Pulak Dah Jho Low Dalang Utama Najib Tak Salah Guna Kuasa Amhari




Berbeza sedikit nada berbanding dua hari lepas, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin hari ini memberitahu mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai perwatakan gentleman.
Ia dinyatakan ketika pemeriksaan balas di mahkamah.
Antara yang disenaraikan oleh bekas pegawai khas Najib itu termasuklah bekas perdana menteri seorang yang berkarisma, bijak dan seorang strategis yang mahir.
Malah kata Amhari ketika pemeriksaan balas oleh peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika bertanya penjelasan tentang watak gentleman – bekas pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, Najib sebenarnya seseorang yang tidak mengambil kesempatan walaupun mempunyai kuasa.
Shafee: Anda kata Datuk Najib seorang gentleman, berkarisma, bijak, pandai mengemudi perancangan dengan baik. Apa maksud gentleman itu?
Amhari: Walaupun sedar beliau mempunyai kuasa besar di mana beliau sememangnya boleh menyalahguna kuasa itu, Datuk Najib tidak pernah melakukan demikian.
Shafee: Jadi anda kata beliau tidak salah guna kuasa? Adakah anda pernah melihat beliau hilang sabar dan marah?
Amhari: Saya pernah lihatnya hilang sabar.
Shafee: Tapi selalunya tidak begitu?
Amhari: Setuju.
Shafee: Adakah beliau dengar pandangan pegawai-pegawainya?
Amhari: Benar.
Shafee: Apa maksud anda beliau boleh capai matlamatnya?
Amhari: Beliau seorang perancang strategis yang bagus.
Shafee: Anda cakap beliau ada strategi dengan membiarkan pegawai-pegawainya bekerja dalam silos jika diperlukan. Adakah itu kritikan atau pemerhatian?
Amhari: Itu pemerhatian saya.
Shafee: Bila anda menyertai Pejabat Perdana Menteri (PMO), anda dikehendaki mengambil ikrar akur janji rahsia, kerana ada akta rahsia itulah maka tidak ada yang beri maklumat rahsia kepada pihak lain?
Amhari: Setuju.
Shafee: Apa maksud anda bekerja dalam silos?
Amhari: Itu bermaksud seorang pegawai itu bekerja sendirian dan tidak memberitahu pegawai lain dengan apa yang sedang dilakukan olehnya.
Dalam pada itu, Amhari turut memberitahu perwatakan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jo Low yang diisifatkan sebagai ‘pakar manipulasi (master manipulator.)
“Dia (Jho Low) mampu bertemu dan memujuk orang di pelbagai kedudukan, sama ada berpangkat tinggi, pertengahan atau rendah melibatkan orang dan organisasi tempatan dan luar negara untuk mendapatkan apa yang dimahukannya.
“Sehingga pada kebanyakan masa kita tidak kenal siapa orang itu. Jho Low juga pernah mencadangkan agar kelab bola sepak Inggeris, Manchester City datang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan.
“Hubungan Najib dan keluarganya juga sangat rapat dengan Jho Low kerana saya sendiri beberapa kali pernah nampak beliau keluar masuk kediamaan di Langgak Duta banyak kali berbanding orang lain,” ujarnya.
Najib ketika ini berdepan dengan tuduhan penyewelengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion selain daripada 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.
Perbicaraan mahkamah ditangguhkan hari ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah sehingga Selasa depan pukul 9.30 pagi dengan pemeriksaan balas bersama saksi sama. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/05/pulak-dah-jho-low-dalang-utama-najib-tak-salah-guna-kuasa-amhari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ancaman Dari Jho Low Kenapa Tak Pernah Rujuk Tanya Najib Soal Shafee Kepada Amhari

Ancaman Dari Jho Low Kenapa Tak Pernah Rujuk Tanya Najib Soal Shafee Kepada Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 412 hits
1MDB Bukan Najib tetapi Jho Low beri ancaman kepada saya Amhari Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin beberapa kali menegaskan tentang senario di mana beliau berhadapan dengan ancaman dan tekanan sehinggga memaksanya be...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 457 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi kelapan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaru...
Jho Low Lent Me Us 200k Without Agreement Najib S Ex Aide

Jho Low Lent Me Us 200k Without Agreement Najib S Ex Aide

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 382 hits
NAJIB TRIAL The Kuala Lumpur High Court today heard that fugitive businessperson Low Taek Jho gave a US 200 000 loan to then prime minister Najib Abdul Razak s special officer Amhari Efendi Nazaruddin in 2010 Testifying as the eighth witnes...
Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

Najib Jho Low Palsukan Dokumen Terima Wang Derma Arab

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 346 hits
Najib Razak dan Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada terdedah antaranya dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang dari penderma Arab Sedangkan ia didakwa berpunca daripada 1MDB Perkara ini diny...
Najib Knew Jho Low Long Before I Did Says Accused S Ex Aide

Najib Knew Jho Low Long Before I Did Says Accused S Ex Aide

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR A witness told the High Court here yesterday that Low Taek Jho or Jho Low was already familiar with Datuk Seri Najib Tun Razak and his family long before he himself came to know the fugitive businessman Najib s former special o...
Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 330 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its fifth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings S...
Jho Low Amat Rapat Dengan Keluarga Najib

Jho Low Amat Rapat Dengan Keluarga Najib

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 554 hits
Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low amat rapat dengan keluarga bek...
1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 393 hits
In this document in paragraph seven it stresses how Jho Low played no role in 1MDB even though he happens to be the main planner concerning confidential 1MDB dealings Fugitive financier Low Taek Jho sent hundreds of emails to Datuk Seri Naj...
Jho Low Was Najib S Unofficial Special Advisor Court Told

Jho Low Was Najib S Unofficial Special Advisor Court Told

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 278 hits
Most of the time I would be informed by Najib that the instructions given by Jho Low were approved by him and Datuk Azlin also noted to me that Jho Low s instructions once confirmed by Najib must be followed up A former special officer to N...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur