Puad Zharkasi Tunjuk Pandai Atau Cuba Hina Mahkamah
DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR OLEH DATUK DR PUAD ZARKASHI
Hari ini saya di Mahkamah lagi untuk mengikuti bagaimana saksi utama pihaki Pendakwa iaitu Dato Shahrol bekas CEO 1MDB di soal balas oleh Peguambela Ts Shafie Abdullah. YB Suraya KB Pendang dan Wanita Subang pun turut bersama. Antara fakta penting ialah;
1. Jho Lo bawa YDPA Tuanku Mizan ke Abu Dhabi. Tuanku impressed dengan Sovereign Fund di sana dan nak buat TIA (Trengganu Investment Authority)
2. Shahrol mengakui TIA adalah brainchild/baby Tuanku Mizan.
3. Ds Najib tidak terlibat langsung kerana dia tidak hadir dia pun belum jadi PM.
4. Shahrol kenal Jho Lo sejak 2007 dan ditawar bekerja dengan TIA akhir 2008.
5. Mac 2009 Jho Low bawa Shahrol jumpa Sultan Mizan dan ditawar CEO TIA. Tawar hari jumaat dapat surat lantikan isnin.
6. Ketika itu Goldman Sachs, JP Morgan dan Nomura sudah terlibat dengan TIA kerana Jho Low yang bawa masuk.
7. Shahrol mengaku jumlah gajinya pun dia minta melalui Jho Low
8. Ketika itu Najib tidak terlibat langsung
9. Bahkan Shahrol patuh cadangan Jho Low untuk melantik Casey Tang sebagai Pengarah Eksekutif
10. Shahrol mengakui dia mempercayai Jho Low dan Casey Tang dari 2009-2015
11. Jho Low adalah orang yang paling berpengaruh
12. Shahrol mengaku dia tidak boleh menyalahkan Ds Najib apabila dia selaku CEO ditipu oleh Jho Low
13. Shahrol mengaku dia terima dua hp blackberry dari Jho Low. Semua komunikasi/email dengan Jho Low guna blackberry
14. Shahrol mengaku SPRM dan PDRM langsung tidak merampas blackberry tersebut sebagai bahan bukti
15. Jho Low arah padam semua email tersebut
16. Amhari dan pegawai Maybank pun dapat blackberry dari Jho Low dan dapat arahan yang sama
17. Shahrol mengakui jika IPO syarikat tenaga dilaksanakan ia bukan sahaja bagus untuk 1MDB tetapi menguntungkan negara.
18. Tetapi Ia terpaksa dibatalkan kerana sabotaj oleh Pembangkang (PH) ketika itu.
19. Shahrol mula berpeluh bila kekayaan beliau dibangkitkan. Beliau dikaitkan sebagai 1MDB Officer 2. Ini dedahkan oleh Tim Leissner Pegawai Bank Goldman Sach yang didakwa di Amerika
20. Beliau mendakwa menerima dana dari Jho Low dan dipindahkan ke akaun 1MDB Officer 2 iaitu Datuk Shahrol sebagai pemilik bermanafaat.
21. Kita tunggu perbicaraan esok
Dan ini paling lucu bila exco pemuda bangkrap ISU..
SIDANG MEDIA
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MENTERI BELIA & SUKAN, SYED SADDIQ PENIPUAN ISU FOOD PANDA TIDAK DIBAWA KE KABINET
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faizal Sufar akan membuat laporan polis terhadap Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana didakwa menipu dan gagal membawa isu Food Panda ke mesyuarat Kabinet.
Berikut adalah butiran sidang media berkenaan:
TARIKH : 8 hb Oktober 2019 (Selasa)
MASA : 5.00 petang
TEMPAT : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dabg Wangi, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, petugas media dijemput hadir untuk membuat liputan.
Sekian, Terima Kasih.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut :
Muhammad Faizal Sufar
012-2510440
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2019/10/puad-zharkasi-tunjuk-pandai-atau-cuba.html