Ptptn Wan Saiful Minta Rakyat Beri Pandangan Di Laman Rasmi


Bernama Diterbitkan 19 Mei 2019, 11:30 malam

Orang ramai diminta menyalurkan pandangan dan maklum balas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut saluran yang betul iaitu melalui Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) yang disediakan dalam laman web rasmi perbadanan tabung itu.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan memberi pandangan menggunakan media sosial tidak akan memberikan sebarang kesan positif malah merugikan diri sendiri sekali gus perbadanan tabung itu sendiri.

Menurutnya, laman web yang disediakan itu akan diguna pakai sebaik mungkin dalam mengambil kira kesemua pandangan serta idea bernas yang dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak.

“Saya minta semua dalam kumpulan WhatsApp, Twitter dan lain-lain media sosial pergi ke laman web (PTPTN) dan salurkan pandangan sama ada nak maki hamun, sumpah seranah atau cadangan.

“Sekiranya saluran di WhatsApp, kami di pihak PTPTN tak baca, bagi di Facebook pun, PTPTN tidak akan baca, jadi salurlah ke laman web rasmi kami untuk dibaca, analisa, mengkaji serta mempertimbang dan yang baik kami akan laksanakan,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Ramadan PTPTN Prihatin di Pusat Khidmat Parlimen Jerlun hari ini.

Pada program itu, Wan Saiful juga menyampaikan sumbangan zakat PTPTN sebanyak RM202,500 untuk diagihkan kepada asnaf di seluruh negeri yang kemudian beliau turut berbuka puasa di situ.

Sementara itu, ketika bercakap pada sidang media, Wan Saiful berkata pihaknya tidak berniat untuk menghalang orang ramai memberikan pandangan dalam media sosial tetapi penggunaan KKR lebih baik agar pelbagai data dan fakta tidak disia-siakan.

“Untuk keluarkan pandangan melalui media sosial itu boleh, namun kami ada saluran rasmi untuk mereka beri komentar dan mencetuskan perdebatan dan sampai kepada PTPTN.

"Kami nak orang dengar dan bahas di peringkat akar umbi tapi mahu idea dari seluruh negara dapat dilaksanakan, jadi saya minta sangat dalam tempoh tiga minggu sehingga 13 Jun ini tolong guna sebaiknya saluran KKR tersebut," katanya.

Beliau berkata sebagai langkah tambahan, PTPTN akan melaksanakan dialog awam atau town hall di seluruh negara bermula minggu ini bagi mendapatkan lebih banyak idea untuk membantu PTPTN dalam isu pembayaran balik pinjaman.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/ptptn-wan-saiful-minta-rakyat-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ptptn Larangan Ke Luar Negara Akan Dilaksana Semula Jika Itu Rakyat Mahu Wan Saiful

Ptptn Larangan Ke Luar Negara Akan Dilaksana Semula Jika Itu Rakyat Mahu Wan Saiful

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk memperkenalkan semula larangan ke luar negara bagi peminjam ingkar jika rakyat mahu Bagaimanapun Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan be...
Wan Saiful Jadikan Ptptn Paling Bangsat Kata Adam Adli

Wan Saiful Jadikan Ptptn Paling Bangsat Kata Adam Adli

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 662 hits
Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim mengecam Pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman Adam mendakwa ...
Lapan Sebab Menteri Pendidikan Bengang Dengan Wan Saiful Pengerusi Ptptn

Lapan Sebab Menteri Pendidikan Bengang Dengan Wan Saiful Pengerusi Ptptn

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 590 hits
Isu PTPTN kembali panas selepas kenyataan terbaru Wan Saiful Pengerusi PTPTN Dr Maszlee sejak dahulu memang bengang dengan Wan Saiful yang berlagak lebih besar dari Menteri Dr Maszle bengang cara Wan Saiful menjawab wartawan Dia pergi jawab...
Rakyat Diminta Salur Pandangan Tentang Ptptn Dalam Kkr

Rakyat Diminta Salur Pandangan Tentang Ptptn Dalam Kkr

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 346 hits
Rakyat diminta salur pandangan tentang PTPTN dalam KKR Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2019 10 45PM
Sedia Hadapi Amarah Rakyat Jika Senarai Hitam Peminjam Ptptn

Sedia Hadapi Amarah Rakyat Jika Senarai Hitam Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 326 hits
Aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi mengingatkan agar Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional bersedia menghadapi kebangkitan dan kemarahan rakyat sekiranya cadangan menyekat peminjam yang gagal membayar hutang diteruskan Cadangan ter...
Microsoft Memberhentikan Jualan Komputer Riba Huawei Dari Laman Rasmi Mereka

Microsoft Memberhentikan Jualan Komputer Riba Huawei Dari Laman Rasmi Mereka

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 436 hits
Microsoft mula bertindak ke atas Huawei Susulan daripada laporan sebelum ini Microsoft hari ini telah mula menarik keluar produk komputer riba keluaran Huawei daripada ditawarkan di stor rasmi mereka Komputer riba Huawei Matebook X Pro dan ...
Cadangan Ptptn Perlu Ambil Kira Pandangan Impak Positif Masyarakat

Cadangan Ptptn Perlu Ambil Kira Pandangan Impak Positif Masyarakat

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 316 hits
foto sumber internet KLUANG 18 Mei Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berkaitan kaedah pembayaran balik serta sekatan kepada peminjam yang culas perlu mengambil kira pandangan masyarakat serta impak positifnya Menteri Pen...
Anwar Bersama Rakyat Jika Tolak Cadangan Ptptn Larang Keluar Negara

Anwar Bersama Rakyat Jika Tolak Cadangan Ptptn Larang Keluar Negara

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 474 hits
May 16 2019 11 16 PMBANGI Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan dia bersama rakyat jika orang ramai menolak cadangan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional memperkenalkan semula larangan keluar negara terhadap peminjam ingkar Presiden ...
Rakyat Diminta Bagi Idea Untuk Tambah Baik Ptptn

Rakyat Diminta Bagi Idea Untuk Tambah Baik Ptptn

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai diajak menyumbang pendapat masing masing secara dalam talian menerusi saluran khas Kertas Konsultasi Rakyat bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkaitan Perbadanan Tabung Pendidi...
Mission Impossible For Pas To Grab More Seats In Sabah Election Battle

A Stray Dog A Cashier And A Country S Cultural Divide

Kids Videoed Vandalising Deepavali S Kolam In Mall Parents Slammed For Turning Blind Eye

Could Mic Be Making An Announcement About Exiting Bn Soon

Cara Senang Untuk Membahagiakan Isteri

Start Your Own Pas Airlines Dap Mp Scoffs At Call To Ban Alcohol On Mas

Petronas Ni Tak Reti Serik Ke Duk Melabur Di Negara Rusuhan

Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Servis Printing Lengkap Untuk Usahawan Baru Branding Lebih Mudah Menarik

Mix Match Make Waves Unlocking Your Signature Sharky S Look

Menyesal Tak Kerja Tak Sama Dengan Bidang Belajar

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal

Bersabar Sebab Anak Itulah Saya Bertahan Setahun Uqasha Senrose Buka Mulut Tentang Rumah Tangga

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar