Sedia Hadapi Amarah Rakyat Jika Senarai Hitam Peminjam Ptptn


Ramieza Wahid 

   
Aktivis pelajar Asheeq Ali Sethi Alivi mengingatkan agar Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menghadapi kebangkitan dan kemarahan rakyat sekiranya cadangan menyekat peminjam yang gagal membayar hutang diteruskan.

"Cadangan tersebut seolah olah menampakkan bahawa PTPTN ini sebuah syarikat along (ceti haram) yang kerja cekik duit rakyat.

"Jika PTPTN mahu teruskan sekatan perlu bersedia untuk menghadapi kebangkitan dan kemarahan rakyat.

"Jujur kepada rakyat. Jangan mempermainkan kami, pembayar PTPTN ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan dipetik Berita Harian sebagai berkata bahawa dia sendiri tidak bersetuju dengan cadangan mengembalikan hukuman senarai hitam terhadap peminjam yang gagal membayar hutang.

Wan Saiful juga menafikan cadangan itu datang daripada PTPTN.

Jelas Wan Saiful, cadangan itu adalah hasil perbincangan antara PTPTN dengan kumpulan tertentu dalam rundingan meja bulat sebelum ini dan bukannya keputusan muktamad.

Mengulas lanjut, Asheeq mengingatkan agar Wan Saiful lebih peka dalam membuat kenyataan media.

“Saya rasa inilah masalah sebenar dalam Pakatan Harapan (PH), mereka sepatutnya dihantar ke kelas komunikasi.

"“Masalah komunikasi antara mereka ini sentiasa terjadi," katanya.

Rabu lalu, dalam taklimat bersama media yang turut dihadiri Wan Saiful, pentadbiran PTPTN memaklumkan bahawa pihak mereka sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan.

Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, PTPTN akan mempertimbangkan cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

Mastura juga menambah bahawa sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.

Tubuh jawatankuasa
Mengulas lanjut, Asheeq menggesa agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti isu PTPTN.

“Sudah tiba masanya PTPTN berhenti dipolemikkan, ia (PTPTN) sebuah organisasi yang mengendalikan dana berbilion ringgit.

“Kerajaan patut meletakkan PTPTN di bawah satu jawatankuasa yang memfokuskan untuk memulihkan institusi tersebut dan pada masa berlaku adil kepada peminjam PTPTN,” katanya.

Dalam manifesto sebelum PRU ke-14, PH berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

Pada Jun tahun lalu, sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam PTPTN telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, peminjam bergaji RM4,000 ke bawah masih perlu membayar pinjaman seperti biasa kerana kedudukan kewangan negara dikatakan belum kukuh.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/sedia-hadapi-amarah-rakyat-jika-senarai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Hitam Peminjam Ptptn Syed Saddiq Bantah

Senarai Hitam Peminjam Ptptn Syed Saddiq Bantah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 204 hits
Oleh Aliff Fikri AzizSyed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membantah cadangan menyenarai hitam individu yang gagal melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung PTPTN Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 18 Mei Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membant...
Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 346 hits
Mastura Mohd Khalid Pemuda Bersatu Kelantan hari ini mendesak Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Mastura Mohd Khalid untuk meletak jawatan Ini berikutan susulan dengan kenyataannya berhubung cadangan sekata...
Satu Daripada Lima Peminjam Tak Pernah Bayar Ptptn

Satu Daripada Lima Peminjam Tak Pernah Bayar Ptptn

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 287 hits
Satu daripada lima peminjam tak pernah bayar PTPTNPosted By on May 23 2019Seorang daripada setiap lima orang peminjam langsung tidak pernah membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional kata pengerusinya Wan Saif...
Timbang Semula Sekatan Peminjam Ptptn Ke Luar Negara

Timbang Semula Sekatan Peminjam Ptptn Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 319 hits
SHAH ALAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional wajar menimbang semula cadangan menyekat perjalanan untuk ke luar negara bagi individu yang culas membayar hutang PTPTN Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Muhamad Nur ...
Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam Ptptn

Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam Ptptn

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 374 hits
Sekat Perbaharui Lesen Memandu Peminjam PTPTN antara cadangan yang diterima sebagai salah satu cara untuk menyuruh peminjam PTPTN yang masih tidak melaksanakan bayaran balik pinjaman mereka Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap peminjam ...
Ptptn Jangan Tekan Peminjam Belum Bekerja Kata Anwar

Ptptn Jangan Tekan Peminjam Belum Bekerja Kata Anwar

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 311 hits
BANGI Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional harus memberi kelonggaran sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Rakyat Diminta Bagi Idea Untuk Tambah Baik Ptptn

Rakyat Diminta Bagi Idea Untuk Tambah Baik Ptptn

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai diajak menyumbang pendapat masing masing secara dalam talian menerusi saluran khas Kertas Konsultasi Rakyat bagi membantu kerajaan mencapai keputusan terbaik dalam menggubal dasar berkaitan Perbadanan Tabung Pendidi...
Tak Bayar Hutang Ptptn Peminjam Dilarang Renew Pasport Lesen Memandu Cukai Jalan Siar Gambar Di Khalayak Ramai

Tak Bayar Hutang Ptptn Peminjam Dilarang Renew Pasport Lesen Memandu Cukai Jalan Siar Gambar Di Khalayak Ramai

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 528 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dijangka akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal mebayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan...
Ptptn Wan Saiful Minta Rakyat Beri Pandangan Di Laman Rasmi

Ptptn Wan Saiful Minta Rakyat Beri Pandangan Di Laman Rasmi

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 262 hits
Diterbitkan 19 Mei 2019 11 30 malamOrang ramai diminta menyalurkan pandangan dan maklum balas mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mengikut saluran yang betul iaitu melalui Kertas Konsultasi Rakyat yang disediakan dalam lam...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat