Ptptn Najib Vs Ptptn Ph Student Mangsa
Jika sebelum ini mereka menjanjikan golongan yang berpendapatan RM4000 kebawah sahaja yang tidak perlu membayar pinjaman PTPTN sehingga pendapatan mencecah RM4000 barulah mereka diminta membayar. Kemudian mereka meminta peminjam membayar kerana telah membuat pinjaman dan ia satu liability kerajaan.
Kami heran dimana individu bernama Adam Adli yang begitu lantang menuntut keadilan PTPTN. Dan selepas itu PTPTN mula menyelaras kepada sistem ujrah dimana penyelarasan kepada charge diturunkan kepada 1%. Tidak cukup dengan itu ditambah lagi mengenakan tindakan dilarang keluar negara dan memasukkan dalam senarai ccris. Modal ini juga digunakan PH untuk memancing undi dan berjanji akan menyelesaikan perkara berkaitan PTPTN.
Hari ini, selepas mendapat mandat nampaknya isu PTPTN masih gagal diselesaikan. Walaupun peminjam tidak lagi disenarai hitam tetapi mereka tetap akan dimasukkan dalam senarai ccris jika gagal membuat bayaran. Malah, ditambah lagi mempersoalkan tindakan Najib memanjangkan tempoh pinjaman. Apakah menunggu peminjam berpendapatan RM4000 itu satu tindakan memendekkan tempoh pinjaman.
Apa yang kami harapkan, inisiatif kerajaan memberi pengajian percuma dan memastikan setiap kolej yang tumbuh bak cendawan tidak menjadi PTPTN sebagai cagaran keuntungan. Memastikan setiap diploma atau degree yang ditawarkan dapat memenuhi kriteria pekerjaan dan bukannya memujuk pelajar yang sekadar inginkan diploma dengan mengambil PTPTN. Kelaknya rakyat terjerat dalam perangkap hutang secara halus.
Apakah kerajaan PH tidak berani memberi 0% interest sebagai satu inisiatif untuk peminjam kembali membuat bayaran?
SinarHarian | Kementerian Pendidikan menafikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kekurangan RM500 juta bayaran balik kerana tindakan kerajaan mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam, Jun lalu.
Sebaliknya Timbalan Menteri, Teo Nie Ching berkata kekurangan itu susulan pengumuman dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018 lalu.
"Penurunan jumlah kutipan bukan sebab PH sahaja tapi BN yang telah panjangkan tempoh mula bayaran balik juga akibatkan penurunan."Jadi tak kan lah sekarang, letakkan semua kesalahan pada PH. Saya rasa itu tak betul dan tak adil," katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.Najib memanjangkan tempoh mula bayaran balik dari enam bulan kepada 12 bulan ketika membentangkan Bajet 2018 yang berkuatkuasa 1 November lalu."Sebab itu, sejak Januari tahun ini, kita dapat lihat penurunan. Januari 2017, jumlah kutipan balik sebanyak RM351 juta tapi Januari tahun ini kutipan RM297 juta, penurunan sebanyak RM54 juta."Kutipan Mac 2017 RM384 juta, Mac 2018 hanya RM293 juta, penurunan sebanyak RM90 juta," katanya.
Sebelumnya, menjawab soalan daripada Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau-BN), Nie Ching berkata seramai 429,945 orang peminjam dikeluarkan daripada senarai hitam antara 24 Mei hingga J8 Jun lalu.
"Selepas tindakan itu, mulai Jun hingga September 2018 jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang telah diterima adalah sebanyak RM817.56 juta berbanding dengan RM1324.43 juta bagi tahun 2017."Bagi memastikan bayaran balik berterusan diterima daripada peminjam, tindakan penyenaraian dan kemaskini rekod bayaran peminjam dalam rekod ccris masih dilaksanakan. Tindakan perundangan juga boleh diambil ke atas peminjam yang enggan membuat bayaran," katanya.
Beliau turut mengakui sukar untuj PTPTN mendapatkan jumlah kutipan sebanyak RM4 bilion seperti sebelum ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bankami.blogspot.com/2018/10/tindakan-ccris-peminjam-ptptn-tidak.html