Puak Ph Fitnah Kononnya Mysejahtera Dibangunkan Syarikat Asing

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata syarikat yang membangunkan  aplikasi MySejahtera - yang merupakan aplikasi rasmi kerajaan untuk  menjejak penyebaran Covid-19 - adalah syarikat antarabangsa yang  sebenarnya berasal dari Malaysia. 
Penjelasan itu dibuat selepas  Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) mengadu  mereka diketepikan oleh kerajaan berbanding syarikat asing yang diberi  keutamaan. 
“Syarikat KPISoft merupakan syarikat tempatan  berstatus MSC (Koridor Raya Multimedia) yang mula ditubuhkan pada 2010.  Pengasas kepada syarikat ini termasuk dua orang rakyat Malaysia iaitu  Anuar Rozhan dan Raveenderan Ramamoothie. 
“Mereka merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat tersebut sehingga hari ini,” kata MKN dalam satu kenyataan hari ini. 
Menurut  MKN, dengan bimbingan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),  syarikat itu melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa pada 2014 dengan  membuka ibu pejabat di rantau Asia-Pasifik, Amerika Syarikat, Timur  Tengah, Eropah, Singapura dan India, dengan mempunyai pejabat operasi di  15 buah negara.  
“Syarikat ini merupakan antara syarikat  tempatan yang berjaya menempa dan memperkembangkan nama di peringkat  global. Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat ini turut digunakan oleh  syarikat-syarikat yang tersenarai sebagai Fortune 500. 
“Meskipun syarikat ini telah berkembang di peringkat global, pengurusan utama KPISoft masih berpangkalan di Malaysia. 
“Anuar  merupakan ketua pegawai eksekutif bagi KPISoft Malaysia dan Asia  Pasifik. Selain itu, ketua pegawai kewangan global dan ketua arkitek  pembangunan aplikasi global adalah rakyat Malaysia dan melaksanakan  operasi global di Malaysia,” katanya lagi.  		
MKN menambah, pada  peringkat awal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta Agensi  Keselamatan Siber Negara (Nacsa), MKN dan Unit Pemodenan Tadbiran dan  Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) untuk menilai aplikasi yang  dibangunkan oleh KPISoft Sdn Bhd secara tanggunjawab sosial korporat. 
“Penilaian  yang dilaksanakan oleh Nacsa, MKN dan Mampu mendapati bahawa aplikasi  ini paling tersedia untuk dilaksanakan di peringkat nasional berbanding  dengan mana-mana aplikasi yang ditawarkan kepada kerajaan pada masa  tersebut dengan mengambil kira keperluan mendesak daripada KKM. 
“Pembangunan  aplikasi ini merupakan kerjasama strategik antara MKN, KKM, Mampu, SKMM  (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Mosti (Kementerian  Sains, Teknologi dan Inovasi)," katanya.
Semalam, NEF membuat  hantaran di Facebook mengkritik Putrajaya kerana menganugerahkan projek  berskala besar berkenaan kepada syarikat asing. 
“Polisi kerajaan yang sedia ada juga tidak memihak kepada produk dan solusi syarikat tempatan. 
“Contoh  pertama, MySejahtera yang dibangunkan dengan usahasama syarikat luar  negara, KPISoft Inc dari AS dan juga mempunyai ibu pejabat Asia di  Singapura, untuk pengesanan kontak Covid-19,” kata presiden NEF Khairil  Iszuddin Ismail.
Ia turut mengkritik laman web DELIMa (Digital  Education Learning Initiative Malaysia) yang dilancarkan Kementerian  Pendidikan baru-baru ini, yang katanya, langsung tidak mengetengahkan  kandungan solusi dan kandungan digital tempatan. 
Turut dikritik,  projek MyFutureJobs oleh Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)  yang dakwa mereka menggunakan kepakaran teknologi dari Belanda. 
“Adalah  tidak wajar syarikat luar negara dengan modal yang besar, mendapat pula  manfaat daripada wang kerajaan dan wang cukai rakyat untuk kemajuan  mereka, sedangkan syarikat tempatan yang bertarung nyawa untuk hidup  terpaksa bersaing dengan mereka ini, dengan modal yang terhad,” kata  Khairil. 
MR :  Kalau keluar apa-apa drp mulut pimpinan PH kena semak 10 kali
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/puak-ph-fitnah-kononnya-mysejahtera.html