Puding Roti Mentega Dengan Gula Hangus Yang Sedap



Telah agak lama saya tidak membuat posting mengenai resepi walaupun saya menpunyai senarai resepi yang panjang untuk dikongsikan. Menulis memerlukan mood, jika tiada mood, memang tidak dapat mencoret walaupun sebaris ayat. Jadual dan aktiviti saya dihujung minggu agak padat sehingga penghujung September. 

Besok kami akan mengikuti rombongan Jalan jalan Cari Makan bersama geng alumni kolej Ketiga Universiti Malaya yang dikenali juga sebagai ETHICA. Kami akan bertolak pagi pagi dari rumah besan kami di Shah Alam. Kami akan singgah di beberapa destinasi dan tempat makan menarik di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk makan makan. 

Yang agak tidak seronok sedikit ialah kerana saya baru dua hari mengalami selsema dan batuk. Doakan agar saya cepat sembuh dan dapat mengikuti rombongan ini dengan lancar. Hubungan kami dalam ETHICA amat rapat dan umpama adik beradik. Maklumlah persahabatan terjalin hampir 40 tahun lamanya. Kami saling mengambil berat antara satu sama lain. OK sekarang kita masuk pula bab resepi.

Pertama kali saya menjamah kuih puding roti mentega sedap ini di Berjaya Tioman Resort ketika menghadiri program team building di sana, Boleh klik entri team building di SINI. 

Umpama cinta pandang pertama, bukan sahaja rupanya yang cantik tapi rasanya sangat sedap menyebabkan saya mengeluarkan handphone dan terus mengambil gambar. Saya tidak pasti dengan orang lain tapi inilah kali pertama saya makan puding roti mentega yang menggunakan air gula hangus atau gula karamel. Rasanya yang sangat sedap, menjadikan saya tidak senang selagi tidak mengetahui resepinya. Balik ke bilik saya terus google resepi tetapi malang sekali kerana saya tidak menemuinya. 

Ketika makan tengahari keesokannya, saya ternampak seorang Chef yang sedang check masakan di meja buffet. Saya terus menemui beliau dan menanyakan berkenaan puding roti mentega yang dijadikan hidangan pencuci mulut semalam. Lalu ditunjukkan seorang chef lain yang kebetulan juga ada di restoran. 

Saya kemudian mendekatinya dan sambil bersembang sembang, saya merisik resepi. Walaupun tidak mendapat resepi sepenuhnya, saya ubahsuai resepi mengikut resepi puding roti yang kami sediakan sebelum ini. Boleh juga klik Puding Roti Azie Kitchen sebelum ini di SINI, di SINI dan di SINI.  

Seriously sangat sedap. Seperti mana kali pertama menjamah puding ini di Berjaya Tioman Resort, begitulah rasanya tetap sama sedap. Jika suka rasa karamel, bolehlah dilebihkan gula untuk dijadikan gula hangus.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Puding Roti Mentega Dengan Gula Hangus Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:1 buku roti gardenia - lenser mentegaKismis

Bahan B:
4-5 sudu besar gula

Bahan C:250 ml susu segar250 ml fresh cream/whipping cream4 biji telur80 gram gula pasir1 sudu kecil esen vanilla
Bahan D:1 tin 390 ml susu cair
90 ml air
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara:
Sediakan gula hangus untuk bahan B. Letak loyang atas dapur. Guna api yang kecil sahaja dan tuang gula. Tunggu hingga gula hancur. Goyangkan  loyang supaya karamel rata pada seluruh permukaan loyang. Ketepikan. Jangan bimbang jika karamel menjadi keras sedikit selepas dibiarkan tu. Nanti ia akan cair semula. Tips untuk dapatkan karamel yang cantik adalah jangan sesekali kacau  dan jangan guna api besar.


Roti dilenser dengan mentega dan dipotong kecil. Susun dalam loyang yang mengandungi karamel tadi. Tabur dengan kismis. 



Kisar semua bahan C dan tuang ke atas roti. Tekan tekan roti dan biarkan seketika.  

Panaskan oven dan tuang air panas ke dalam loyang besar. Bakar dengan kaedah water bath dengan suhu atas 180 C dan bawah 190 C selama 30 minit atau sehingga garing yang disukai. 

Setelah masak, sapu bahagian atas puding dengan glis supaya berkilat. 

Sediakan kastard. Satukan semua bahan D dan dikacau rata. Panaskan menggunakan api kecil sehingga mendidih. Tapis dan sedia untuk digunakan. Hidang puding roti dengan kuah kastard. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/09/puding-roti-mentega-dengan-gula-hangus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Puding Roti Marble Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 448 hits
Puding Roti Marble SedapSukanya rasa puding roti sedap dan mengenyangkan Yelah sebab menggunakan roti kan Makan sepotong dua pun dah kenyang Kalau roti buku di rumah tak dapat perhatian susah nak dihabiskan buat saja puding roti marble Cara...
Roti Lapis Daging Berkeju Bakar Versi Paling Ummph Sedap

Roti Lapis Daging Berkeju Bakar Versi Paling Ummph Sedap

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 273 hits
Tengok tajuk menu dah tahu gerenti sedap Daging dan keju memang gandingan rasa yang mantap Tambah pula roti dicelup susu dan telur sungguh menyelerakan Resipi perkongsian dari FB Diari Ohsemama ni patut dicuba Anda boleh menggunakan daging ...
3 Menu Sarapan Ringkas Berasaskan Roti Mudah Sedap

3 Menu Sarapan Ringkas Berasaskan Roti Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 527 hits
Ada roti lebih jangan buang ye Tukarnya menjadi menu lebih sedap dan senang sangat nak membuatnya Daripada membazir ini tiga menu yang boleh dicuba dan dijadikan menu sarapan atau boleh dijadikan bekal anak anak ke sekolah Yang pasti korang...
Resepi Sedap Masak Asam Utara

Resepi Sedap Masak Asam Utara

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 733 hits
Orang utara panggil masak asam Paling simple tapi dia la paling bahaya Silap silap 3 pinggan Ada sapa suka Kita geng
Muffin Bingka Jagung Sedap Ni Jadi Teman Kopi Di Petang Hari

Muffin Bingka Jagung Sedap Ni Jadi Teman Kopi Di Petang Hari

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 490 hits
Suka jagung ini ada dua menu jagung yang sedap Selain direbus atau dibuat bubur jagung juga sedap dijadikan kuih seperti muffin dan bingka Kedua dua menu ni sesuai untuk hidangan minum petang sebagai buah tangan bila berkunjung ke rumah rak...
Resepi Air Asam Sedap Makan Dengan Ikan Bakar

Resepi Air Asam Sedap Makan Dengan Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 555 hits
RESEPI AIR ASAM SEDAP MAKAN DENGAN IKAN BAKAR Dah lama Auni tak share resepi kan Harini nak share resepi simple je Semua orang tahu nak buat Dah banyak pun orang share kat Google Tapi ini resepi Auni sendiri lah ye Kalau sama tu mohon ampun...
Asam Pedas Batang Keladi Sedap Meraung Resipi Ni Tak Gatal Tekak

Asam Pedas Batang Keladi Sedap Meraung Resipi Ni Tak Gatal Tekak

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 686 hits
Asam pedas batang keladi ni lauk tradisi kegemaran ramai Tapi batang keladi ni nak masak kena gayanya Masak asam pedas adalah gaya masakan yang popular Bersihkan pun kena betul betul kalau tak gatal tekak pulak Jom cuba resipi Masak Asam Pe...
Resipi Cha Bang Ang Dessert Thai Viral Yang Sangat Sedap

Resipi Cha Bang Ang Dessert Thai Viral Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 1975 hits
Nampak sedap Cha Bang Ang ni Ia adalah antara manisan Thailand yang sedang viral Bahan bahan yang digunakan sangat simple Bagi yang nak cuba resipi perkongsian saudari Acik Siti ni antara yang mudah Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CAR...
4 Langkah Simpan Petai Supaya Tahan Lama Cubalah Sambal Udang Petai Sedap Meletop

4 Langkah Simpan Petai Supaya Tahan Lama Cubalah Sambal Udang Petai Sedap Meletop

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 490 hits
Min yakin ada ramai peminat setia petai di sini Ada orang suka makan mentah mentah ada juga suka dimasukkan dalam lauk pauk terutamanya sambal Bagi warga kota kalau beli petai mesti suka beli banyak kan Buat stok jadi bila terasa nak masak ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids