Muhyiddin Dapat Perintah Larangan Sementara Terhadap Puad



 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan injunksi sementara oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menghalang ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi daripada menerusi catatannya di Facebook.
Sebelum ini, Mohd Puad menerima surat tuntutan daripada peguam Muhyiddin supya dia memohon maaf dan memadam posting di media sosial yang mendakwa layanan berbeza kepada rakyat berhubung prosedur operasi standard dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergeraakan (PKP) dalam menangani penularan Covid-19.
Catatan FB itu dimuat naik pada 9 Februari.
Peguam perdana menteri Rosli Dahlan memberitahu bahawa hakim Mohd Firuz Jaffril hari ini membenarkan permohonan ex-parte plaintif bagi menghalang Mohd Puad daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi, menerbitkan semula atau menyiarkan semula dan/atau berkongsi semula dalam apa cara sekalipun satu hantaran Facebook bertajuk “Kuarantin pun ada dua darjat”.
Peguam itu menjelaskan bahawa saman fitnah utama telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal hari ini.
“Writ saman difailkan pagi ini dengan sijil perakuan segera untuk mendengar notis permohonan bagi injunksi sementara.
“Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan injuksi sementara itu sementara menunggu perbicaraan inter-parte (antara pihak) yang ditetapkan pada 12 Mac,” kata Rosli.
Turut hadir adalah peguam DP Naban dan Louis Liaw, yang juga mewakili Muhyiddin.

Dalam notis permohonan ex-parte difailkan bersama dengan writ saman hari ini, Muhyiddin memohon perintah injunksi bagi menghalang Mohd Puad selaku defendan atau ejennya, wakilnya atau sesiapa sahaja daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi semula hantaran membabitkan kenyataan fitnah berhubung perkara itu menerusi akaun Facebook milik Mohd Puad.
Muhyiddin memfailkan permohonan atas alasan penghantaran yang dibuat oleh Mohd Puad adalah palsu, memfitnah dan telah menyebabkan reputasi dan nama baik perdana menteri itu di Malaysia dan peringkat antarabangsa terjejas.
“Saman telah difailkan (hari ini) dan dibenarkan (oleh hakim Firuz),” kata Rosli, sambil menambahkan bahawa perintah larangan itu diberikan setelah pendengaran permohonan injunksi awal hari ini.
Peguam itu menjelaskan bahawa perintah injunksi terhadap Mohd Puad akan berkuat kuasa hari ini sehingga 12 Mac, apabila mahkamah akan membicarakan permohonan injunksi Muhyiddin.
Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin memfailkan permohonan atas alasan penghantaran yang dibuat oleh Mohd Puad adalah palsu, memfitnah dan telah menyebabkan reputasi dan nama baik perdana menteri itu di Malaysia dan peringkat antarabangsa terjejas.
Katanya, permohonan itu perlu dibuat secara ex-parte kerana jika notis diberikan kepada defendan terdapat risiko bahawa defendan akan mensensasikan permohonan berkenaan menyebabkan pembaca akan berkongsi lanjutan hantaran tersebut.
Muhyiddin yang memfailkan writ saman dan penyataan tuntutannya menerusi Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, atas kapasiti peribadinya hari ini mendakwa pada 9 Feb lepas, Mohd Puad telah menerbitkan suatu hantaran di laman Facebooknya di bawah nama “DrPuad Zarkashi” bertajuk ‘Kuarantin pun ada dua darjat?’.
Dalam saman itu Muhyiddin yang merupakan plaintif mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada 1,200 reaksi, 215 komen serta 182 perkongsian.
Muhyiddin mendakwa hantaran itu merujuk kepada “PM” iaitu singkatan kepada prime minister atau perdana menteri selain mendakwa hantaran itu mengandungi penyataan yang jelas sekali tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat terhadap plaintif serta telah memfitnahnya.
Muhyiddin mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa plaintif dan rombongan enggan dikuarantin selama 10 hari setelah mereka pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.
 

The post Muhyiddin dapat perintah larangan sementara terhadap Puad appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/01/muhyiddin-dapat-perintah-larangan-sementara-terhadap-puad/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muhyiddin-dapat-perintah-larangan-sementara-terhadap-puad

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puad Padam Catatan Fb Lepas Muhyiddin Peroleh Perintah Injunksi

Puad Padam Catatan Fb Lepas Muhyiddin Peroleh Perintah Injunksi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 224 hits
Mohd Puad Zakarshi memadam catatan Facebooknya selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memperoleh perintah injunksi interim pada 1 Mac lalu untuk menghalang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu daripada membuat kenyataan berunsur fitnah Sa...
Puad Akan Jawab Isu Tuntutan Maaf Dari Muhyiddin

Puad Akan Jawab Isu Tuntutan Maaf Dari Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 219 hits
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan membuat penjelasan mengenai tuntutan permohonan maaf secara terbuka atas dakwaan memfitnah Perdana Menteri Beliau ketika dihubungi MalaysiaGazette memaklumkan perkara itu akan d...
Puad Removes Facebook Posting After Suit By Muhyiddin

Puad Removes Facebook Posting After Suit By Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 213 hits
Umno Supreme Council member Mohd Puad Zarkashi has been slapped with a RM10 million defamation suit by Prime Minister Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Umno Supreme Council member Mohd Puad Zarkashi has removed his Feb 9 Facebook post after a ...
Mahalnya Harga Soalan Puad Kepada Muhyiddin Ni

Mahalnya Harga Soalan Puad Kepada Muhyiddin Ni

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 181 hits
Pada 9 Februari lalu Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Puad Zarkashi mendakwa Muhyiddin dan pegawainya enggan menjalankan kuarantin ketika tiba di tanah air selepas menamatkan lawatan ke Jakart...
Puad Ajak Muhyiddin Berdebat Sebelum Jumpa Di Mahkamah

Puad Ajak Muhyiddin Berdebat Sebelum Jumpa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 251 hits
Malaysiakini Berdepan dengan tuntutan saman daripada Muhyiddin Yassin anggota Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mempelawa perdana menteri itu untuk berdebat dengannya Jemputan Puad hadir menjelang peguamnya menjawab surat tuntutan saman R...
Puad Sahkan Terima Notis Saman Muhyiddin

Puad Sahkan Terima Notis Saman Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 261 hits
malaysiakini comDiterbitkan 4 Mar 2021 12 13 pmAhli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mengesahkan bahawa dia telah menerima notis saman daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Semalam saya telah mengambil maklum bahawa saya telah d...
Muhyiddin Hantar Surat Tuntutan Ke Puad

Muhyiddin Hantar Surat Tuntutan Ke Puad

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 196 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Feb 2021 9 05 pmDikemaskini 9 07 pmPeguam yang mewakili Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah menghantar notis tuntutan kepada Mohd Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno itu yang...
Ngo Peroleh Perintah Penggantungan Sementara Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

Ngo Peroleh Perintah Penggantungan Sementara Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 190 hits
Gambar sebagai hiasan 23 02 2021 08 13 PM KUALA LUMPUR 23 Feb Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan dua Organisasi Bukan Kerajaan untuk mendapatkan perintah penggantungan sementara bagi menghalang Kerajaan Malaysia menghantar pulan...
Muhyiddin Obtains Interim Court Injunction Against Puad Over Fb Post

Muhyiddin Obtains Interim Court Injunction Against Puad Over Fb Post

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 202 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has obtained a restraining order against Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi over a Facebook post The Kuala Lumpur High Court allowed the Bersatu president s application for an interim injunction a...
The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa