Pulang Untuk Kahwin Pemuda Tak Sangka Terpaksa Sambut 24 Jenazah Keluarga


Pulang Untuk Kahwin, Pemuda Tak Sangka Terpaksa Sambut 24 Jenazah Keluarga 
Persiapan sebuah majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila banjir kilat melanda daerah Buner, Pakistan.
Tragedi itu mengorbankan 24 ahli keluarga dan saudara-mara Noor Muhammad, hanya dua hari sebelum beliau sepatutnya melangsungkan perkahwinan.
Difahamkan, pemuda berusia 25 tahun itu bekerja sebagai buruh di Malaysia. Dia baru tiba di Islamabad pada 15 Ogos lalu untuk menyertai persiapan perkahwinannya.
Namun, sebaliknya dia terpaksa menghadiri 24 pengebumian, termasuk ibunya, seorang abang dan seorang kakaknya.
“Ibu sangat gembira ketika kami berbual panjang di telefon sebelum kejadian. Saya tidak sangka ia perbualan terakhir kami,” katanya sambil berdiri di tepi runtuhan rumah keluarganya yang musnah.
Menurut The Express Tribune, rumah besar 36 bilik yang dihuni keluarga besar Muhammad di Kampung Qadir Nagar terletak berhampiran saluran air banjir.
Kediaman itu habis dihanyutkan arus deras bersama lumpur dan batu besar dari kawasan pergunungan. Hanya empat daripada 28 orang yang berada di rumah itu terselamat.
Kongsi Muhammad, ayah dan seorang lagi abangnya terselamat kerana ketika kejadian mereka berada di Islamabad untuk menjemputnya di lapangan terbang.
Tunangnya juga selamat kerana rumah keluarganya terletak jauh dari kawasan paling teruk dilanda banjir.
“Banjir datang, semuanya hanyut, rumah, ibu, adik-beradik, bapa saudara, datuk, juga anak-anak kecil. Apa lagi yang boleh saya katakan? Semua ini kehendak Allah,” ujar Muhammad dalam linangan air mata.
BACA: Enam Pelajar Lemas Ketika Lawatan Sekolah Di Pantai Daerah Buner, yang terletak kira-kira tiga jam setengah perjalanan dari Islamabad, merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Sejak 15 Ogos, lebih 200 daripada hampir 400 korban di wilayah barat laut direkodkan di daerah ini.
Lapor The Express Tribune, banjir kilat kali ini berpunca daripada hujan monsun luar biasa dan fenomena cloudburst (hujan lebat mendadak) yang menurut pihak berkuasa adalah kesan perubahan iklim.
Lebih 150 milimeter hujan turun hanya dalam tempoh satu jam di Buner, menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan, jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sejak akhir Jun mencecah 776 orang. Lebih 25,000 mangsa berjaya diselamatkan di wilayah barat laut.
Tentera darat dan udara kini dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat. Manakala, pihak berkuasa memberi amaran dua lagi gelombang monsun dijangka berlaku sehingga 10 September.
BACA: Kepala Bayi Terputus, Badan Tertinggal Dalam Perut Ibu Ketika Bersalin
Sumber: The Express Tribune
The post Pulang Untuk Kahwin, Pemuda Tak Sangka Terpaksa Sambut 24 Jenazah Keluarga  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/24/pulang-untuk-kahwin-pemuda-tak-sangka-terpaksa-sambut-24-jenazah-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 442 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Pahang menjenamakan semula Rebat Air Makmur kepada Program Air Percuma Pahang 1st yang menawarkan 20 meter padu air percuma kepada pengguna yang layak Ketua Pemuda PAS P...
Meredah Hutan 5 Jam Demi Bawa Pulang Jenazah Abang

Meredah Hutan 5 Jam Demi Bawa Pulang Jenazah Abang

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 592 hits
AgensiPeo Samania membawa jenazah abangnya Nandar Samania pulang ke rumah mereka di Kecamatan Pinogu FOTO tangkap layarGorontalo Indonesia Lima jam meredah laluan tanah berlumpur di tengah hutan belantara Itu rintangan terpaksa ditempuh seo...
Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah Peguam Nafi Dakwaan Tular

Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah Peguam Nafi Dakwaan Tular

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 441 hits
KOTA KINABALU Suasana sayu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I apabila Noraidah Lamat ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menitiskan air mata ketika proses pengecaman jenazah anak tunggalnya Ahad Peguam yang me...
Malam Pilu Di Mesapol Jenazah Zara Qairina Selamat Disemadi Semula

Malam Pilu Di Mesapol Jenazah Zara Qairina Selamat Disemadi Semula

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 410 hits
SIPITANG Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Mesapol di sini pada jam 1 15 pagi tadi Ketua Polis Daerah Sipitang Superintenden Awang Anak Suanda mengesahkan pros...
Laungan Takbir Jenazah Berbau Harum

Laungan Takbir Jenazah Berbau Harum

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 207 hits
Kes Zara Qairina Laungan Allahuakbar penduduk dakwa hidu bau harumTakbir Allahuakbar berulang kali dilaung penduduk kampung ketika mengiringi trak polis yang membawa jenazah Zara Qairina Mahathir 13 yang digali semula di tanah perkuburan Is...
Jenazah Zara Qairina Selamat Dikebumikan Semula Sabah Anjur Majlis Tahlil Dan Doa

Jenazah Zara Qairina Selamat Dikebumikan Semula Sabah Anjur Majlis Tahlil Dan Doa

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 600 hits
Pemergian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 menyentuh hati ramai Anak ini bukan sahaja menjadi permata hati keluarga malah kehilangannya turut dirasai masyarakat Awal pagi Isnin suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Tanjung ...
What Kind Of Keluarga Malaysia Are We Really

What Kind Of Keluarga Malaysia Are We Really

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2034 hits
Malaysians will mark 68 years of independence on Aug 31 with an air display fireworks and waving of Jalur Gemilang Official speeches will highlight our steady gross domestic product growth cultural vibrancy and Malaysia s role as Asean chai...
Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga Deepfake Arwah Zara Qairina Cetus Amarah

Tolonglah Hormati Perasaan Keluarga Deepfake Arwah Zara Qairina Cetus Amarah

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1751 hits
Tular di platform Threads apabila tindakan seorang individu yang didakwa menghasilkan deepfake menggunakan wajah arwah Zara Qairina mencetuskan kemarahan ramai Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dianggap keterlaluan kerana memanipulasi wa...
Followers Ramai Ibarat Keluarga Dalam Rumpun Blogger

Followers Ramai Ibarat Keluarga Dalam Rumpun Blogger

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1997 hits
Follow Blog Pesona Etuza Terima KasihJumaat 29 08 2025 hari ini alhamdulillah dengan rahmatNya kita masih hidup bernafas atas ketentuanNya juga Andai hari ini ada teman blogger yang kurang sihat pergilah ke hospital dapatkan rawatan agar ke...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Security Alert Unusual Login Notification

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya