Ptptn Terlalu Berharga Untuk Gagal Walau Dibebani Hutang Besar



KUALA LUMPUR ― Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bakal menghampiri detik setahun pemerintahannya bulan depan ― tempoh yang sarat dengan pelbagai perkembangan serta isu yang perlu ditangani.

Walaupun tanggung jawab yang digalas itu tidak semudah dijangkakan, apa yang pasti tempoh itu turut membuktikan bahawa tidak semua manifesto bersifat populis itu dapat direalisasikan atau wajar demi manfaat negara.


Loading... Antara perkara yang menarik perhatian penulis adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih sinonim sebagai PTPTN yang terbukti tidak lekang daripada isu membabitkannya.

Malah, tidak boleh dinafikan, pelbagai perkembangan atau keputusan yang membabitkan PTPTN berlaku disebabkan tiada kajian khusus atau mengetahui status kewangan sebenar agensi pemberi pinjaman itu .
PTPTN ditubuhkan pada 1997 dengan matlamat membantu penuntut membiayai pengajian ijazah sarjana muda masing-masing.

Pada awalnya, ia bermula dengan geran kerajaan walaupun kini ia menumpukan pasaran hutang bagi membiayai keperluan pendanaannya.

Sejak penubuhannya, PTPTN telah membantu membiayai lebih daripada 60 peratus atau tiga juta penuntut Malaysia meneruskan pengajian mereka, baik di institusi awam dan swasta dengan pengagihan sebanyak RM56 bilion setakat Februari 2019.

Ironinya, hampir dua dekad kemudian dan selepas terbukti berjaya membantu ramai, PTPTN yang terlalu berharga dan sarat dengan manfaat sebaliknya kini seakan memerlukan bantuan.

Setahun selepas tarikh 9 Mei, 2018, mereka yang berada dalam koridor kuasa perlu menyedari sekiranya dasar bayaran balik itu tidak ditangani sekarang, PTPTN berkemungkinan lumpuh dengan impaknya jauh lebih buruk berbanding kerugian dialami 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendedahkan bahawa jumlah hutang peminjam mungkir kepada PTPTN adalah hampir menyamai kerugian dialami 1MDB.

PTPTN misalnya kini berhutang RM40 bilion iaitu hutang yang dijamin kerajaan dan angka itu dijangka melonjak ke paras RM55 bilion dalam 10 tahun dan seterusnya RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun.

Pasti ada yang bertanya ― mengapa kerajaan perlu menjamin pinjaman PTPTN? Jawapannya ― jika ada pihak yang sukar menunaikan bayaran itu, sudah pasti penjamin diperlukan sebagai sokongan.

Mengikut data, bayaran balik jumlah prinsipal PTPTN itu sahaja dalam sekitar RM3 bilion dan RM6 bilion setahun, bergantung kepada tempoh bayaran balik yang ditetapkan.

Dianggarkan seramai 616,000 peminjam mungkir atau 51 peratus daripada jumlah peminjam atau “benefisiari” ― bergantung kepada persepsi mereka yang melihatnya sebagai hutang atau kesempatan, mempunyai jumlah hutang tertunggak sebanyak RM3.5 bilion.

Lebih menyedihkan, daripada kalangan peminjam mungkir itu, seramai 356,000 orang tidak membayar walau sesen pun yang membabitkan sejumlah RM2.8 billion!

Bayaran faedah pula melebihi RM1.7 bilion setahun yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan yang meminjam daripada pasaran modal demi memastikan penuntut mempunyai akses pendidikan serta kemahiran.

Setakat ini, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM13.7 billon bagi melunaskan bayaran faedah pinjaman PTPTN tersebut.

Walaupun ada yang terbukti tidak mampu membayar balik, terutama yang masih menganggur, hakikatnya masih ramai yang tidak mengendahkan tanggung jawab hakiki itu atau mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan.

“Langkah menarik balik sekatan perjalanan bagi peminjam mungkir ini seakan satu silap besar dan memberi kesan negatif kepada PTPTN,” kata satu sumber rapat yang enggan dikenali.

PTPTN telah bertindak menyenaraihitam serta mengenakan sekatan perjalanan terhadap 1,016,254 peminjam dengan jumlah hutang tertunggak RM20.7 bilion yang mana 684,233 telah mula membayar hutang berjumlah RM2 bilion.

“Apabila sekatan itu ditarik balik, jumlah kutipan hutang itu susut  secara mendadak dan memburukkan lagi keadaan kewangan PTPTN yang sememangnya terjejas. Malah, ini jelas membuktikan sikap peminjam yang mengambil kesempatan,” katanya.

Selain itu, cadangan untuk membolehkan penangguhan bayaran balik sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000 juga dilihat akan hanya terus 'menjerut' PTPTN. Namun, mujurlah syor itu telah ditangguhkan untuk sementara waktu.

Sumber itu turut mendedahkan, tujuh daripada 10 peminjam berpendapatan kurang RM4,000 sebulan yang secara jelasnya mengurangkan kutipan tahunan PTPTN kepada RM950 juta berbanding kira-kira RM3 bilion setahun, sejak tiga tahun lepas.

Malah, bergantung kepada gaji permulaan siswazah terbabit, ia memerlukan sekurang-kurangnya tempoh minimum enam hingga 15 tahun sebelum mereka dapat mencapai gaji RM4,000 untuk mula membayar balik pinjaman tersebut.

Namun, realitinya, pada masa sama PTPTN masih perlu membayar pinjamannya sepanjang tempoh tersebut dan ditambah pula dengan obligasi menyalurkan pinjaman kepada penuntut baharu.

Pengiraannya mudah ― bagi setiap RM7,000 yang berkurangan dalam aliran tunai, ini sekali gus menafikan akses seorang penuntut yang berpotensi mendapat kemudahan pinjaman pengajian.

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) pada 2015 telah mengunjurkan bahawa pendaftaran penuntut akan mencecah 250,000 orang menjelang 2025.

Justeru, ketidakpadanan antara kekurangan ketara bayaran balik serta peningkatan obligasi kewangan berkemungkinan menyebabkan PTPTN lumpuh, sekali gus menafikan akses penuntut generasi masa depan mendapatkan pinjaman pendidikan yang berpatutan.

Sehubungan itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan tidak harus tunduk kepada tekanan untuk “melepaskan” peminjam yang tidak amanah ini daripada tanggung jawab melunaskan hutang masing-masing.

Beliau sebaliknya perlu menumpukan usaha jangka panjang serta mampan bagi memastikan kutipan bayaran balik yang tertunggak itu terus dilakukan demi kelangsungan serta akses generasi depan terhadap kemudahan pembiayaan itu.

Kerajaan pula harus berani mengambil tindakan yang mungkin drastik namun wajar berikutan pentingnya peranan PTPTN, termasuk mengenal pasti langkah lebih baik bagi menangani kemelut itu.

Bagi peminjam mungkir dan culas PTPTN - di manakah tanggung jawab moral anda? ― Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/ptptn-terlalu-berharga-untuk-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gara Gara Ukuran Kelamin Dinilai Terlalu Besar Menantu Dipolisikan Mertua

Gara Gara Ukuran Kelamin Dinilai Terlalu Besar Menantu Dipolisikan Mertua

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 351 hits
Polsek Maron belum lama ini menemukan kasus yang terbilang unik Sebuah kasus atas kematian seseorang yang semula diduga tidak wajar Penyebabnya diketahui gara gara ukuran alat kelamin Kasus ini akhirnya tak sampai ke meja hijau setelah upay...
Peminjam Enggan Bayar Hutang Ptptn Kerana Menganggap Ia Adalah Tanggungjawab Kerajaan

Peminjam Enggan Bayar Hutang Ptptn Kerana Menganggap Ia Adalah Tanggungjawab Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 262 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mengesan terdapat segelintir peminjamnya enggan melunaskan hutang kerana menganggap ia di bawah tanggungjawab kerajaan lapor Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata trend itu dikesan pihaknya ...
Sultan Johor Ada Kuasa Mutlak Pelantikan Menteri Besar

Sultan Johor Ada Kuasa Mutlak Pelantikan Menteri Besar

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 371 hits
Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri besar seperti mana mengikut Perkara 1 Undang Undang Tubuh Negeri Johor Tetapi dalam isu pelantikan itu Sultan Johor tidak perlu bertindak ...
Pelantikan Menteri Besar Johor Keputusan Kerajaan Bukan Sultan Pm Dr Mahathir

Pelantikan Menteri Besar Johor Keputusan Kerajaan Bukan Sultan Pm Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 296 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu adalah hak kerajaan dan parti politik yang memenangi pilihan raya bukan Institusi Raja Jelasnya ketika ini pihaknya sedang meneliti beberapa calon...
Kemendagri Soroti Apbd Alokasikan Bansos Lebih Besar Ketimbang Urusan Publik

Kemendagri Soroti Apbd Alokasikan Bansos Lebih Besar Ketimbang Urusan Publik

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 182 hits
Dalam prinsip dasar perencanaan dan penganggaran anggaran untuk urusan misal pendidikan infrastruktur dan kesehatan harus lebih diutamakan
Siapa Menteri Besar Johor Yang Baru

Siapa Menteri Besar Johor Yang Baru

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 474 hits
Siapa Menteri Besar Johor Yang Baru inilah persoalan yang menjadi tanda tanya kepada semua bukan sahaja rakyat Johor tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia Seperti yang semua tahu bahawa Menteri Besar Johor telah pun meletak jawatan Sia...
Jangan Buang Masa Berdebat Hanya Parti Yang Menang P Raya Boleh Tentukan Siapa Menteri Besar

Jangan Buang Masa Berdebat Hanya Parti Yang Menang P Raya Boleh Tentukan Siapa Menteri Besar

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 345 hits
Perdebatan mengenai kuasa Raja atau Sultan dalam melantik Menteri Besar berterusan lagi berikutan perletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor baru baru ini Sebenarnya perdebatan ini adalah sia sia saja Sebabnya ialah kerana ...
10 Amalan Sunat Pada Hari Jumaat Yang Besar Pahalanya

10 Amalan Sunat Pada Hari Jumaat Yang Besar Pahalanya

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 665 hits
HARI Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari Ini kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari tersebut jika kita melakukan amalan sunat di hari Jumaat Antara amalan amalan sunat ketika hari Jumaat adalah seperti be...
Seberapa Besar Kampanye Pamungkas Jokowi Di Jakarta

Seberapa Besar Kampanye Pamungkas Jokowi Di Jakarta

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 192 hits
Kampanye akbar pasangan nomor urut 01 ini dikabarkan bakal dihadiri oleh banyak pendukung dari berbagai kalangan
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions