Puak Prokomunis Sedang Bangkit Usik Sensitiviti Rakyat


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Kerajaan perlu tindak tegas, jika tidak mereka akan masuk ‘Stage 2’

BANGI – Sekiranya kerajaan kekal membisu terhadap ‘kebangkitan’ ideologi pengganas komunis di negara ketika ini, maka tidak mustahil puak ini akan meningkatkan lagi ‘gear’ kebiadapan mereka di masa akan datang.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid menegaskan, beberapa siri peristiwa mengejutkan termasuk tindakan membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, bendera bintang lima yang dipaparkan di kejohanan bola keranjang dan terbaharu perhimpunan 300 bekas anggota di sebuah kolej swasta di Kajang, semalam adalah percubaan puak ini untuk melihat serta mengusik sensitiviti rakyat Malaysia. 
“Ini adalah ‘stage 1’ percubaan untuk membawa ideologi komunis ke dalam negara. Katakan kerajaan Malaysia tak kenakan sebarang tindakan kepada mereka. 
“Maka, bersiap-sedia mungkin ada tingkat kedua. Yang datang perhimpunan itu mungkin 300 sahaja, tetapi pasti di belakangnya ada banyak lagi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan 300 individu terdiri daripada bekas anggota PKM hadir satu perhimpunan di Kajang.
Perjumpaan itu difahamkan diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Menurut salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.Membidas kenyataan itu, Mohd Noor mempersoalkan, perjuangan apakah yang dimaksudkan oleh Yi Yu. 
Sedangkan, katanya, pelbagai peristiwa berdarah yang masih segar dalam ingatan para pejuang kemerdekaan tanah air ini, dilakukan oleh puak pengganas komunis yang tidak berhati perut.
Malah, kata beliau lagi, lebih membimbangkan apabila ada ahli politik dari parti pemerintah Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Hussin Syed Ali hadir sama dalam perhimpunan berkenaan.
“Dia kata komunis hendak memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi lupakah dia apa yang berlaku di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kekejaman yang pernah dilakukan komunis ketika itu?
“Kalau masih ingat, di Lenggong berlaku peristiwa hitam, bintang tiga membunuh anggota keselamatan dan penduduk. Ada yang matanya dicungkil, disiram dengan air panas, diseksa bagai nak rak. Itu ke perjuangan yang dimaksudkan?,” soal Mohd Noor yang tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa perhimpunan itu diadakan bagi membetulkan salah faham terhadap ‘perjuangan‘ komunis.
Beliau menegaskan, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas golongan ini, ia akan hanya membuatkan mereka lebih berani untuk mara dan menonjolkan diri bagi memperjuangkan kembali ideologi pengganas komunis. 
“Bayangkan apa akan berlaku kepada Tanah Melayu jika komunis berjaya menakluki pada ketika itu. Apakah negara kita akan jadi negara demokrasi atau sebaliknya.
“Kalau dia berjaya, maka Tanah Melayu pada masa itu sama dengan republik rakyat Vietnam, China. Yang ada di belakang kita adalah komunis
“Ke mana kita kalau mereka memerintah. Siapakah yang akan mendominasi pada masa itu sekiranya parti komunis menang?,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/puak-prokomunis-sedang-bangkit-usik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Lebai Makan Angin Bermain Salji Rakyat Sedang Hadap Banjir

Kisah Lebai Makan Angin Bermain Salji Rakyat Sedang Hadap Banjir

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 510 hits
Oleh Mohamad Asri AhBakar Ketika bah besar mula melanda Kelantan Ketika org2 kg mula di pindahkan Ketika ekonomi Kelantan mengalami defisit Ketika Kelantan juga menghampiri muflis Ketika syarikat2 milik Kerajaan negeri terpaksa di jual Keti...
Abu Mayat Pengganas Komunis Ph Tak Peduli Perasaan Anggota Keselamatan Sensitiviti Rakyat

Abu Mayat Pengganas Komunis Ph Tak Peduli Perasaan Anggota Keselamatan Sensitiviti Rakyat

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 409 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kerajaan Pakatan Harapan yang langsung tidak peduli sensitiviti rakyat termasuk perasaan anggota keselamatan negara dek kerana kelemahan pentadbiran mereka Ini katanya termasuklah isu ...
Semangat Wanita Tetap Utuh Tetap Kuat Bangkit Melawan Pemerintah Zalim Dan Kejam Demi Rakyat

Semangat Wanita Tetap Utuh Tetap Kuat Bangkit Melawan Pemerintah Zalim Dan Kejam Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 216 hits
Semangat Wanita Tetap Utuh Tetap Kuat Bangkit Melawan Pemerintah Zalim Dan Kejam Demi Rakyat
Tak Berbaloi Pertaruh Nyawa Rakyat Kerana Duit Nadir Bumi Mp Dap

Tak Berbaloi Pertaruh Nyawa Rakyat Kerana Duit Nadir Bumi Mp Dap

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 236 hits
GERALDINE TONG Tidak berbaloi meletakkan nyawa rakyat dalam bahaya hanya kerana usahasama membuat duit daripada perlombongan nadir bumi kata MP Batu Gajah V Sivakumar Ini bukan hanya soal nak buat duit bukan semata mata kerana sebab itu saj...
Ma Ruf Amin Harap Hasil Rapimnas Kadin Bisa Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat

Ma Ruf Amin Harap Hasil Rapimnas Kadin Bisa Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 154 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin berharap Rapat Pimpinan Nasional Kamar Dagang dan Industri Indonesia 2019 bisa menghasilkan rekomendasi yang dapat diterima oleh semua pihak dan dapat dijalankan bersama sama sehingga dapat bisa berkontribusi terh...
Golkar Rakyat Ingin Presiden Dipilih Langsung

Golkar Rakyat Ingin Presiden Dipilih Langsung

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 177 hits
Ketua DPP Partai Golkar Ace Hasan Syadzily menegaskan partainya tetap menginginkan presiden dan wakil presiden dipilih langsung oleh rakyat Hal itu ia katakan terkait ucapan Ketua PBNU Said Aqil Siradj yang ingin pemilihan presiden dikembal...
Di Cemuh Rakyat Indonesia Kerana Kenyataan Ini Dalam Temuramah Di Us Tak Sangka Ini Yang Keluar Dari Mulut Agnes

Di Cemuh Rakyat Indonesia Kerana Kenyataan Ini Dalam Temuramah Di Us Tak Sangka Ini Yang Keluar Dari Mulut Agnes

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 199 hits
Video temu ramah penyanyi Agnez Monica atau kini lebih selesa dikenali sebagai Agnez Mo kini menjadi buat mulut buat netizen netizen dari negara jiran Indonesia Di Cemuh Rakyat Indonesia Kerana Kenyataan Ini Dalam Temuramah Di US Tak Sangka...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam