Puad Fail Permohonan Ketepi Injunksi Muhyiddin


Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 7, 2021 7:58 am


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamarudin kerana memfitnah beliau semalam.

Dalam masa yang sama juga, beliau telah mengarahkan peguamnya agar memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah injunksi yang diperolehi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah injunksi yang telah diperolehi terhadap saya.
“Sekiranya permohonan saya dibenarkan saya pasti akan menuntut ganti rugi daripada Tan Sri Muhyiddin Md Yassin.

“Saya percaya sepenuhnya kepada kebolehan dan kepakaran peguam-peguam saya dalam membela saya dan menegakkan keadilan,” Puad dalam satu kenyataannya semalam.

Puad semalam telah membuat satu laporan polis terhadap Raja Petra Kamarudin berkenaan dengan satu artikel yang bertajuk “AMC In Chaos, Puad Chickens Out And Backs Down” yang telah diterbitkan dalam Malaysia Today pada 04 Mac 2021.

Laporan polis itu dibuat kerana pemilik laman Malaysia Today itu telah melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak benar terhadap beliau bersandarkan kepada surat-surat peguam dan emel Mahkamah yang tidak patut berada di dalam milikannya.

“Tujuan laporan polis tersebut adalah berkenaan dengan surat daripada peguamcara saya dan peguamcara Tan Sri Muhyiddin Md Yassin serta emel daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang merupakan dokumen-dokumen yang dikongsi secara sulit dan peribadi.

“Adalah agak mustahil bagi dokumen-dokumen tersebut diperolehi oleh Raja Petra Kamarudin kerana ianya tidak boleh diakses di laman awam (public domain),” katanya.

Selain itu, katanya, tindakan saman oleh Tan Sri Muhyiddin Md Yassin terhadap saya adalah suatu tindakan yang diambil secara peribadi oleh beliau dan tidak melibatkan kepentingan awam ataupun institusi kerajaan.

Seterusnya, kata Puad, kenyataan Raja Petra Kamarudin yang kononnya menyatakan bahawa Mahkamah telah memerintahkan beliau untuk menurunkan pos tersebut atau akan dikenakan prosiding penghinaan Mahkamah adalah jauh sekali dengan fakta yang sebenarnya berlaku.

Malah, katanay, apa yang sebenarnya berlaku adalah peguam beliau telah menulis kepada Mahkamah untuk satu klarifikasi bagi mendapatkan kepastian berkenaan dengan kehendak perintah injunksi yang diberikan oleh Mahkamah.

“Ini kerana tuntutan peguam Plaintif untuk saya memadamkan pos tersebut tidak disebut secara jelas dalam perintah injunksi tersebut,” katanya.

Bagi Puad, permohonan oleh peguamnya sama sekali tidak dibuat untuk melengah-lengahkan pematuhan perintah tersebut malah sejurus selepas pihaknya dimaklumkan berkenaan dengan arahan Mahkamah untuk memadamkan pos tersebut, beliau telah dengan serta-merta memadamkannya.

“Jadi tiada isu yang timbul bahawa saya telah menghina Mahkamah atau cuba untuk melengahkan pematuhannya.

“Apa yang lebih penting adalah kenyataan Raja Petra Kamarudin bahawa “The court then replied in no uncertain terms that Puad must comply with the court order immediately or else face contempt of court proceedings” adalah tidak pernah berlaku.

“Malah kenyataan itu menunjukkan bahawa perintah Mahkamah sewenang-wenangnya boleh diputar belitkan dan diberikan maksud-maksud yang berbeza yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Puad amat kesal dengan kenyataan dan penulisan Raja Petra Kamarudin yang seolah-olah bertujuan untuk merosakkan imej beliau, mempengaruhi orang awam dan Mahkamah untuk menghukum beliau.

“Sedangkan saman Tan Sri Muhyiddin Md Yassin baru sahaja dimulakan beberapa hari yang lalu.

“Yang lebih menggusarkan adalah kenyataan Raja Petra Kamarudin itu semestinya mencampuri kuasa Hakim Mahkamah Tinggi dan menghina Institusi Kehakiman negara,” katanya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/puad-fail-permohonan-ketepi-injunksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Padam Catatan Fb Lepas Muhyiddin Peroleh Perintah Injunksi

Puad Padam Catatan Fb Lepas Muhyiddin Peroleh Perintah Injunksi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 201 hits
Mohd Puad Zakarshi memadam catatan Facebooknya selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperoleh perintah injunksi interim pada 1 Mac lalu untuk menghalang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu daripada membuat kenyataan berunsur fitnah Sa...
Muhyiddin Dapat Perintah Larangan Sementara Terhadap Puad

Muhyiddin Dapat Perintah Larangan Sementara Terhadap Puad

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 188 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan injunksi sementara oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menghalang ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi daripada menerusi catatannya di Facebook Sebelum ini Mohd Pu...
Muhyiddin Obtains Interim Court Injunction Against Puad Over Fb Post

Muhyiddin Obtains Interim Court Injunction Against Puad Over Fb Post

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 185 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has obtained a restraining order against Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi over a Facebook post The Kuala Lumpur High Court allowed the Bersatu president s application for an interim injunction a...
Puad Ajak Muhyiddin Berdebat Sebelum Jumpa Di Mahkamah

Puad Ajak Muhyiddin Berdebat Sebelum Jumpa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 225 hits
Malaysiakini Berdepan dengan tuntutan saman daripada Muhyiddin Yassin anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mempelawa perdana menteri itu untuk berdebat dengannya Jemputan Puad hadir menjelang peguamnya menjawab surat tuntutan saman R...
Maszlee Fail Saman Terhadap Asyraf Dan Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

Maszlee Fail Saman Terhadap Asyraf Dan Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 226 hits
February 26 2021 Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi susulan dakwaannya bahawa Pakatan Harapan cuba mengagungkan di dalam buku teks Sejarah tingkatan empat ...
Refusing To Apologise Umno S Puad Zarkashi Tells Muhyiddin To Go And Sue Over Alleged Defamation

Refusing To Apologise Umno S Puad Zarkashi Tells Muhyiddin To Go And Sue Over Alleged Defamation

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 290 hits
Umno supreme council member Datuk Mohd Puad Zarkashi told Prime Minister Tan Sri Muhyididn Yassin to proceed with the latter s defamation lawsuit against him saying he would not retract the remarks behind the threatened legal action On Face...
Puad Sahkan Terima Notis Saman Muhyiddin

Puad Sahkan Terima Notis Saman Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 224 hits
malaysiakini comDiterbitkan 4 Mar 2021 12 13 pmAhli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mengesahkan bahawa dia telah menerima notis saman daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Semalam saya telah mengambil maklum bahawa saya telah d...
Puad To Muhyiddin Umno Will Ditch Pn

Puad To Muhyiddin Umno Will Ditch Pn

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 144 hits
Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi has told Prime Minister Muhyiddin Yassin that his party will ditch Perikatan Nasional for the next general election This came amidst speculation that Muhyiddin had issued an ultimatum for Umno ...
Muhyiddin Dapat Perintah Baru Mahkamah Untuk Kekang Puad Buat Hantaran Facebook

Muhyiddin Dapat Perintah Baru Mahkamah Untuk Kekang Puad Buat Hantaran Facebook

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 143 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperoleh perintah mahkamah terbaru bagi menghalang Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi daripada memuat naik hantaran di Facebook Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan perintah injunk...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Dating Dengan Suami Di Ikea Cheras

Lunch Date Di Torii Teppanyaki