Pru15 Umno Dan Bn Mesti Dikalahkan Lagi


10 sebab kenapa saya tolak Umno dan BN oleh P Gunasegaram
Jika anda akan mengundi Umno/BN pada PRU kali ini, atau jika bercadang rosakkan undi sebagai protes terhadap suasana politik hari ini, atau pun jika belum membuat keputusan, saya berharap anda akan membaca tulisan ini.
Ini sepuluh sebab mengapa saya tidak akan undi Umno/BN dan mengapa saya fikir kita perlu memberi peluang kepada pihak lain untuk mentadbir negara kita, sebelum ia dimusnahkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri, tidak cekap, tamak dan tidak beretika.
Jika mereka dibenarkan meneruskan cara mereka dengan sewenang-wenangnya untuk lima tahun lagi, ia akan membawa kerosakan besar
kepada negara dan barangkali mengambil masa berdekad untuk memulihkannya semula. Di saat mereka kian terdesak, entah apa yang
akan mereka lakukan pada masa depan.
1. Skandal 1MDB
Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dilapor media menyatakan kira-kira AS$7 bilion (RM28 bilion) yang tidak dapat dikesan,
atau dengan kata lain, telah hilang.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan kini dalam proses merampas aset yang diperolehi daripada wang itu.
Sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, yang menurutnya derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan sebahagiannya telah dipulangkan.
Namun DOJ menyatakan perkara berbeza. Menurut mereka, wang itu daripada Tanore Finance yang dikawal oleh Jho Low. Jika ingin mendapatkan maklumat penuh, anda boleh muat turun laporan ini yang ditulis saya. Lihak Appendix 4 pada halaman 34 untuk melihat aliran wang itu.
Hampir mustahil fakta DOJ ini salah kerana aliran wang di peringkat antarabangsa dapat dikesan dengan mudah dan tepat melalui rekod yang tidak menipu.
Jika Najib tidak terlibat, beliau sepatutnya mengarahkan siasatan segera dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Tetapi itu tidak berlaku.
Kini ada aset negara di AS dan negara lain tetapi aset ini tidak dapat dibawa pulang kerana Malaysia tidak mengaku penyelewengan seperti yang didakwa.
Sebagai orang terpelajar, pemimpin Umno dan BN lain pasti sedar dengan semua ini. Tetapi atas pelbagai sebab, hampir kesemuanya membenarkan perlakuan Najib dan terus menyokongnya. Mereka bersubahat dengan kleptokrasi besar-besaran ini – yang terbesar pernah disaksikan dunia.
Ini saja sudah cukup menjadi sebab mengapa mereka perlu disingkirkan.
Bukan itu saja, skandal ini memberi kesan sampingan dari segi kemerosotan keyakinan terhadap negara oleh rakyat dan orang luar, menyebabkan kejatuhan nilai mata wang walaupun ada sedikit pemulihan sekarang. Kejatuhan nilai ringgit seterusnya menyebabkan peningkatan harga barang.
2. Kontrak berat sebelah
Jika anda fikir kleptokrasi hanya berlaku sekali dan tidak akan merebak ke perkara lain, anda silap besar. 1MDB meninggalkan lubang besar dan dakwaan rompakan berterusan selepas 2013. Satu-satunya cara untuk mengelakkan perkara itu tidak terdedah adalah dengan menutup lubang tersebut.
Ini mungkin dilakukan melalui kontrak mahal dan berat sebelah yang mana lebihannya boleh disalurkan ke 1MDB.
Misalnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang akan dilaksanakan syarikat dari China. Kos itu mungkin boleh meningkat sehingga RM100 bilion.
Sebuah analisis menunjukkan projek itu sukar untuk berdaya maju dan pada nilai RM55 bilion, ia sudah pun cukup mahal. China menawarkan moratorium selama tujuh tahun bagi pembayaran balik. Jika projek ini tidak berdaya maju, ia akan memberikan beban hutang yang besar kepada generasi masa depan.
Bukan ini saja projek yang akan dilaksanakan syarikat China di negara ini. Jumlah keseluruhan kontrak ini mungkin mencecah ratusan bilion ringgit. Jika kebanyakannya melalui pinjaman pembiayaan, generasi akan datang akan berdepan hutang yang amat besar.
Kontrak berat sebelah ini adalah tanda orang terdesak. Lihat Suharto dan Sukarno dan betapa banyak kerosakan yang telah dilakukan mereka kepada Indonesia dan Filipina.
Kita mesti halang kleptokrat daripada terus melakukan kerosakan kepada negara kita – sekarang.
3. Mereka tidak cekap dan meminggirkan sektor awam yang dulunya efisien
Mereka telah menyemai budaya setiap keputusan dibuat oleh ahli politik – apa yang perlu dibuat, bila dan berapa yang perlu dibelanjakan. Politik memutuskan siapa yang akan jadi menteri. Kini terlalu ramai menteri yang tidak cekap.
Tiada kajian bebas dan betul oleh sektor awam berhubung soal-soal penting. Jika ada sekalipun, ia dilangkaui oleh politik. Hanya mereka yang patuh terhadap ahli politik akan dinaikkan pangkat dan ini akhirnya menyebabkan sektor awam juga menadi tidak cekap dan korup.
4. Kemerosotan sistem pendidikan
Mereka telah mempolitikkan sistem pendidikan. Pertamanya dengan merendahkan standard guru dan kemudiannya pelajar. Mereka tidak
memberi penekanan terhadap bahasa Inggeris – bahasa antarabangsa yang penting untuk memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kebolehan.
Mereka enggan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran seperti sains dan matematik, maka menyebabkan kebanyakan
pelajar dalam sistem pendidikan kebangsaan lemah dalam bahasa itu.
Ini berterusan di universiti dan melahirkan ramai graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan kerana tahap kecekapan yang rendah.
5. Cara tidak adil untuk kekal berkuasa
Sama seperti kerajaan teruk di negara lain, mereka menggunakan cara yang salah dan tidak adil untuk kekal berkuasa. Lihat saja persempadanan semula kawasan pilihan raya yang meningkatkan lagi saiz kawasan Parlimen dan DUN (yang sedia besar jurangnya).
Begitu juga dengan Akta Antiberita Tidak benar yang diluluskan dengan tergesa-gesa yang mungkin akan digunakan untuk menutup maklumat tentang 1MDB dan skandal lain.
Sejak 1969, kerajaan Umno/BN menggunakan kaum dan agama untuk meraih sokongan dan ini berterusan sehingga sekarang. Mereka
bercakap tentang mempertahankan Islam dan hak Melayu seolah-olah dua perkara itu diancam oleh orang bukan Islam. Walhal ia tidak berlaku.
6. Tidak melawan rasuah
Tanda jelas berlakunya rasuah adalah apabila orang berbelanja melangkaui kemampuan mereka. Ini boleh dilihat melalui aset mereka dan
mengenalpasti bagaimana aset itu diperoleh. Aset itu boleh jadi barang kemas atau kapal pesiar mewah.
Tetapi cara siasatan itu tidak pernah dilaksanakan bawah Umno/BN. Ahli politik terus mengumpul aset, kereta mewah misalnya, tetapi tiada yang dipertanggungjawabkan. Yang dikenakan tindakan hanyalah “ikan bilis” dan pembangkang.
Sebahagian “ikan bilis” itu tidaklah terlalu kecil tetapi tetap jauh berbeza dengan saiz kleptokrasi yang kita lihat.
7. Menggunakan kaum untuk mengkayakan diri
Pada September 2013, Najib mengumumkan Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bernilai RM30 bilion. Ia secara asasnya adalah sejumlah kontrak yang akan diberikan kepada usahawan bumiputera.
Tetapi adakah kontrak ini akan mengubah kehidupan kebanyakan bumiputera di negara ini? Tidak sama sekali.
Mereka yang mendapat kontrak adalah yang berada dalam Umno atau dekat dengan pimpinan parti itu. Kebanyakannya akan menjadi orang tengah dan akan meraih komisen selepas memberikan kontrak itu kepada pihak lain.
Bumiputera terpilih, atau ‘Umnoputera’, yang sudah kaya menjadi semakin kaya. Pada masa sama sejumlah besar bumiputera lain terus terpinggir.
Ada kaedah lain untuk membantu bumiputera yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Tetapi ia dihalang oleh amalan rasuah dan naungan.
8. Rakyat tidak mendapat faedah daripada pemerintahan mereka
Dakwaan kerajaan bahawa kemiskinan sudah dibasmikan mengarut. Ini kerana pendapatan garis kemiskinan adalah pada kadar RM800 sebulan
bagi setiap isi rumah. Benar, bagi setiap isi rumah, bukannya individu.
Analisis Bank Negara berhubung gaji kehidupan wajar lebih relevan. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, ia pada kadar RM2,700 sebulan bagi individu, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.
9. Penglibatan gangster
Memang banyak kisah tentang Umno dengan gangster sejak sekian lama. Tetapi apa yang mengejutkan adalah pengakuan seorang pemimpin Umno dahulu.
Beliau bukan saja membela Tiga Line, yang diisytiharkan sebagai kumpulan haram, tetapi menganggap dirinya sebahagian daripada kumpulan itu. Beliau kemudian merestui tindakan mereka dan meminta mereka meneruskannya.
10. Mereka tidak peduli demokrasi
Demokrasi adalah tentang memberikan semua orang hak yang sama untuk mengundi, mengamalkan cara hidup sendiri asalkan tidak mengancam orang lain, kebebasan bersuara, hak berhimpun dan kedudukan yang sama bawah undang-undang.
Namun ini semua tidak diamalkan dan ada undang-undang digubal untuk menafikan hak itu. Badan penguat kuasa yang jelas berpihak memburukkan lagi keadaan.
Bulatkan tekad anda
Ini sepuluh senarai saya, walaupun ada lagi sebab yang lain. Saya harap anda dapat menilai perkara ini sebelum memangkah BN.
Orang terdesak akan mengambil langkah yang juga terdesak. Mereka tidak boleh dibenarkan memegang kuasa.
Fikirkan dengan cermat tentang masa depan anda dan anak-anak anda. Hakikatnya lebih baik untuk memberi peluang kepada pembangkang.
Satu soalan untuk mereka yang menganggap pembangkang sama saja dengan BN – Adakah Selangor dan Pulau Pinang menjadi lebih baik
bawah pembangkang? Anda tahu jawapannya – ya.
Kepada mereka yang akan merosakkan undi, ia satu pembaziran hak yang berharga. Apa yang anda mahu capai? Jika anda begitu kecewa dengan politik, sekurang-kurangnya beri peluang pihak lain untuk memegang kuasa dan melakukan perubahan.
Paling kurang pun anda telah melaksanakan hak perlembagaan dengan betul dan tidak mengikut rentak mereka yang pastinya gembira kerana undi anda tidak merugikan mereka.
Kepada mereka yang tidak akan mengundi Umno/BN, saya harap tulisan ini akan membulatkan tekad anda dan anda akan turut menyebarkan pesanan tentang mengapa kerajaan ini perlu disingkirkan.
Kepada semua, keluarlah mengundi. Jangan biarkan apa-apa menghalang anda daripada melaksanakan hak ini. Jadikan setiap undi itu bermakna.
*P Gunasegaram mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai wartawan dan penganalisis di pelbagai media. Artikel pertama kali disiarkan di kolum Malaysiakini.
KLIK BACA: Rakyat mula tutup TV bila Tun M bersiaran, sama seperti Najib
KLIK BACA: Curi jadi boss tak malu, budaya baru di Malaysia – Tun Mahathir
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post PRU15 Umno dan BN mesti dikalahkan lagi appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191166/pru15-umno-dan-bn-mesti-dikalahkan-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mesti Kecam Perangai Samseng Ini Khairy

Umno Mesti Kecam Perangai Samseng Ini Khairy

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 236 hits
Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Umno mesti mengecam tindakan sekumpulan penyokong Najib Razak terhadap pelajar di Kuala Lumpur hari ini Setuju Umno mesti kecam tindakan samseng ini kata anggota parlimen Rembau Loading fun
Kerjasama Pas Dan Umno Akan Terkubur Sebelum Pru15

Kerjasama Pas Dan Umno Akan Terkubur Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 327 hits
Kerjasama PAS dan Umno dilihat tak ubah seperti sebuah penyatuan sementara dan akan terkubur sebelum Pilihanraya Umum ke 15 nanti menurut seorang pemimpin PKR Pakatan Harapan juga dinasihatkan agar lebih fokus kepada agenda rakyat berbandin...
Kesatuan Ummah Pas Umno Digeruni Ph

Kesatuan Ummah Pas Umno Digeruni Ph

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 377 hits
HARAKAHDAILYTAMBUN Kerjasama PAS dan Umno yang semakin meluas dijalin kini telah membangkitkan kekuatan baharu ummah hingga digeruni parti politik lawan kerana tidak senang melihatnya Ketua PAS Cawangan Sungai Tapah Yeop Mat Idin berkata la...
Lihatlah 4 Negeri Pas Dan Umno Kata Nasrudin Pada Dap

Lihatlah 4 Negeri Pas Dan Umno Kata Nasrudin Pada Dap

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 399 hits
MALAYSIAKINI Untuk membuktikan bahawa PAS dan Umno tidak menzalimi mana mana bangsa Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengajak pemimpin DAP melihat sendiri bagaimana kedua dua parti itu mentadbir negeri Kata Nasrudin Setiausaha Agung DAP...
Mengapa Ph Bertali Arus Serang Kerjasama Umno Pas

Mengapa Ph Bertali Arus Serang Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 292 hits
Sejak PAS dan Umno mengumumkan bekerjasama secara rasmi selepas Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Semenyih pimpinan Pakatan Harapan bertali arus mengeluarkan kenyataan mengecam serta teori konspirasi terhadap hubungan tersebut P...
Umno Pas Mca Mic Dasar Bumi Hangus

Umno Pas Mca Mic Dasar Bumi Hangus

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 325 hits
Pada 11 Mac 2019 Perkahwinan antara UMNO dan PAS harus dibaca sekali dengan penceraian UMNO dengan dua isteri sebelum ini MCA dan MIC Tidak kisahlah jika perpecahan Barisan Nasional benar atau hanya drama UMNO dan PAS telah menyerang Pakata...
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Umno Pas Redefined Four Decade Controversy Ends

Umno Pas Redefined Four Decade Controversy Ends

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 190 hits
AFTER nearly four decades of intense controversy over Amanat Haji Hadi that divided Muslims the question now is whether Pas labelling of Umno members as infidels has abated Rosli Zakaria The New Straits Times On April 7 1981 during a cerama...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia