10 Amalan Sunat Pada Hari Jumaat Yang Besar Pahalanya




HARI Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari. Ini kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari tersebut jika kita melakukan amalan sunat di hari Jumaat.
Antara amalan-amalan sunat ketika hari Jumaat adalah seperti berikut:-

1. Memotong kuku

Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.

2. Mandi sunat

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

3. Membaca Surah al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
4. Perbanyakan bersedekah

Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah ayat 215)
5. Memakai pakaian yang elok

Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain.

Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.

6. Memakai wang-wangian

Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.

Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.

7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

8. Berselawat

Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)9. Hadir awal ke Masjid

Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.

10. Perbanyakkan solat sunat

Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.

Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyak beribadah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sumbermaklumat.com/2019/04/10-amalan-sunat-pada-hari-jumaat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syaaban Dan Amalan Puasa Sunat

Syaaban Dan Amalan Puasa Sunat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 367 hits
Usamah bin Zaid bertanya Wahai Rasulullah SAW aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban Baginda bersabda Itulah bulan yang manusia lalai darinya ia bulan yang berada di antara bul...
Hari Jumaat Banyakkan Selawat

Hari Jumaat Banyakkan Selawat

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 2084 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Pada hari yang mulia ini mari kita bersama sama mengucapakn salam serta selawat Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang terbaik di sisi Baginda
Doa Di Hari Jumaat

Doa Di Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 463 hits
Doa di Hari Jumaat Salam Hari Jumaat semua penghulu segala hari dimana hari yang terkumpul di dalamnya banyak fadhilat dan kelebihan Marilah sama sama kita membaca Doa di Hari Jumaat ini Mama doakan semua yang membaca post ini ye amin
Zikir Hari Jumaat

Zikir Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 3997 hits
Zikir yang paling mudah nak diamalkan Zikir je di mana mana Bukan susah nak buat pahala Salam Jumaat Moga kita diberkati
Rezeki Mak Dijemput Allah Hari Jumaat Ziela Jalil

Rezeki Mak Dijemput Allah Hari Jumaat Ziela Jalil

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 335 hits
MOHD HAIKAL ISA 29 Mac 2019 5 25 PM KUALA LUMPUR Ibu mertua pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil iaitu Asmah Abdullah meninggal dunia Berita sedi
Genap 22 Hari Hilang Ratusan Pihak Berkuasa Dikerah Kesan Jejak Acap Dalam Skala Besar

Genap 22 Hari Hilang Ratusan Pihak Berkuasa Dikerah Kesan Jejak Acap Dalam Skala Besar

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 504 hits
Genap 22 hari hilang ratusan pihak berkuasa dikerah kesan jejak Acap dalam skala besar Hari ini genap 22 hari misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan 29 yang hilang di semasa menyertai larian di Gopeng Perak Pelbagai spekulasi telah dibuat ol...
Kai Millenial Travel Fair Target 5 000 Tiket Terjual Dua Hari

Kai Millenial Travel Fair Target 5 000 Tiket Terjual Dua Hari

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 312 hits
Direktur Komersial PT KAI Dody Budiawan mengatakan dari KAI Millenial Travel Fair perusahaan menargetkan mampu menggaet penumpang sebanyak 5 000 orang Dua hari ini sekitar 5 000 ujarnya di Jakarta Sabtu
Baca Doa Ini Selepas Azan Berkumandang Syafaat Nabi Milik Kita Di Hari Kiamat Nanti

Baca Doa Ini Selepas Azan Berkumandang Syafaat Nabi Milik Kita Di Hari Kiamat Nanti

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 274 hits
Azan adalah kalimat yang sentiasa berkumandang di negara kita Sebagai Muslim seruan azan ini amat penting kerana ia menjadi tanda masuknya waktu solat fardu lima kali sehari semalam Mereka yang me nunggu nunggu waktu solat dinyatakan oleh R...
Enam Hari Berturut Turut Ribuan Warga Aljazair Demo Tuntut Presiden Mundur

Enam Hari Berturut Turut Ribuan Warga Aljazair Demo Tuntut Presiden Mundur

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 278 hits
Awal pekan ini seorang jenderal angkatan darat Letjen Ahmed Gaed Salah menyerukan agar posisi presiden dikosongkan Tetapi partai partai oposisi di Aljazair mengatakan tidak akan menjamin pemilihan yang bebas
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord