Pulangnya Bapa Pembangunan Negara


Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme, perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai ” Bapa Pembangunan”.
Tahukah anda Tun Abdul Razak tidak membenarkan mana-mana anaknya menceburi politik kerana dia beranggapan politik merupakan jalan yang sukar? Anak sulungnya Najib sebenarnya dalam perancangan untuk menjadi seorang akauntan, sebelum Najib terpaksa memasuki kerjaya politik ekoran kematian Tun Abdul Razak ketika baru berusia 55 tahun.
1922: Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac, Serta merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.
1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di mahtab melayu kuala kangsar.
1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
.
1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln’s Inn. Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein menjadi contoh apabila menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dalam tempoh dua tahun berbanding tiga tahun kebiasaannya.
Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman. 
1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
.
Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai “Buku Merah”.
1959 (umur 37): Dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang Di Pertuan Agong Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun.
1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur iaitu selepas pilihan raya pada tahun tersebut. Beliau terpaksa mengisytiharkan Keadaan Darurat. Selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969, beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970 dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada 22 September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan.
Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan “generasi kedua” ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.
.
1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara surat peribadi beliau kepada Tunku.
Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional” melalui kestabilan politik.
1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat acute leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di berdekatan Makam Pahlawan,berdekatan Masjid Negara
“SAYA tidak mahu pulang ke tanah air dalam keadaan terlantar sakit di atas katil. Saya hanya akan pulang apabila sudah sihat dan mampu berjalan.”
Itulah jawapan arwah apabila Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn merayunya pulang ke Malaysia susulan tersebar khabar angin Perdana Menteri sakit ketika itu.
Takdir Ilahi menentukan Abdul Razak yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, akhirnya tewas dalam pertarungannya melawan penyakit leukemia dan meninggal dunia pada pagi 14 Januari 1976.
Abdul Razak dikesan menghidap penyakit berkenaan pada 1969 tetapi merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan orang ramai termasuk isteri dan anak-anaknya. Penyakitnya itu hanya dikongsi bersama Tun Dr Ismail Abd Rahman dan doktor peribadinya, Dr McPherson. Justeru, pemergiannya pada tahun 1976 begitu mengejutkan.
AL-FATIHAH.
Artikel disumbangkan oleh Norman Dasuki Unuk The Patriots.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/01/pulangnya-bapa-pembangunan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Dinobatkan Sebagai Bapa Pembangunan Moden Malaysia

Mahathir Dinobatkan Sebagai Bapa Pembangunan Moden Malaysia

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 289 hits
Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir bin Mohamad adalah satu satunya pemimpin dari luar Afrika yang diberi penghormatan oleh kerajaan Senegal untuk berkongsi pengalaman dan idea memajukan negara berkenaan pada Persidangan Antarabangsa Kemu...
Kerajaan Yang Stabil Perlu Memacu Pembangunan Untuk Negara Lain Membangun Tun M

Kerajaan Yang Stabil Perlu Memacu Pembangunan Untuk Negara Lain Membangun Tun M

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 311 hits
Foto oleh Bernama DAKAR Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan tentang pentingnya kerajaan yang stabil untuk memacu pembangunan mana mana negara ketika berucap pada persidangan mengenai kemunculan Afrika di sini Perdana Menteri Malaysia itu men...
Faisal Basri Saat Dijajah Belanda Ri Negara Pengekspor Gula Terbesar Dunia

Faisal Basri Saat Dijajah Belanda Ri Negara Pengekspor Gula Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 243 hits
Pengamat Ekonomi Faisal Basri mengatakan saat ini impor gula Indonesia menjadi yang terbesar di dunia Padahal saat masa penjajahan Belanda Indonesia merupakan negara utama pengekspor komoditas tersebut Impor gula yang dibuka selama ini dini...
Antara Yang Haram Jadi Halal Di Akhir Zaman Itulah Negara Haram Israel Laknatullah 9039

Antara Yang Haram Jadi Halal Di Akhir Zaman Itulah Negara Haram Israel Laknatullah 9039

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 557 hits
Allah jadikan Wilayah dan Negara Islam kaya dengan sumber yang diperlukan oleh manusia Seperti minyak Termasuklah Timur Tengah Afrika Utara Afghanistan Negara2 Islam Bekas Kesatuan Soviet Wilayah Xinjiang yang didiami etnik Uighur di China ...
Vip Sewa Jet Peribadi Rm300 000 Kerana Tertinggal Satu Barang Di Luar Negara

Vip Sewa Jet Peribadi Rm300 000 Kerana Tertinggal Satu Barang Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 397 hits
JET peribadi kini bukan lagi lambang kemewahan mahupun digunakan untuk menunjuk nunjuk kekayaan tetapi ada ketikanya ia menjadi keperluan buat mereka yang berkemampuan Tanpa perlu memiliki anda masih boleh diterbangkan secara eksklusif ke s...
Governmentshutdown Mimpi Ngeri Ekonomi Negara Uncle Sam

Governmentshutdown Mimpi Ngeri Ekonomi Negara Uncle Sam

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 302 hits
Pada Disember bulan lepas warga Amerika menyaksikan berlakunya penutupan sesetengah jabatan kerajaan oleh pentadbiran Rumah Putih berikutan pertelagahan belanjawan antara Presiden Donald Trump dengan Kongres untuk membina tembok sempadan di...
Kepemilikan Sdm Berkualitas Kunci Indonesia Keluar Dari Negara Kelas Menengah

Kepemilikan Sdm Berkualitas Kunci Indonesia Keluar Dari Negara Kelas Menengah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 230 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani berbicara mengenai bonus demografi yang akan didapatkan oleh Indonesia Dia menyebutkan Indonesia memiliki keuntungan dengan banyaknya jumlah tenaga kerja usia produktif atau usia muda Dia menekankan hal penting ...
Kekayaan Negara Mesti Diagih Secara Adil Pada Semua Kaum

Kekayaan Negara Mesti Diagih Secara Adil Pada Semua Kaum

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 252 hits
Diterbitkan Hari ini 10 15 pagiPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan kepentingan agar kekayaak negara diagihkan secara adil kepada semua kaum di negara ini Katanya jurang terlalu besar di antara kaya dan miskin dalam sesebuah negar...
5 Negara Kagumi Pasukan Elite Tni Sampai Minta Dilatih Kopassus

5 Negara Kagumi Pasukan Elite Tni Sampai Minta Dilatih Kopassus

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 276 hits
Pasukan elit TNI diakui kemampuan dan kehebatannya oleh dunia internasional
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti