Pukulan Politik Luar Bandar


Hasmi Hashim      
ULASAN | Suara dari Cameron Highlands sudah kedengaran malam tadi. Masyarakat luar bandar — tidak kiralah sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli - telah mengantar isyarat betapa ada yang canggung dan tidak memuaskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

BN menang sekali lagi, selepas mahkamah pilihan raya mendapati calonnya dalam PRU lalu bersalah menyogok pengundi. Dalam keadaan rekod BN yang buruk sebegitu, PH bukan sahaja kalah, tetapi kecundang dengan majoriti lebih besar.

Kenapa dan mengapa?

Kalau hendak dikatakan keputusan Cameron Highlands sebagai protes pengundi Melayu, rasanya tidak betul sepenuhnya. Di sana, jumlah pengundi Melayu 35 peratus sahaja.

Jika kesemua pengundi Melayu mengundi BN, BN tetap tidak akan menang. BN hanya boleh menang dengan undi yang turut disumbang oleh pengundi Cina (32 peratus), India (13 peratus) dan Orang Asli (21 peratus).

Kalau dilihat pecahan kaum, kerusi seperti parlimen Cameron Highlands adalah lebih sesuai ditandingi PKR, bukannya DAP.

Selama ini, apa yang diuar-uarkan, dan konon sebagai formula asas, pembahagian kerusi di kawasan campuran adalah lebih cocok ditandingi PKR, tapi nampaknya tidak terpakai. Sampai di Cameron Highlands, formula tersebut berderai. DAP sebenarnya cuba menguasai kawasan bukan Melayu dan juga kawasan campuran.-

Calon DAP M Manogaran sudah tiga kali bertanding. Tiga kali kalah.

Ketika beliau memakai lambang PKR dalam PRU lalu, keputusannya lebih baik dengan memperolehi 9,710 undi.

Kali ini, beliau memperolehi 8,800 undi. Majoriti yang terhempap ke atas kepala calon DAP itu juga semakin besar iaitu 3248, berbanding 597 dalam PRU lalu.

Semua faktor di atas menjadikan keputusan Cameron Highlands boleh dilihat sebagai gambaran ngauman suara masyarakat luar bandar.

Baca: PRK Cameron: PAS dukung BN tuai hasil kerjasama
Beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sama ada dua DUN di Selangor dan Parlimen Port Dickson, bukan sangat melibatkan kawasan luar bandar. Kawasan berkenaan lebih kepada bandar atau pinggir bandar; ditambah faktor demam keputusan 9 Mei yang menjadikan PH punya kelebihan. Kini tarikh 9 Mei semakin jauh meninggalkan, dan rakyat kembali berfikir secara waras

Lagi lagi Najib, 1MDB
Sekali lagi, apa yang menarik, di Cameron Highlands juga tidak melibatkan kawasan populasi Melayu yang terlalu dominasi. Kalau pengundi Melayu 60-70 peratus, takut-takut parti yang kalah akan sekali lagi berselindung di sebalik watak mangsa sentimen perkauman

Skripnya mudah, iaitu konon orang Melayu tidak menerima PH, maka DAP kalah. Antara DAP dengan PH adalah dua entiti yang walaupun sama tapi tidak serupa.

Kali ini, nampaknya bukan sangat orang Melayu yang ‘memberontak’, tetapi ada tanda keseluruhan pengundi luar bandar tanpa mengira kaum yang memberi pukulan kepada calon DAP-PH. Bagi sesetengah orang, PH memang perlu dikalahkan kerana mula dilihat berperangai seperti kaduk naik junjung.

Kenyataan yang tidak boleh disembunyikan lagi ialah masyarakat luar bandar dan miskinlah yang paling teruk terkesan apabila PH mengambil alih Putrajaya. Semua janji yang diingkari selalu mudah ditutup dengan satu alasan: “kerajaan dah tak ada duit, dah kena curi oleh 1MDB.” Maka, tutup cerita!

Sepanjang tempoh kempen, terlalu mudah dibaca bagaimana DAP-PH berusaha menjadikan Najib Razak sebagai beg pukulan. Senang cakap, sebagai kambing hitam apabila yang dibangkitkan masih lagi cerita 1MDB dan ‘hantu’ Altantuya.
Menyentuh skandal 1MDB, isu berkenaan yang dimainkan berlebihan telah membawa musibah berganda kepada rakyat. Ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga.

Jatuhnya apabila duit rakyat lesap; dan ditimpa tangga apabila PH pula tidak habis-habis menggunakannya untuk melepaskan diri atau menutup kelemahan pentadbiran yang begitu lembab memulih serta memacu semula ekonomi.

Najib bukan lagi perdana menteri. Najib sudah pun didakwa di mahkamah dengan puluhan tuduhan.

Ketika Najib dilarang atau dianjing-anjingkan kerana menjejak kaki untuk berkempen tempohari, kenyataan sebegitu nampaknya menjadi serangan berlebihan atau overkill yang menyebabkan pengundi Cameron Highlands jadi meluat.

Tanpa Najib, PH seperti tak ada modal. Tak ada dasar dan program besar kerajaan baru yang boleh jual.

Cuba tiada gaji tiga bulan
Strategi tular sesetengah menteri seperti isi petrol di stesyen minyak atau memandu kereta sendiri, juga memakan tuan. Media sosial Najib lebih menghiburkan - yang telah membuatkan lawannya sama ada di pihak PH atau dalam Umno sendiri cemburu buta.

Ketika kemaruk kebanyakan menteri dan pemimpin mencari like dan retweet, apa yang dilupakan ialah isu kesengsaraan hidup rakyat. Masyarakat luar bandar sebenarnya sedang menilai betapa golongan yang paling mendapat manfaat daripada kejatuhan rejim BN tidak lain adalah sekelompok kecil pemimpin politik yang kini menjadi menteri atau memegang jawatan tinggi. Rakyat cuma percaturan politik.

Orang luar bandar juga melihat bagaimana menteri tanpa rasa malu ke luar negeri dengan begitu kerap, dan di dalam negeri pun tidak putusnya pemimpin memakai kapal terbang atau helikopter. Hidup mereka berubah sekali.

Bagaimana pula para pemimpin itu boleh tidak berasa bersalah ketika masuk melawat kampung-kampung? Mereka boleh buat selamba dan mampu pula bertentang mata dengan orang kampung tanpa rasa malu! Dengan gaya hidup yang tidak kalah mewah, menjadi soalan, apakah benar ekonomi negara berada dalam keadaan parah?
Oleh itu, menteri yang turun berkempen dengan memakai anyaman kepala orang asli pun tetap tidak dapat memukau kesucian hati Orang Asli untuk berpaling menyokong PH. Lakonan itu juga tidak membuatkan kehidupan masyarakat luar bandar umumnya segera bertambah baik. Anehnya di ketika sama, rakyat pula diminta bersabar dua-tiga tahun sebelum ekonomi dikatakan dapat dipilihkan.

Secara perbandingan, kalaulah menteri boleh tidak menerima gaji - jangankan tiga tahun - tiga bulan pun rasanya mereka sudah merasa deritanya. Kini sudah tujuh bulan hidup orang luar bandar sengsara.

Peneroka Felda menangis tidak berair mata. Harga sawit lebih murah daripada belacan, kata mereka.
Begitu juga pekebun kecil yang semakin merempat tidak tahu ke mana hendak mengadu nasib.

Mujurlah di Cameron Highlands tidak ada jalan bertol yang terpaksa ditempoh penduduknya setiap hari. Kalaulah penduduk Tanah Rata macam orang di Seri Iskandar, Ipoh Timur, Puchong, Air Hitam atau banyak tempat yang bersentuhan jalan bertol, tak mustahil majoriti yang diperolehi BN akan lebih besar.

Keputusan PRK semalam hanyalah kelocak kecil di gigi air. Tapi kelocak itu boleh menjadi arus balik tsunami yang tidak kurang besarnya seperti yang pernah menimpa BN. Tanda-tandanya mulai kelihatan bukan di kota-kota, tapi di desa dan pendalaman.

*HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai komuniti Jalan Telawi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/pukulan-politik-luar-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saat Tiket Domestik Mahal Tiket Surabaya Ke Malaysia Harganya 372 Ribu Pp Liburan Ke Luar Negeri Deh

Saat Tiket Domestik Mahal Tiket Surabaya Ke Malaysia Harganya 372 Ribu Pp Liburan Ke Luar Negeri Deh

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 329 hits
Kalau liburan dalam negeri mahal banget nggak masalah dong kalau kita liburan ke luar negeri dulu
Sekolah Rusak Diterjang Puting Beliung Pelajar Sd Di Semarang Belajar Di Luar Kelas

Sekolah Rusak Diterjang Puting Beliung Pelajar Sd Di Semarang Belajar Di Luar Kelas

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 257 hits
Puluhan siswa SDN Srondol Kulon 01 Banyumanik Semarang terpaksa belajar di luar kelas lantaran atap ruangan roboh kena puting beliung Jumat
Lantikan Isteri Anak Luar Biasa Chegubard

Lantikan Isteri Anak Luar Biasa Chegubard

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 366 hits
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard KUALA LUMPUR Melantik ahli politik duduk dalam syarikat atau agensi berkaitan kerajaan adalah perkara biasa yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu Barisan Nasional Bagaimanapun melantik isteri dan anak ...
Pembunuh Jurnalis Diberi Remisi Menkum Ham Sebut Bukan Kejahatan Luar Biasa

Pembunuh Jurnalis Diberi Remisi Menkum Ham Sebut Bukan Kejahatan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 210 hits
Menteri Hukum dan HAM Yasonna Laoly menuturkan pemberian remisi perubahan bukan pertama kali diberikan pemerintah Susrama mendapat remisi setelah melalui sejumlah pertimbangan Salah satunya masa hukuman yang telah dijalankan Pertimbangan ke...
Bagaimana Nak Pastikan Susu Tak Berkurang Ketika Di Luar Negara Ikuti Langkah Penghasilan Susu Yang Betul

Bagaimana Nak Pastikan Susu Tak Berkurang Ketika Di Luar Negara Ikuti Langkah Penghasilan Susu Yang Betul

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 373 hits
Jika anda masih menyusukan anak anda dan anda perlu ke luar negara hal ini merisaukan kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama dan penerbangan antarabangsa Apakah panduan dan tip yang boleh anda lakukan supaya penghasilan susu tidak berku...
4 Hal Prinsip Ini Penting Diajarkan Sejak Balita Agar Tumbuhnya Cerdas Luar Dalam Otak Encer Attitude Oke

4 Hal Prinsip Ini Penting Diajarkan Sejak Balita Agar Tumbuhnya Cerdas Luar Dalam Otak Encer Attitude Oke

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 284 hits
Biar di masa depan nggak ada lagi komentar Dih anak siapa sih ini Nggak diajar sama orang tuanya ya
Kejayaan Umno Pas Tarik Sokongan Mca Mic Di Luar Jangkaan Guan Eng

Kejayaan Umno Pas Tarik Sokongan Mca Mic Di Luar Jangkaan Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 313 hits
27 Januari 2019 11 19 AMLIM GUAN ENGPULAU PINANG 27 Jan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan UMNO dan Pas menarik MCA dan MIC menyokong kerjasama parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands adalah di luar...
Pencapaian Yang Terkini Dr Amalina Bakri Bekas Pelajar Cemerlang 17a1 Spm 2004 Yang Cukup Membanggakan Di Luar Negara

Pencapaian Yang Terkini Dr Amalina Bakri Bekas Pelajar Cemerlang 17a1 Spm 2004 Yang Cukup Membanggakan Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 554 hits
Beberapa hari kebelakangan ini timeline Facebook Nona kembali viral dengan nama Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang SPM 2004 yang ditaja Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara Sejak Oktobe...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut