Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan


Beberapa hari lagi kita akan bertemu Bulan Ramadhan 1444H/ 2023 yang dinantikan umat Islam. Bulan Ramadhan, bulan suci yang dipenuhi keberkatan. Setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan mendapatkan balasan berlipat kali ganda. 
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan, marilah kita persiapan diri menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Tak lupa juga untuk berdoa diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ini.
baca juga : 10 tips persiapan menuju Ramadhan
niat puasa dan doa berbuka puasa Ramadhan


DOA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN JAKIMبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bersempena Majlis Sambutan Ketibaan Bulan Ramadhan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadhan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadhan. Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadhan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan

اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Doa di atas dikongikan oleh Bahagian Dakwah, JAKIM. Selain itu, berikut doa yang dikongsikan oleh bahagian Mufti Wilayah Persekutuan.

DOA RAMADHAN 1
Anas bin Malik RA berkata : “Rasulullah ﷺ berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.”

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya : “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan”—Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346)

DOA RAMADHAN 2Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah ﷺ berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ
Maksudnya : “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”—Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (1397). 
Syeikh Ahmad Syakir mengatakan isnadnya hasan manakala Syeikh Syu’aib al-Arnaut mengatakan hadith ini hasan dengan syawahid yang lain.

DOA RAMADHAN 3Begitu juga dikatakan ramai di kalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya : “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”—Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69)

Hendaklah kita merasa gembira dengan Ramadhan yang bakal menjelma dengan tawaran tuhan yang lumayan. Sebaliknya golongan munafiq pula merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan.

Maka benarlah sabda Nabi ﷺ :

أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ
Maksudnya : “Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”—Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (8870) & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (1884). Sanadnya dho’if kerana terdapatnya Tamim maula Abu Rumanah.

Sumber : Bahagian Dakwah, JAKIM | Muftiwp
Bulan Ramaadhan bulan yang mulia penuh berkat, rahmat dan pengampunan jauh lebih istimewa jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Marilah kita merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/03/doa-menyambut-ketibaan-bulan-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Menyambut Ramadan Melihat Anak Bulan Jakim

Doa Menyambut Ramadan Melihat Anak Bulan Jakim

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 429 hits
DOA MENYAMBUT RAMADAN DOA SETELAH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN Penyimpan Mohor Besar Raja Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan bagi tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah di Malays...
Himpunan Doa Sepanjang Bulan Ramadan

Himpunan Doa Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 272 hits
Himpunan Doa Sepanjang Bulan Ramadan Buka puasa adalah suatu tradisi dalam agama Islam di mana umat Islam berpuasa selama bulan Ramadan dan kemudian mengakhiri puasa di akhir hari dengan memakan makanan atau minuman sebagai tanda akhir puas...
Makanan Sehat Yang Cocok Dijual Saat Bulan Ramadhan Tips Dan Trik Untuk Menarik Konsumen

Makanan Sehat Yang Cocok Dijual Saat Bulan Ramadhan Tips Dan Trik Untuk Menarik Konsumen

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 162 hits
Hai teman teman HealLife Kali ini kita akan membahas tentang makanan sehat yang cocok dijual saat bulan puasa Bulan puasa menjadi bulan yang sangat dinanti nanti oleh umat Muslim di seluruh dunia Selain untuk meningkatkan kualitas ibadah bu...
Indahnya Suasana Malam Menyambut Bulan Suci Ramadan Di London

Indahnya Suasana Malam Menyambut Bulan Suci Ramadan Di London

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 1855 hits
Menyambut bulan suci Ramadan kawasan Piccadilly Circus di London dihiasi pernak pernik lampu unik berbentuk bulan sabit bintang hingga tulisan Happy Ramadan Hiasan lampu yang menerangi kawasan Piccadilly Circus telah menarik perhatian warga...
10 Keutamaan Bulan Ramadhan Yang Luar Biasa

10 Keutamaan Bulan Ramadhan Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 373 hits
10 Keutamaan Bulan Ramadhanmerupakan tema kedua Ceramah Ramadhan 2023 Cocok menjadi bahan kultum Tarawih pada malam 2 Ramadhan 1444 atau 23 Maret 2023 Jamaah tarawih hafizhakumullah Sungguh nikmat yang luar biasa ketika Allah mempertemukan ...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1444h

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1444h

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 365 hits
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1444H pada tahun 2023 Semoga Ramadhan tahun ini kita dapat melakukan banyak kebaikkan dan amalan di bulan yang mulia ini Alhamdulillah panjang kali ni bercuti Mesti ramai yang pakat nak balik berbuka pu...
Puding Kastard Berkuah Untuk Majlis Tahlil Doa Selamat Menjelang Ramadhan

Puding Kastard Berkuah Untuk Majlis Tahlil Doa Selamat Menjelang Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini berlangsung di pejabat Majlis Tahlil dan Doa Selamat bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan lusa insyaAllah Seperti biasa jika ada majlis majlis macam ni untuk jamuannya kami memilih pot luck kali ni Sk memilih m...
46 Ucapan Sempena Bulan Ramadhan

46 Ucapan Sempena Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 215 hits
Ucapan Ramadan 1 Selamat bulan Ramadhan Semoga kita bisa mendapatkan banyak berkah dan ampunan di bulan suci ini Ucapan Ramadan 2 Mari kita sambut bulan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa yang penuh kebaikan Ucapan Ramadan 3 Di bulan...
Beberapa Pertanyaan Seputar Kesehatan Di Bulan Ramadhan

Beberapa Pertanyaan Seputar Kesehatan Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum teman teman di HealLife Sudah siapkah kita menghadapi bulan suci Ramadhan yang sebentar lagi tiba Ramadhan adalah waktu yang spesial bagi umat Muslim di seluruh dunia Selain sebagai waktu untuk beribadah Ramadhan juga menjad...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin