Pu Abu Pernah Malukan Aibkan Ejek Anak Saya Dalam Kelas


Nampaknya kecaman yang diterima oleh PU Abu Sufyan sudah berjangkit kepada kisah lain pula. Jika sebelum ini PU Abu Sufyan dikecam kerana menceraikan isterinya yang sarat mengandung hanya melalui WhatsApp demi mengejar janda kaya, kali ini Ostat PU Abu Sufyan dikecam kerana membuli dan memalukan kanak-kanak.


PU Abu Sufyan dikatakan telah membuka baju seorang kanak-kanak lelaki sehingga ternampak di bahagian dadanya dan membuat aksi memerah susu bagi tujuan memalukan dan mengaibkan kanak-kanak lelaki itu.

Kesan dari perbuatan itu, kanak-kanak lelaki tersebut terpaksa berpindah sekolah kerana trauma dan menjadi mangsa ejekan murid lain.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, Zahara Mohd Yusof di Facebooknya.

"Tengah scroll-scroll Facebook. Tetiba nampak posting kat FB pasal ustaz PU Abu Sufyan ni. Kisah tentang dia ceraikan isteri yang baru 2 bulan dinikahi semata-mata mengejar si janda @ ibu tunggal. Kesian pada si isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

"Aku sendiri pernah ada peristiwa hitam dengan PU Abu ni. Anak aku, Akmal Hareez pernah dimalukan dalam kelas sewaktu beliau beliau mengajar di Sekolah Agama Al Furqan Bandar Baru Selayang. Apa yang aku nak ceritakan ni bukan sebab nak aibkan dia tapi aku bengang dengan ego dan sikap dia masa tu.

"Alkisah terjadi pada tahun 2016, ketika anak aku darjah 3. Dia selalu menangis dan mengadu pada aku kerana kerap dibuli oleh ustaz ni.

"Pada mulanya aku malas nak ambik peduli sangat aduan anak aku. Sebab aku fikir anak aku ni manja sangat. Tapi bila sampai 1 tahap dia dah taknak pergi sekolah aku pun mulalah marah.

"Aku pun tanya pendapat mak aku. Mak aku cakap mende ni tak boleh dibiarkan dan kena mengadap ustaz ni. So aku, suami dan mak aku pun pergilah ke sekolah. Sebelum tu minta izin dengan ketua guru di sekolah agama tu sekali. Dan ketua guru tu pun terkejut dengan aduan anak aku.

"Oh ya, anak aku ni jenis bambam orangnya. Ustaz ni suruh anak aku ke depan kelas dan ustaz ni bukak baju melayu anak aku sampai nampak tetek dia.

"Pastu dia boleh perah tetek anak aku depan 1 kelas sambil suruh satu kelas gelakkan dan standby baling botol air pada anak aku. Menggigil ketakutan anak aku waktu tu. Yela anak aku tu walaupun baru darjah 3 tapi badan dia agak besar.

"Bila ustaz ni dipanggil ke bilik guru, mak aku pun soal la kenapa buat macam tu.

Mak aku ni bekas penolong kanan dan bekas cikgu disiplin. So dia memang tau semuanya etika seorang guru.

"Ustaz tu selamba je cakap dia nak bergurau. Maka makin marahlah ketua guru tu bila dengar jawapan selamba ustaz ni. Langsung takde rasa bersalah aibkan anak aku sampai tahap macam tu.

"Endingnya dia minta maaf itupun selepas diminta oleh ketua guru tu. Nampak sangat dia bengang dan tercalar ego time tu.

"Tapi kesan yang dia buat pada anak aku tu menyebabkan anak aku diejek sehingga aku terpaksa tukarkan dia ke sekolah agama yang lain.

"Aku pun tak faham kenapa perlu dia aibkan anak aku sampai macam tu sekali padahal dia seorang ustaz.

"Tapi kini bila baca pasal ustaz ni, aku sedar yang dia pun hanya hamba Allah yang biasa. Bukannya maksum. Cuma aku ralat dia masih tak berubah," katanya mengakhiri penulisan itu.

Lafaz Cerai PU Abu, Isteri Tidak Sah


“Sudah jelas bahawa kamu sebagai suami perlu menjaga isteri dan anak dalam kandungannya.

“Jangan lepas tangan dan semua hal seharusnya diselesaikan dengan baik,” kata Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Beliau berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, ketika mensabitkan talak dilafazkan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif, 23, menerusi WhatsApp adalah tidak sah.

Mohd Nurulazhar membuat keputusan itu selepas Muhammad Abu Sufyan atau PU Abu membuat pengakuan bersumpah bahawa tidak berniat untuk bercerai ketika menghantar mesej berkenaan.

Terdahulu, Ain ‘Afini memberitahu mahkamah bahawa mereka yang bernikah hujung Ogos tahun 2018 lalu berselisih faham dan bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019 lalu, sebelum kembali rujuk kira-kira sebulan selepas itu.

Bagaimanapun, pada 11.44 pagi 13 Mac lalu, Ain ‘Afini sekali lagi menerima lafaz cerai menerusi WhatsApp daripada PU Abu yang meninggalkannya di rumah selama seminggu.

“Saya turut menerima mesej daripada dia yang meminta supaya memudahkan semuanya dan mengisi borang perceraian,” katanya.

PU Abu kemudian memaklumkan dia tidak berniat untuk bercerai secara total dan faktor keadaan memaksanya berbuat demikian.

“Saya mengakui kesilapan diri dan memohon maaf atas perbuatan saya terhadap isteri selama ini.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandungnya,” katanya.

Dalam prosiding sama, Mohd Nurulazhar turut memerintahkan pasangan itu mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz berkenaan adalah sah.

Beliau sebelum itu turut menolak permohonan PU Abu yang meminta media dan orang awam di dalam mahkamah supaya tidak mendengar kes perbicaraan berkenaan kerana isu sensitif dan mengaibkan.

Sebelum ini, Ain yang sedang sarat hamil memaklumkan, talak itu dilafazkan Abu menerusi WhatsApp pada 13 Mac 2019 lalu kerana tidak bersetuju dengan permintaan PU Abu untuk berpoligami dengan seorang janda kaya.

Abu kemudian membuat permohonan maaf menerusi IG atas tindakannya itu untuk berkahwin dengan janda tersebut.

PU Abu yang juga pendakwah dan penceramah bebas itu turut memohon maaf kepada keluarga mentuanya.

Entahlah PU Abu. Ko ni betul-betul memalukan.

BACA INI JUGA:
5 Ciri Ibu Bapa Menjadi Faktor Utama Anak-anak Berjaya Menurut KajianJangan Aibkan Anak Dengan Bin Binti Abdullah
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/pu-abu-pernah-malukan-aibkan-ejek-anak-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Bagi Rm10 000 Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah Dan Barang Anak Pu Abu

Hiburan Saya Bagi Rm10 000 Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah Dan Barang Anak Pu Abu

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 500 hits
Kisah pendakwah PU Abu diakui memang menjadi perhatian ramai Sehingga hari ini masih ada yang bengang dengan tindakannya menceraikan isteri yang sedang sarat hamil demi mengejar cinta seorang janda anak satu Walaupun dikecam teruk PU Abu ma...
Hiburan Tertekan Dengan Pu Abu Anak Dalam Kandungan Ain Afini Tidak Aktif

Hiburan Tertekan Dengan Pu Abu Anak Dalam Kandungan Ain Afini Tidak Aktif

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 335 hits
Kontroversi kemelut rumah tangga yang menghimpit diri bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini memberikan kesan yang mendalam dalam hidupnya Ain mengakui disebabkan rasa tertekan doktor memberitahu kandungannya kurang aktif Sebenarnya keadaan ka...
Bakal Timang Anak Lelaki Pu Abu Janji Tak Lupa Tanggungjawab

Bakal Timang Anak Lelaki Pu Abu Janji Tak Lupa Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 388 hits
Kemelut rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan Ain Afini akhirnya bertemu titik noktah apabila disahkan bercerai talak dua selepas kedua mereka The post appeared first on
Kamu Perlu Jaga Isteri Anak Dalam Kandungan Dengan Elok Elok Nasihat Hakim Syarie Kepada Pu Abu

Kamu Perlu Jaga Isteri Anak Dalam Kandungan Dengan Elok Elok Nasihat Hakim Syarie Kepada Pu Abu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 347 hits
Semasa prosiding antara PU Abu dan isterinya Ain Afini Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang Mohd Nuruazhar Tohar telah menasihatinya supaya menyelesaikan masalah rumahtangga dengan baik BACA Mohd Nuruazhar berkata sebagai suami Abu se...
Jangan Lepas Tangan Pada Isteri Anak Dalam Kandungan Hakim Syarie Nasihat Pu Abu Lafaz Cerai Tak Sah

Jangan Lepas Tangan Pada Isteri Anak Dalam Kandungan Hakim Syarie Nasihat Pu Abu Lafaz Cerai Tak Sah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 800 hits
Kisah Ustaz selebriti pernah viral apabila tergamak menceraikan isteri yang sarat hamil anak pertama mereka PU Abu menceraikan isterinya kerana ingin mengahwini seorang janda yang juga merupakan kenalan lamanya Isu ini mencetuskan kemarahan...
Jaga Anak Elok Elok Ye Pu Abu Masih Suami Ain Afini Mesej Cerai Melalui Whatsapp Tak Sah

Jaga Anak Elok Elok Ye Pu Abu Masih Suami Ain Afini Mesej Cerai Melalui Whatsapp Tak Sah

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 592 hits
Jaga Anak Elok Elok Ye PU Abu masih suami Ain Afini mesej cerai melalui Whatsapp tak sah Status rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan isteri iaitu Ain Afini Latif akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah Syariah di Klang mengekalkan mereka s...
Tutup Rapat Pintu Rumah Jika Tidak Ummu Sibyan Akan Masuk Mengganggu Anak Kecil Kita

Tutup Rapat Pintu Rumah Jika Tidak Ummu Sibyan Akan Masuk Mengganggu Anak Kecil Kita

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 610 hits
Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang kadang kadang berwarna jingga atau merah menyala Pada waktu itulah seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil meng...
Sacc Convec Rai Anak Anak Yatim Asnaf Di Majlis Berbuka Puasa

Sacc Convec Rai Anak Anak Yatim Asnaf Di Majlis Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 434 hits
Kedatangan Ramadan bulan seribu rahmat setiap tahun amat di nanti nantikan umat Islam kerana di bulan ini Allah SWT mengurniakan pelbagai rahmatNya Umat Islam sama sama merebut berpeluang untuk melaksanakan pelbagai amal ibadat yang sunat d...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord