Berpagian kami bertolak dari rumah PP. Pemandangan indah sawah menghijau, kawanan burung putih bertebaran di sawah dan kabus yang melitupi perbukitan menjadi latar perjalanan. Cukup mempesona bagi saya
Kami singgah sarapan pagi di sini - Yusof Jan Nasi Jagung yang terletak di Changlun. Boleh buat carian di Google Maps jika nak ke sini. Tak susah mencari sebab kedai ni berada di tepi jalan besar
Nasi Jagung dan lauk pilihan kami. Ada pelbagai pilihan lauk. Nampak macam makan nasi kandar pulak kan? Cuma bezanya yang ni nasi jagung. Walaupun jagungnya macam tak jumpa pun...hihi
Hidangan saya - nasi separuh, acar, telur rebus dan ikan bawal kuah. Suami pulak ambil lauk kambing. Rasanya? Memuaskan selera, licin pinggan saya. Walaupun terasa pelik pulak pagi-pagi dah makan nasi berlauk...haha. Total makan-makan kami RM22.50
Tujuan perjalanan kami, nak berkunjung ke rumah adik ipar yang menetap di Perlis. Dah 6 bulan pindah PP, barulah kali ni sampai ke rumahnya...hehe. Yelah, PP pun baru je tamat PKPB sebulan
Kami makan tengah hari di rumah adik ipar. Sedap semua masakannya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |