Pulau Pinang Perkenal Kaedah Baharu Tatacara Mal Mahkamah Syariah Bagi Fi Elaun Dan Kos


 



GEORGE TOWN: Pulau Pinang hari ini memperkenalkan kaedah baharu bagi Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah  (Fi, Elaun dan Kos) Negeri Pulau Pinang 2020 dalam usaha menyelaraskan undang-undang syariah di seluruh Malaysia.

 
Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Muhamad Abdul Karim Wahab berkata kewujudan enakmen itu penting kerana ia dapat menyuntik impak perubahan dan meningkatkan kemajuan sistem perundangan syariah negeri tersebut sekali gus memartabatkan imej Mahkamah Syariah Pulau Pinang di persada perundangan negara serta antarabangsa.

 
"Usaha dan cadangan untuk menyelaras kutipan fi, bayaran elaun dan kos ini sebenarnya telah dimulakan oleh Jawatankuasa Teknikal Syarak dan Sivil di peringkat Persekutuan sejak tahun 2000.

 
“Bermula dari tarikh itu, beberapa negeri telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kaedah yang seragam sebagaimana yang telah disediakan oleh jawatankuasa terbabit," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kaedah itu di sini hari ini.

 
Beliau berkata meskipun Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah tiga kali digubal, kadar kutipan dan fi yang berkuat kuasa masih berdasarkan kaedah lama.

 
"Sebelum ini, kutipan fi yang dikenakan di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang adalah berdasarkan The Penang Muslim Religious Affairs (Form and Fees) Rules 1961. Kaedah ini sudah berusia 59 tahun lebih setengah abad dan tidak dapat memenuhi keperluan undang-undang semasa.

 


"Kaedah lama juga sudah tidak relevan dan tidak sesuai digunakan lagi. Sebagai contoh, kaedah sebelum inI tidak menyatakan dengan jelas tentang fi dan kos yang dikenakan ke atas dokumen yang diguna pakai seperti pembelaan, tuntutan balas, perakuan segera dan dokumen-dokumen lain," katanya.

 
Muhammad Abdul Karim berkata banyak negeri lain telah menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Fi, Elaun dan Kos Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang baharu, antaranya Kelantan pada 2002, Melaka (2003), Johor (2004), Selangor (2006) dan Kedah (2018).

 
“Kadar yang ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah yang lama adalah tidak bersesuaian lagi dengan keadaan semasa. Jika kita rujuk dalam kaedah lama, masih terdapat bayaran pendaftaran kes sebanyak RM1. Oleh itu,  Kaedah-Kaedah baharu yang diwartakan ini adalah seiring dengan keperluan semasa dan taraf hidup masyarakat,” katanya.

 
Beliau berkata kaedah baharu bagi Pulau Pinang secara rasmi diwartakan pada 8 Okt lepas setelah mendapat persetujuan dan kelulusan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat pada 4 Ogos lepas.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/pulau-pinang-perkenal-kaedah-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Miliki Pusat Pemulihan Robotik Pertama

Pulau Pinang Miliki Pusat Pemulihan Robotik Pertama

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 249 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang menggalakkan penggunaan teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan bagi meningkatkan industri pelancongan kesihatan di negeri ini dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Ketua Menteri Chow Kon Yeow ...
Kereta Peronda Honda Civic Polis Dilarikan Pasangan Ini Dari Pulau Pinang Ke Shah Alam

Kereta Peronda Honda Civic Polis Dilarikan Pasangan Ini Dari Pulau Pinang Ke Shah Alam

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 456 hits
Kuala Lumpur Dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda model Honda Civic 1 8S milik pasukan polis di Kepala Batas Seberang Perai Utara Pulau Pinang malam tadi Dalam kejadian sekitar jam 9 40 malam itu dua suspek lel...
Kasa Serah Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 2a Kepada Pulau Pinang

Kasa Serah Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 2a Kepada Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 570 hits
GEORGE TOWN Kementerian Alam Sekitar dan Air hari ini secara rasminya menyerahkan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 1 dan Fasa 2A kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berk...
Pembeli Di Pulau Pinang Akan Perlu Bayar Rm1 Untuk Beg Plastik Bermula Januari 2021

Pembeli Di Pulau Pinang Akan Perlu Bayar Rm1 Untuk Beg Plastik Bermula Januari 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 375 hits
Pulau Pinang sedia mengecaj sebanyak 20 sen sejak tahun 2009 yang lepas untuk setiap beg plastik dan duit yang dikumpulkan disalurkan kepada usaha pengurusan alam sekitar oleh kerajaan negeri berkenaan Bergerak ke hadapan bermula Januari 20...
Asam Laksa Pulau Pinang Disenarai Tempat Ke 7 Hidangan Terbaik Dunia

Asam Laksa Pulau Pinang Disenarai Tempat Ke 7 Hidangan Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 459 hits
Saluran berita antarabangsa CNN baru baru ini menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia itu di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand manakala tempat kedua dan ...
Kerajaan Pulau Pinang Mahu Dirunding Dahulu Sebelum Istihar Darurat Berhubung Covid19

Kerajaan Pulau Pinang Mahu Dirunding Dahulu Sebelum Istihar Darurat Berhubung Covid19

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 363 hits
Kerajaan negeri harus dirujuk terlebih dahulu sebelum darurat berhubung Covid 19 diisytiharkan kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow Chow berkata selain Yang di Pertuan Agong kerajaan negeri juga berhak untuk dirunding berkenaan per...
Restoran Top D Gurun Di Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Top D Gurun Di Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 1026 hits
Restoran Top D Gurun di Kepala BatasRestoran Top D Gurun kini boleh dikunjungi di Kepala Batas Pulau Pinang Restoran tepi jalan jer Boleh nampak billboard yang besar dari jauh untuk cam restoran ni Special menu di sini adalah sotong bakar y...
Lebih 11 000 Penduduk Pulau Pinang Dari Kluster Covid 19 Jalani Ujian Jagdeep

Lebih 11 000 Penduduk Pulau Pinang Dari Kluster Covid 19 Jalani Ujian Jagdeep

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 328 hits
GEORGE TOWN Sebanyak 11 245 orang dari tujuh kluster COVID 19 di Pulau Pinang telah menjalani ujian saringan COVID 19 kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo hari ini ...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Al Fateh Tak Sihat

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences