Pukul Body Guard Suspek Berdepan Lima Pertuduhan





Majikan kepada dua pengawal peribadi yang diugut dengan pistol dan dipukul kerana berpuasa, tiba di Mahkamah Majistret di Klang pada jam 9 pagi diiringi anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tujuh pertuduhan yang dibacakan menurut Astro Awani..


KLANG : Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang, di sini, atas lima pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan terhadap dua pengawal keselamatan di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 13 April lalu.
Tertuduh Chung Chee Yang, 43, didakwa bersama pembantu peribadinya Choo Hin Voon, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret P Sarulatha.
Mengikut pertuduhan pertama, Chee Yang dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dengan ugutan hendak menyebabkan kecederaan parah dengan mengacukan sepucuk pistol ke arah mangsa.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara jam 10.30 hingga 11.30 malam di luar halaman rumah di Jalan Batu Nilam 9, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 13 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Chee Yang didakwa bersuhabat dengan tertuduh kedua dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam Zulkepli, 44, menggunakan senjata iaitu sebatang rotan pada masa, tempat dan tarikh yang sama.
Tertuduh juga berdepan satu lagi pertuduhan iaitu dengan niat disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan kedua-dua mangsa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kelima, Chee Yang turut dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam Zulkepli pada masa, tempat dan tarikh yang sama.
Manakala bagi tertuduh kedua, Choo Hin Voon, 43, dia berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas kedua-dua mangsa menggunakan rotan pada masa, tempat dan tarikh yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau dua daripada mana-mana hukuman itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh pertama Chee Yang diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, dan RM20,000 bagi dua lagi pertuduhan.
Manakala tertuduh kedua Hin Voon dibenar diikat jamin sebanyak RM20,000 atas dua pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman dan Mohd Fakhrurrazi Ahmad, manakala tertuduh diwakili Peguam Loi Yap Loong.
Kes akan disebut semula pada 23 Jun ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/pukul-body-guard-suspek-berdepan-tujuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm28 45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa

Rm28 45 Juta Dirampas Dari Suspek Pukul Body Guard Berpuasa

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 272 hits
KLANG Penahanan empat suspek berhubung insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan kerana berpuasa semalam membongkar sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long serta judi haram kumpulan itu Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mo...
Pukul Pengawal Peribadi Sebab Puasa 4 Lelaki Direman Lima Hingga 7 Hari

Pukul Pengawal Peribadi Sebab Puasa 4 Lelaki Direman Lima Hingga 7 Hari

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 458 hits
106 total views 106 views today Empat individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa semalam direman selama lima hingga tujuh hari bermula hari ini BERNAMA menerusi laporan ringkas di lamanTwitter ...
5579 Igp Perlu Selesai Dakwaan Nama Disalahguna Suspek Kes Pukul Ppim Kini Tv 16 04 2021

5579 Igp Perlu Selesai Dakwaan Nama Disalahguna Suspek Kes Pukul Ppim Kini Tv 16 04 2021

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 231 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan hari ini meminta Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyelesaikan dakwaan dibuat suspek yang memukul dua pengawal dan mengaku berkawan dengan beliau Katanya ini bagi menghentika...
Senator Pn Pertikai Layanan Istimewa Polis Kepada Suspek Kes Pukul Dua Pengawal Peribadi Kerana Puasa

Senator Pn Pertikai Layanan Istimewa Polis Kepada Suspek Kes Pukul Dua Pengawal Peribadi Kerana Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 444 hits
PUTRAJAYA Ahli Dewan Negara Muhammad Zahid Md Arip mempertikaikan layanan istimewa polis kepada majikan yang didakwa memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa sehingga dibenar membuat sidang media memohon maaf kepada umat Islam dan Y...
Pukul Bodyguard Berpuasa Polis Bongkar Suspek Dalang Sindiket Rampas Emas Wang Rm28 45 Juta

Pukul Bodyguard Berpuasa Polis Bongkar Suspek Dalang Sindiket Rampas Emas Wang Rm28 45 Juta

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 246 hits
Astro AwaniApril 15 2021 Polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12 500 keping wang kertas AS 100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28 45 juta Gambar Sinar HarianKLANG Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua p...
Pukul Bodyguard Suspek Didakwa Lagi Kemudian Ditahan Semula

Pukul Bodyguard Suspek Didakwa Lagi Kemudian Ditahan Semula

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan yang didakwa di Mahkamah Majistret Klang semalam terhadap lima pertuduhan termasuk memukul dua pengawal peribadinya dan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam didakwa pula di Mahkamah Majistret di s...
Institusi Fatwa Perlu Pragmatik Diberi Pengiktirafan Berdepan Isu Umat Islam

Institusi Fatwa Perlu Pragmatik Diberi Pengiktirafan Berdepan Isu Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 184 hits
Datuk Ikbal SalamPenyelarasan pemerintah penting jaga maslahat umat Islam TERDAPAT usaha yang berterusan untuk memperlekehkan institusi fatwa dan menggambarkan fatwa tidak langsung boleh wujud dalam hierarki perundangan negara Digambarkan a...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Filem Sheriff

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024