabat, saya guna telephone pejabat jer. Lama lepas tu baru ada group BBM, blackberry message. Bolehlah chatting sesama sendiri yang ada blackberry. 
Sekarang semua orang ada handphone termasuk lah anak anak kecil juga dibelikan handphone untuk mereka menonton video dsb. Di zaman medsos ini, boleh dikatakan semua orang ada handphone tak kira lah kaya miskin. Tapi jika handphone digunakan sebaiknya untuk access medsos yang memberi manafaat, pasti banyak kelebihannya. Kita dapat belajar berbagai bagai seperti ilmu agama, ilmu masakan dan resipi, ilmu perniagaan dan macam macam ilmu.
Tapi saya perhatikan medsos juga digunakan untuk komen dan maki hamun seseorang yang memberi pendapat atau naratif berbeza yang tidak dipersetujuinya. Walaupun pendapat itu tidak ditujukan pada dia tapi kalau dituju pada orang yang ditaksub, akan terus ringan tangan untuk komen tanpa sedar dia datang berkunjung ke rumah orang, Threads orang dan mengata tuan rumah. Haa begitu umpamanya. Lain lah kalau tuan rumah juga mengata ke batang hidung dia. 
Sepatutnya tulis lah di rumah sendiri, Threads sendiri. Siap siap ada yang menulis kononnya mulut saya jahat, hati saya gelap sehingga perlu diletak clorox. Hahaha saya nak beritahu saya seumur hidup tak pernah gunakan bahasa kesat pada orang lain walaupun orang yang saya tak suka. Jauh sekali nak mengatakan orang mulut jahat. Tidak sekali kali nak memaki hamun, boxxh, bxxi, dsb. Saya memang baik pun. 
Tapi sebagai netizen saya juga boleh buat posting apa sahaja di rumah saya atas isu semasa yang diperkatakan, yang memang diumumkan, yang bukan rahsia, yang bukan fitnah. Contoh isu teman serumah. Hahaha memang lah terhibur, kenapa pulak teman serumah. Kan manis kalau dikatakan teman hidup, teman hati. Nampak dimuliakan perhubungan yang memang disukai agama. Permulaan tu, biar lah elok elok gitu.
Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju atas apa apa isu asal tidak menfitnah. Ada yang suruh saya relax. Korang tu yang tak relax, itu pun boleh buat rasa tersakiti sangat sangat sehingga terlupa dosa terus komen pada saya tak sangka Azie Kitchen mulut jahat. Yang mengata saya tu, bila nak datang minta maaf pada saya. Atau rasa tak perlu. Saya cuma ulas isu semasa jer guna perkataan yang memang digunakan. Hahahaha, adui terhibur.
Saya memang relax pun. Buat apa nak stress. Saya dok di London sekarang, dengan udara nyaman di musim autumn ni. Makan sunday roast, makan yorkshire pudding, scone dengan clotted cream yang melted dalam mulut. Jadi tak payah suruh saya chill chill, sebab memang chill. 
Tapi kalau menfitnah, saya pun akan saman. Semua orang berhak untuk ambil tindakan undang undang pada orang yang fitnah. Saya pun bukan makcik makcik biasa tau. Hahaha. Kalau siapa yang ikut saya, pasti tahu. Tak payah lah suruh saya baca Yassin setiap hari. Yang menyuruh tu pandai ke mengaji, jika pandai mengaji, adakah mengaji setiap hari. Adakah berselawat setiap hari 1000 kali? Mati tak kira tua atau muda. Jadi sendiri ingatkan diri sendiri. Sila baca dan ambil dengan nada nasihat supaya tak tersakiti atau terkoyak.
Ada seorang mamat tu pulak, komen konon saya try hard hari hari buat kelas memasak. Memasak pulak, asyik resipi ayam jer. Entah lah terhibur juga dengan mamat macam ni. Yang saya boleh simpulkan orang macam ni malas mencari ilmu, tunggu disuapkan di depan mata jer. Malas ni maksudnya macam tak rajin lah. Malas kan bunyi negatif pulak. Kalau tak lalu depan dia, kira orang lain tak buat. Saya tulis elok elok ni, tak ada maki hamun. 
Sebelum tulis saya macam tu, buat homework. Kelas memasak apa yang saya buat? OK lah dah cukup lah dulu untuk kali ini. Walaupun saya menegur tapi bahasa saya baik tau, lebih pada menasihati dengan nada lembut jer supaya jangan terlupa diri walaupun tersakiti. Belajar sabor. Kerana bila mati, semua tak dapat lagi nak minta maaf. Menyesal pun tak guna. Sekarang saya nak masuk bab resipi pulak.

