Institusi Fatwa Perlu Pragmatik Diberi Pengiktirafan Berdepan Isu Umat Islam


Datuk Ikbal SalamPenyelarasan pemerintah penting jaga maslahat umat Islam TERDAPAT usaha yang berterusan untuk memperlekehkan institusi fatwa dan menggambarkan fatwa tidak langsung boleh wujud dalam hierarki perundangan negara.
Digambarkan akan rendahnya darjat fatwa itu hinggakan apa jua yang dikatakan sebagai hak asasi seseorang itu adalah menghampiri hak mutlak yang tidak boleh disangkal.
Jika terdapat intervensi fatwa, maka fatwa tersebut dikatakan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan mahkamah diajak untuk tidak memberikan pengiktirafan kepada fatwa.
Bagi melihat kewajaran telahan tersebut mari kita menyusuri fatwa-fatwa yang sedang dan telah dicabar di mahkamah untuk kita menilai sama ada institusi fatwa itu telah sebenarnya melangkaui bidang kuasanya dalam menyediakan pandangan berkaitan perintah agama Islam sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Diantara fatwa-fatwa tersebut adalah fatwa berkaitan anak tak sah taraf tidak boleh dibinkan kepada nama bapa kandungnya, fatwa berkaitan entiti-entiti yang tidak dibenarkan melaksanakan aktiviti atau menyampaikan ajaran mereka di sesuatu negeri atas hujah bahawa ianya bertentangan dengan hukum syarak, fatwa berkaitan tauliah mengajar kepada penceramah-penceramah agama Islam dalam negeri tersebut dan fatwa berkaitan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.
Majlis Fatwa Negeri diberikan kuasa oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri bagi membuat ketentuan hukum dalam sempadan kuasanya contohnya dalam soal siapa yang boleh mengajar ilmu agama Islam dalam bumbung sesebuah negeri itu atau soal bagaimana urusan akidah umat Islam dalam negeri tersebut digarispandukan sebagaimana yang diperkenankan oleh Ketua Agama Islam Negeri iaitu Tuanku Sultan sendiri.
Penyelerasan dari pemerintah ini adalah penting bagi menjaga maslahah umat Islam yang sebahagian besarnya adalah orang awam agar tidak berpecah belah hingga bertelingkah dalam memahami sesuatu hukum.
Ini selari dengan maxim Salus Populi Suprema Lex Esto, keselamatan rakyat perlu sentiasa diletakkan ditempat yang tinggi. Maknanya, melestarikan rukun kehidupan dalam ajaran agama Islam mengikut aturan pemerintah yang dizahirkan antaranya melalui fatwa adalah lebih utama berbanding kebebasan sekelompok kecil masyarakat.
Peranan fatwa menjadi terlebih penting dalam masyarakat hari ini apabila terdapat urusan seharian masyarakat yang melibatkan wujudnya silang isu perundangan sivil dan syariah.
Barangkali kita boleh mengimbas kembali kata-kata Tun Salleh Abas di Mahkamah Persekutuan dalam kes Re Dato’ Bentara Luar pada tahun 1981 apabila beliau menyatakan bahawa sungguhpun mahkamah tidak terikat kepada fatwa Mufti Johor berkaitan wakaf tersebut, tetapi mahkamah juga tidak terikat untuk menolak fatwa tersebut kerana Mahkamah Persekutuan berpandangan bahawa fatwa tersebut telah dibuat oleh mereka yang paling berkelayakan mengeluarkan pandangan hukum syara’ yang menghabiskan usia mereka mengkaji dan menafsirkan ilmu berkaitan perundangan Islam dan untuk itu mahkamah mendapati bahawa mereka tiada alasan untuk menolak fatwa tersebut.
Mahkamah Persekutuan pada tahun 2020 dalam kes anak tak sah taraf atau dikenali kes Bin Abdullah juga diminta mempertimbangkan kesan fatwa dari Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang menghalang anak tak sah taraf dibinkan atas nama bapa kandungnya berbanding kebenaran yang diberikan oleh Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dimana mahkamah akhirnya memutuskan bahawa suatu fatwa boleh mengikat sesuatu jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dengan syarat fatwa tersebut perlu sempurna diwartakan mengikut perundangan negeri.
Sungguhpun terdapat sekatan terhadap kuasa undang-undang jenayah Islam di dalam enakmen negeri rentetan penghakiman kes Iki Putra di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, ianya tidak menjejaskan keluasan tafsiran Perintah Agama Islam sebagaimana diperjelaskan dalam kes Sulaiman Takreb (Ayah Pin) yang mana pihak berkuasa agama Islam negeri kekal mempunyai kuasa terhadap isu-isu berkaitan akidah, syariah dan akhlak untuk dibahaskan oleh ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri yang ahli dalam perundangan Islam hingga diistinbatkan menjadi suatu hukum atas ijma’ mereka dan menjadi dokumen perundangan mengikat setelah diwartakan.
Kedudukan Islam sebagai agama negara dan agama negeri tidak mungkin boleh dipisahkan dengan institusi pengeluar hukum yang menjadi tunjangnya. Perlu juga diingat bahawa selain dari fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri terdapat juga pandangan hukum syara’ yang juga mempunyai kesan perundangan dalam negara kita iaitu berkaitan dengan muamalat dan kewangan Islam dimana ianya berada dalam bidang kuasa Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.
Kuasa Majlis Penasihat Syariah melalui Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah dibincangkan dengan mendalam di Mahkamah Persekutuan dalam kes Kuwait Finance House. Mahkamah Persekutuan yang bersidang dengan sembilan orang hakim telah secara majoriti memutuskan bahawa kuasa Majlis Penasihat Syariah tersebut adalah sah berkuatkuasa dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Menarik untuk dilihat bahawa penghakiman mahkamah ini memperakui bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kepakaran untuk menggali isu hukum syara’ dan oleh itu keputusan Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia adalah mengikat mahkamah kerana entiti itu ditubuhkan dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang muamalat yang mahir dan berkuasa untuk membuat apa-apa keputusan berkaitan persoalan hukum syara’.
Tentunya fatwa di atas adalah relevan dan memberi manfaat kepada setiap umat Islam kerana perkara yang diperjelaskan dalam fatwa tersebut adalah soal hukum syara’ yang telah dirungkai oleh ahli-ahli fatwa yang berkelayakan.
Namun fatwa seringkali pula dimusuhi kerana ianya tidak menepati selera segelintir kelompok dan fatwa terkadang dilihat meletakkan batasan terhadap kebebasan yang diinginkan.
Kebebasan adalah suatu hak tetapi tidaklah boleh bersifat mutlak kerana kita dipayungi oleh empat belas perlembagaan iaitu satu Perlembagaan Persekutuan yang terkait dengan tiga belas Perlembagaan Negeri-negeri.
Apabila peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri merujuk kepada Perlembagaan Negeri berulang-ulang kali, maka tentulah Undang-Undang Tubuh Negeri itu juga mempunyai peranan yang signifikan.
Perlembagaan Persekutuan seterusnya memperakukan kuasa Sultan sesebuah negeri untuk menjalankan hak-hak dan keistimewaan Sultan negeri itu mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri termasuklah dalam pentadbiran hukum syara’.
Apatah lagi Tuanku Sultan melalui sumpah naik takhta mereka telah mengakujanji untuk memelihara dan menjaga agama Islam pada setiap masa.
Meneliti titah Tuanku Sultan Johor dan Sultan Selangor terhadap penghakiman kes kalimah Allah di Mahkamah Tinggi baru-baru ini, kita akan dapati bahawa terdapat nada tegas baginda bahawa hal ehwal yang berkait perintah agama Islam perlu terus kekal dalam sempadan perundangan negeri.
Ketegasan ini terangkum dalam kata-kata Imam al Ghazali yang menyimpulkan hubung kait institusi kesultanan dan institusi agama Islam. “Raja dan agama ibarat saudara kembar. Agama merupakan dasar, sementara Sultan pula adalah penjaganya. Barang yang tiada dasar akan hilang. Tidaklah lengkap penguasaan dan pengawalan, melainkan dengan Sultan”.
Justeru, institusi fatwa perlu bersifat pragmatik dan diberikan pengiktirafan bagi mendepani cabaran isu-isu semasa umat Islam dalam negara kita dan amatlah molek serta wajar untuk institusi lain dalam negara kita mendapatkan panduan darinya. ISMA WEB

(*) Datuk Ikbal Salam, Peguambela dan Peguamcara, Johor Bahru


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/institusi-fatwa-perlu-pragmatik-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Motif Suhakam Bangkit Isu Icerd Guris Hati Umat Islam

Apa Motif Suhakam Bangkit Isu Icerd Guris Hati Umat Islam

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 149 hits
Kaji semula kedudukan SUHAKAM sebagai badan kerajaan BANGI Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia sekali lagi mengguris hati umat Islam apabila mengulangi seruan agar kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Sega...
Kes Bodyguard Dipukul Dr Maza Kata Maruah Agama Umat Islam Dipijak

Kes Bodyguard Dipukul Dr Maza Kata Maruah Agama Umat Islam Dipijak

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 680 hits
Polis Klang Selatan menahan empat individu yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir kerana berpuasa Dalam kenyataan semalam Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli...
Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi Pelakon Melayu Juga Bersubahat Tak Hirau Sensitiviti Umat Islam

Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi Pelakon Melayu Juga Bersubahat Tak Hirau Sensitiviti Umat Islam

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 1119 hits
Klip video lagu raya ajak orang ramai main judi pelakon Melayu juga bersubahat Tak hirau sensitiviti umat IslamJTangkapan skrin daripada video iklan raya mempromosikan aktiviti judi yang tular di media sosial KEMUNCULAN sebuah iklan yang me...
Hiburan Merokok Dan Makan Di Tempat Awam Roslan Shah Kecewa Sikap Segelintir Umat Islam Di Bulan Ramadan

Hiburan Merokok Dan Makan Di Tempat Awam Roslan Shah Kecewa Sikap Segelintir Umat Islam Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 265 hits
Personaliti TV terkenal negara seberang tambak Roslan Shah mengakui dirinya kecewa apabila melihat sikap segelintir umat Islam yang tidak segan silu makan serta merokok di tempat awam ketika bulan Ramadan View this post on InstagramAdvertis...
Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat Berserta Tiga Witir

Umat Islam Di Pahang Di Benar Tunaikan Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat Berserta Tiga Witir

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 164 hits
KUANTAN Umat Islam di Pahang dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat serta tiga witir di semua masjid dan surau sepanjang Ramadan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata kebenaran itu dibuat berdasarkan keput...
Umat Islam Di Merata Dunia Mula Berpuasa Hari Ini Antara 10 Dengan 21 Jam

Umat Islam Di Merata Dunia Mula Berpuasa Hari Ini Antara 10 Dengan 21 Jam

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 167 hits
KONGSI ARTIKEL QATAR Tahun ini bulan Ramadan bermula hari ini bagi kebanyakan negara iaitu 13 April 2021 Tempoh berpuasa pula antara 10 dengan 21 jam bergantung kepada lokasi di mana anda berada Setiap tahun bulan Ramadan bermula sekita
Raja Salman Kirim 15 Ton Kurma Untuk Umat Islam Indonesia Bukti Kedekatan 2 Negara Harmonis

Raja Salman Kirim 15 Ton Kurma Untuk Umat Islam Indonesia Bukti Kedekatan 2 Negara Harmonis

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 144 hits
Bukan hanya kali ini saja sebelumnya Raja Salman juga pernah beberapa kali memberikan hadiah mewah kepada presiden
Alvin Chong Ambil Peluang Berpuasa Pesan Umat Islam Jangan Tinggal Solat

Alvin Chong Ambil Peluang Berpuasa Pesan Umat Islam Jangan Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 221 hits
Seperti kebiasaan yang dilakukan pada tahun tahun sebelumnya pelakon berbangsa Cina Alvin Chong tidak ketinggalan untuk turut berpuasa di bulan Ramadan Bukan hanya Alvin ada beberapa lagi artis non muslim yang berpuasa penuh setiap tahun da...
Imam Besar Masjid Istiqlal Ajak Umat Islam Taat Prokes Saat Ibadah Ramadan

Imam Besar Masjid Istiqlal Ajak Umat Islam Taat Prokes Saat Ibadah Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 536 hits
Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta Nasaruddin Umar meminta seluruh umat Islam dapat saling bahu membahu memutus rantai penyebaran virus corona atau Covid 19 selama Ramadan Salah satu sikap proaktif yang dapat dilakukan adalah beribadah deng...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap