Puas Hati Berbasikal Dengan Trs Rocher Folding Bike 10 Speed
TRS Rocher Folding Bike Padu!
Basikal lipat atau folding bike adalah basikal yang boleh dilipat. Basikal jenis ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Mai pun salah seorang penggemar folding bike. Baru-baru ini Mai membeli TRS Rocher Folding Bike 10 Speed model yang terbaru untuk aktiviti berbasikal.
TRS Rocher Folding Bike 10 Speed
Sebelum ini, Mai pernah membeli Mongoose Folding Bike 27 Speed berwarna putih. Sehingga kini, basikal tersebut masih digunakan lagi tapi sudah diberi kepada adik. Harga Mongoose folding bike ini dibawah RM1000. Masa itu Mai fikir, dapat kayuh untuk sihat pun cukup dah. Basikal ini Mai selalu guna untuk berbasikal keliling kampung.
Yang terbaru, Mai beli TRS Rocher Folding Bike. Pertamanya sebab tertarik dengan ciri-ciri menarik yang ada pada basikal lipat ini. Kedua, 'termakan racun' ahli grup basikal hahaha. Yang penting, basikal tayar 20 inci ini dibeli untuk kesihatan tubuh badan. Mengayuh basikal secara santai sambil melihat pemandangan cantik yang menenangkan, tidak sedar lebih 400 kcal dibakar. Itu yang seronoknya berbasikal. Sekarang ini, Mai teringin pula nak mengayuh jarak jauh. Bila naik bukit pun sedap je. Maka, TRS Rocher dipilih
Bagi Mai, basikal lipat ini berbaloi dibeli. Jika nak dibandingkan, berat basikal lipat TRS Rocher adalah 12.5kg, rasa lebih ringan daripada basikal lipat Mongoose yang Mai beli sebelum ini. Basikal ini menggunakan frame dan handle post aluminium serta seatpost alloy, sedikit sebanyak membuatkan basikal terasa ringan
TRS Rocher folding bike yang dilengkapi Crank set 53T dan cassette PACIFIC 11-42T menggunakan sistem gear Shimano Deor membuatkan kayuhan terasa lebih lancar. Naik bukit pun tiada masalah, kurang penat. Kalau Mai, sejam boleh capai lebih 15km, mengikut keadaan tempat berbasikal juga. Ada orang sejam boleh pergi sampai berpuluh KM kan
Pendek kata, Mai amat berpuas hati dengan TRS Rocher. Di mana nak dapatkan basikal ini? Sudah tentulah di kedai basikal hehe. Tapi Mai beli basikal lipat ini secara online di Shopee, seronoknya boleh tolak coin yang terkumpul. Jimatlah juga kan. Harga ketika Mai beli, RM1950 dan kos pengeposan sebanyak RM30+ . Hadiah percuma yang Mai dapat seperti helmet, botol air dan pemegangnya serta lampu basikal. Kalau anda nak tengok atau membuat pembelian TRS Rocher folding bike, boleh klik link Shopee ini ya https://shp.ee/rhap7kj atau https://shp.ee/u5kvqrj
Basikal lipat yang Mai beli online ini sudah dipasang 90% oleh penjual. Kita cuma perlu buka lipat basikal, pasang pedal, pemegang botol air dan laras serta ketatkan mana-mana skru yang longgar. Semuanya Mai buat sendiri. Tapi kalau ada sebarang masalah, bawa terus basikal ke kedai basikal berhampiran
Beberapa hadiah percuma dengan pembelian TRS Rocher
DIbawah ini adalah video unboxing TRS Rocher folding bike 10 speed
Alhamdulillah, basikal yang dibeli secara online ini sampai di rumah dengan selamat. Penjual basikal menggunakan khidmat kurier Ninja Van. Apabila sampai sahaja, Mai terus mengeluarkan basikal daripada kotak dan membuat pemeriksaan serta membetulkan apa-apa yang patut pada basikal. Setelah diamati, semuanya ok. Peratus calarnya juga sangat sikit.
Spesifikasi TRS Rocher (sumber dari laman web trsbike.com)
Itulah sedikit sebanyak tentang basikal lipat TRS Rocher yang baru Mai beli. Pendek kata basikal ini memang syokkk lah. Kalau anda pun berminat, bolehlah ke kedai basikal berhampiran atau terus ke Shopee ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.maisarahsidi.com/2021/10/puas-hati-berbasikal-dengan-trs-rocher-folding-bike.html