Arwah bonda saya biasa buat pulut kuning, pulut wajik atau orang Kelantan panggil nasi manis. Cuma setelah berusia, dia tak lagi buat. Kalau ada majlis, arwah cousin Kak Nik Yam yang akan buat pulut semangat untuk majlis. 
Masih teringat kali akhir arwah Bonda saya buat pulut semangat atau pulut junjung yang diletak di atasnya seekor ayam percik dan bunga telur ketika menyambut kedatangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah tahun 1980 (kalau tak silap) yang ketika itu Perdana Menteri ke Kampung Badak. 
Teringatnya kenangan itu, tak mungkin lagi saat itu akan kembali walaupun dalam suasana berbeza. Jadi kita menghargai setiap momen yang ada dengan orang sekeliling kita pada hari ini. Lagi lagi ibubapa kita. Bila mereka tiada, kita pasti akan merindui mereka kerana mereka lah insan yang paling menyayangi kita.
Untuk pulut kuning hari ini, saya makan dengan rendang daging. Di London susah nak cari kedai runcit yang ada jual bahan memasak masakan Asian. Kalau ada pun, di Oriental Market dan tak semua tempat ada. Jadi saya masak rendang guna Pes Ready To Cook Azie Kitchen sahaja. Siapa berminat nak order di Tiktol atau Shopee, boleh klik di SINI. 
Tinggal masukkan daging dan santan sahaja. Jika guna santan kotak, masukkan sedikit minyak masak supaya lebih cantik. Kita tak letak banyak minyak kerana mahukan pes rendang berat dengan pes dan bukan berat dengan minyak. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba..... 

Pulut Kuning KelantanOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:250 gram beras pulut½ sudu kecil serbuk kunyit1 keping asam kepingSedikit pewarna kuning telur - opsyenal
Bahan lain:150 gram santan½ sudu kecil garam½ sudu kecil gulaDaun pandan - opsyenal
Cara cara:Basuh beras pulut sehingga bersih. Masukkan asam keping dan serbuk kunyit. Kacau sehingga rata. Baru dituang air untuk rendam pulut dan setitis pewarna, jika suka. Ketepikan selama 30-60 minit. Tos air.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Lapik daun pandan di atas loyang pengukus (opsyenal). 
Masukkan beras pulut dan letak daun pandan di atas nya. Buat lubang lubang untuk cepat masak. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Sementara itu, satukan santan dengan gula dan garam. Rasakan untuk memastikan ada rasa manis dan masin. Nota: tips dari kakak ipar saya, garam tu mesti sampai rasa masin (masin pperak, istilah orang Kelantan), baru akan sedap dan terasa pada pulut.
Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas. Tuang santan ketika pulut masih panas panas dan arung (kacau tanpa henti dengan cara kaup balik) sehingga santan menyerap dan pulut kelihatan berkilat. Nota: saya kukus sekali sahaja kerana pulut panas akan memasakkan santan.
Rehatkan seketika untuk pulut menyerap santan dan sebati rasanya. Setelah itu, barulah sedia untuk dihidangkan atau di packing untuk yang berniaga. 


Masukkan dalam bekas dan tekan supaya padat dan rata. Kelihatan pulut kuning akan cantik berkilat dan berlemak.


Nota:Arwah bonda saya hanya kukus sekali sahaja kerana santan akan masak dengan pulut yang panas panas. Kalau dikukus kali kedua, pulut akan jadi pecah sedikit/lembik dan jadi tak cantik.
Lebih sedap menggunakan santan fresh. Boleh tambah air panas mendidih, gula dan garam ke dalam santan fresh. 
Cara orang Kelantan, selepas pulut siap diarung, tabur sedikit gula dan kacau untuk menjadikan permukaan pulut cantik berkilat. 
1 kg beras pulut sesuai untuk 1 kg rendang daging dan sesuai untuk 10 bekas plastik yang ada 2 compartment untuk pulut dan rendang. 
Pulut kuning Kelantan biasanya ada rasa manis sedikit, bukan lah manis meleting. Jadi bab gula tu, adjust lah sendiri ikut tekak masing masing.  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/pulut-kuning-azie-kitchen-dan-bab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen

Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1956 hits
Saya menyediakan Rendang Daging untuk dimakan dengan pulut kuning Di london memang semua bahan masakan Asian ada tapi nak mencarinya susah Bukan semua supermarket ada Yang ada dijual di kedai atau supermarket Oriental yang terletak jauh Di ...
Sports Digitale Youtube Studio By Bab Architects A Dynamic Space For Sports Broadcasting

Sports Digitale Youtube Studio By Bab Architects A Dynamic Space For Sports Broadcasting

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3122 hits
Known for innovative projects in architecture interior design and broadcast environments Istanbul based BAB Architects has unveiled the Sports Digitale YouTube Studio a compact yet versatile design inspired by the spirit of sports Led by ar...
Hanag Jaga Bekam Hang Sampai Monggolia Baru Ulas Bab Ekonomi Dunia

Hanag Jaga Bekam Hang Sampai Monggolia Baru Ulas Bab Ekonomi Dunia

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 3136 hits
Alif JamilBila tokey bekam nak ulas bab ekonomi Abam rasa skrg ni dah sampai masa Pakar ekonomi dari Bank Dunia letak jawatan atau pencen dari perkhidmatan Lantik je si tokey bekam ni jadi pakar ekonomi dibawah Bank Dunia In shaa Allah selu...
Bab 9 September 2025

Bab 9 September 2025

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3959 hits
Pantas berlalu bulan Ogos dengan bermacam kisahnya bulan Ogos yang sibuk dengan banyak urusan dan kesana kesini Tahu tahu dah masuk bulan September 2025 Ada baki 3 bulan lebih lagi nak masuk tahun baru Bulan September banyak juga cutinya 1 ...
Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

Sambal Ikan Bilis Dan Bab Bila Bersedih

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2145 hits
Saya ingin kongsikan satu petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan kesedihan Siapa pun kita pasti kita akan ada satu masa kita rasa sedih kita rasa macam titik terendah dalam hidup kita Ketika saya pernah berada dalam kesediha...
Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 5122 hits
Assalamualaikum WBT HARI Selasa lepas malam PI kata nak makan mee rebus di Angah cakap mee rebusnya sedap kata PI Tapi dah sampai depan restoran tutup pulak PI cadangkan ke The Grand by Adam s Kitchen tapi dah nak masuk Jalan Kiambang tu ba...
Mee Kuning Jenama Laksamana Pilihan Sa

Mee Kuning Jenama Laksamana Pilihan Sa

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1571 hits
Assalamualaikum Sebelum ni ada yang bertanya dengan SA tentabg jenama mee kuning yang selalu SA guna untuk buat mee goreng x kisahlah mee goreng daging ke ayam ke atau seafood SA x ingat siapa yang bertanya dan malas plak nak check satu sat...
Upkk Apa Ibu Bapa Patut Tahu Dan Tip Persediaananak Dalam Menghadapi Upkk

Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Semakan Mykasih Tarikh Bayaran Baki Senarai Kedai Barang

Dapatkan Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Sini Dengan Serendah Rm69

Lirik Lagu Lea Zafira Azalea

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Alpha P Ramlee Saloma

Kenapa Kotak Packaging Kosmetik Custom Penting Untuk Naikkan Keyakinan Pelanggan

Slot1111 10 November Slot1111 Top 61 By Roslyn

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Menang Ga

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap