Puasa Dan Kesayuan


 
Orang kita jiwanya lembut, mudah sayu dan suka bernostalgia. Menyambut puasa disambut dengan gembira bercampur sentimental. Selalunya akan mengenang orang tersayang yang telah tiada. Teringat ibu, ayah, suami, isteri atau anak yang telah pulang ke pangkuan Ilahi.
“Kalau arwah ayah masih ada mesti seronok puasa tahun ini tengok anak-cucunya,” keluh si emak. Semua orang yang sedang gembira serta-merta sayu.
Tak tahu kenapa kita mesti mengenang-ngenang macam itu. Mungkin sebab puasa dan raya hari paling indah bagi orang kita maka bila datang hari tersebut tanpa orang tersayang, kita berasa amat pilu.
“Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna,” kata Man Bai melalui lagunya, Harapan Ramadhan.
“Sebab jiwa orang kita lembutlah maka drama, filem dan lagu kita selalunya lemah, kecewa dan tak terkecualilah juga dengan lagu puasa dan lagu raya. Semua nadanya melankolik,” kata kawan saya.
“Cuba kau dengar lagu Ramadan Tiba oleh Opick dari Indonesia. Kan rancak dan bersemangat! Ada beza tak? Kita harus memperbanyakkan lagu yang merangsang minda macam tu,” ujar kawan saya yang memang bosan dengan karya meleweh ini.
“Sudah tahun 2025 ini kita mesti berubah mendepani zaman. Cergas dan usah terlalu lemah bernostalgia. Lagu sambut puasa dan raya mesti menghidupkan semangat,” katanya lagi.
Sebab itu tahun lepas, generasi baharu menyambut lagu raya yang rancak seperti ‘Alamak Raya Lagi!’. Mereka punya zaman dah ke arah pantas bukan meleleh, menurut kawan saya.
Namun, kesedihan tetap menjadi pilihan ramai daripada kita. Drama mati menjelang raya, mesti ada. Ha! Ha! Ha! Tapi bagi saya ia tidaklah salah.
Cuma, dari segi psyche Melayu, kenapa orang kita begitu? Diharap ada kajian oleh pakar psikologi kenapa budaya kita sedemikian rupa. Apakah ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan jiwa kita sentimental, mudah tersentuh dengan hal-hal sedih. Apakah ia sesuatu yang baik atau tidak. Adakah menjadi lembut itu optimis atau pesimis?
Apakah generasi kini sudah berubah daripada penyakit sedih-sedih ini kerana sudah jauh dari kampung, sawah dan sungai dan sudah sebati dengan kondominium, tren dan bandar raya yang menuntut diri menjadi laju, mandiri lalu tiada masa untuk bersentimental terhadap sesuatu yang dirasakan tidak berkaitan dengan mereka?
“Jangan sedih pagi ini
Tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang mulia.”
Tengok lagu raya lama itu. Bukankah nadanya sedih? Walhal, rata-rata orang kita hidupnya selesa. Tak kaya dan tidaklah sampai melarat keadaannya. Bunyinya saban hujung minggu kita mampu balik kampung, tak kiralah bulan puasa atau bukan. Tiap-tiap hujung minggu kita dapatkan saksikan lebuh raya sesak.
“Eh, cerita orang putih pun bila Krismas ada sedih-sedih juga mengenangkan ahli keluarga yang dah mati atau anak-anak yang jauh tak dapat balik beraya,” sanggah saya terhadap hujah kawan.
Persamaannya ialah pada hari Natal biasanya seluruh ahli keluarga juga berkumpul. Begitu juga Ramadan dan Syawal bagi kita. Setahun kita sibuk dengan urusan kerja, kedatangan Ramadan dan Syawal rahmat untuk ahli keluarga raikan bersama. Berbuka puasa agenda makan bersama-sama di mana selain bulan Ramadan, amat jarang untuk kita dapat sama-sama berhimpun pada waktu yang tepat. Ramadan menjadikan kita semua bersatu. Kita sama-sama kalut menyiapkan makanan, sama-sama menunggu waktu berbuka, sama-sama solat berjemaah dan sama-sama bangun bersahur. Semua ini akan menjadi memori indah yang tersimpan dalam ingatan. Maka, apabila datang lagi Ramadan dan Syawal tahun berikutnya — jika salah seorang sudah tiada, kita akan bersedih.
Begitulah juga waktu raya. Adik-beradik yang beranak-pinak kembali bertemu di rumah tempat mereka membesar lalu terkeluarlah cerita-cerita lama sejak zaman kanak-kanak bermain, bergaduh dan bermanja. Maka apabila ada ahli keluarga yang sudah tiada, apatah lagi ibu atau ayah — sayulah rasa.
“Apakan daya, masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni tinggal menjadi
Kenang-kenangan
Hanya rangkaian kata dalam lagu
Dendang perantau.”
“Apakah aku ni hati batu?” soal saya kepada kawan kerana saya setakat ini tidak ada rasa sentimental. Meraikan Ramadan dan Syawal semasa dua arwah anak saya masih hidup sehinggalah kedua mereka sudah tiada, kami suami-isteri tak ada masalah terkenang-kenang. Tak ada nak imbau kisah-kisah bulan puasa ketika mereka ada. Kami jalani sahaja hidup hari ini mengikut apa yang ada.
“Engkau lainlah. Bukan semua macam engkau,” kata kawan. “Tapi, aku tetap percaya bahawa orang kita jiwa semulajadinya lembut dan melankolik. Sebab-sebab yang kita bentangkan tadi hanya sabitan sahaja. Puasa, raya, cinta semua itu hanya sebagai sebab untuk kita bersedih. Daripada segi psikologinya kita memang orang yang penyedih,” kata kawan.
“Kenapa?” tanya saya dan kawan saya menjawabnya dengan mengangkat kedua bahu.
Ini sudah lama saya dengar. Tentang lembutnya jiwa orang tanah Semenanjung ini sehinggakan merdeka tanah air daripada penjajah pun dengan cara yang lembut. Jatuhnya kerajaan demi kerajaan pasca pilihan raya pun tiada kekalutan berdarah. Tenang dan sayu. Kita ini orang lembut, santai-santai dan ringkas fikiran. Tidak suka yang rumit-rumit dan berat-berat.
“Memang patut pakar psikologi kaji jiwa orang kita terutamanya bab pelembut tu,” kata saya.
“Tak percaya? Kau tengok tu,” ujar kawan saya dengan memuncungkan mulut ke arah pekerja-pekerja tukang rumah yang sedang membuat kerja pembinaan di rumahnya.
Kerja-kerja yang mereka sedang lakukan memang kasar seperti memaku, menyimen dan memasang atap — tetapi muzik yang mereka pasang untuk temankan mereka bekerja lagu-lagu cinta sedih. Bukannya lagu rancak pergi perang. Sambil bekerja mereka turut menyanyi mengiringi lagu di telefon pintar mereka.
“Di sana hanyaalaah menantiiii…
Sampai bila pun ku tak pastiiii…”
Saya dan kawan saya ketawa berdekah-dekah! Selamat berpuasa! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/puasa-dan-kesayuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 723 hits
Okay Johoreans sekalian Ramadan 2025 is just around the corner and you know what that means it s time to get your buka puasa game on But tunggu sekejap before you start daydreaming about all that delicious food let s make sure you ve got th...
Puasa Tanpa Solat

Puasa Tanpa Solat

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 264 hits
Puasa tanpa solat ibarat kau kerja tanpa gaji kau boleh lapar kau boleh penat sebab pahala puasa kau kosong di sisi Allah Sebab kau tak solat Solat itu tiang agama kalau kau tak dirikan tiang dulu macam kau nk dirikan yang lain sebab itu so...
Ulangkaji Bab Puasa

Ulangkaji Bab Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum Selamat berpuasa semua first day puasa hari ni semua ok berjalan lancar anak buah kecik pun dh belajar puasa dh so untuk hari ini jom kita ulangkaji bab puasa saje nak refresh semula kan ULANGKAJI BAB PUASASyarat Wajib Puasa...
Ibadah Puasa Pengertian Hikmah Dan Kepentingannya Dalam Islam

Ibadah Puasa Pengertian Hikmah Dan Kepentingannya Dalam Islam

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 274 hits
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan minum dan perkara perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat kerana Allah SWT Ibadah ini merupakan salah satu daripada lima rukun Islam dan diwajibkan ke...
Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 490 hits
Assalamualaikum Selamat berpuasa bagi semua sahabat Moga 1 Ramadan tahun ini penuh makna bagi kalian semua Ada yang balik kampung sambut Ramadan bersama ibu ayah tercinta ke tu Bagi adik adik yang baru belajar berpuasa jom acik LM share doa...
Niat Puasa Ramadan

Niat Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 340 hits
Niat PuasaNiat Puasa Ramadan Niat puasa sebulan Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam
Ayam Masak Kicap Resipi Sahur Hari Pertama Puasa

Ayam Masak Kicap Resipi Sahur Hari Pertama Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 697 hits
Hari pertama Ramadhan 2025 sampai jua Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga menikmatinya bersama keluarga tersayang Ayam Masak Kicap menjadi pilihan menu sahur utama sis sekeluarga Bukan apa nak memasaknya tu mudah tak sampai setengah jam...
Bulan Puasa Ini Nak Panaskan Lauk Sahur Dengan Cepat Air Fryer Swiss Thomas Ini

Bulan Puasa Ini Nak Panaskan Lauk Sahur Dengan Cepat Air Fryer Swiss Thomas Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 526 hits
Bulan puasa ni nak panaskan lauk cepat masa sahur Air Fryer Swiss Thomas ni memang lifesaver Kapasiti 6 5L boleh panaskan macam lauk pauk rendang ayam masak merah sayur kuih muih sampai sambal goreng sekali gus Cara nak guna pun senang digi...
Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH syukur berjaya mengharungi hari pertama puasa bulan Ramadhan tahun ini Eh eh first time ke puasa tu Hehehehe Sebenarnya kelakar banyak baca kat threat rata rata macam baru nak puasa tahun ni Ada yang cerita...
Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Omoda Jaecoo Malaysia Serlahkan Art Cars J5 And J7 Phev Di Lahlahland 2025 Gabung Rekaan Automotif Dan Budaya Jalanan

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers

Indira Gandhi To Lead Justice March On Nov 22 Hand Over Abducted Daughter S Teddy Bear To Igp

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bab 11 November 2025

Sabun Pencuci Pinggan Limau Kasturi Buatan Sendiri Yang Jimat Berkesan

Apakah Yang Akan Menyelamatkan Euro

Siti Nurhaliza Umairah Kaca Dan Permata Chord

Monolog Khas Khamis 6 November 2025

6 November 2025 Monolog Jiwa 5 Luka Yang Belum Pulih