Lihatlah 4 Negeri Pas Dan Umno Kata Nasrudin Pada Dap


MALAYSIAKINI

   
Untuk membuktikan bahawa PAS dan Umno tidak menzalimi mana-mana bangsa, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengajak pemimpin DAP melihat sendiri bagaimana kedua-dua parti itu mentadbir negeri.

Kata Nasrudin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming boleh datang ke Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang untuk melihat sendiri bagaimana kerajaan negeri tersebut diuruskan.

Untuk rekod Kelantan dan Terengganu diperintah oleh PAS manakala dua yang lain kini ditadbir oleh Umno. Suatu ketika dulu PAS menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai model untuk menunjukkan keberkesanan pentadbiran mereka.

Kata Nasrudin PAS dan Umno mengadakan kerjasama untuk menyatu-padukan orang Islam di Malaysia tanpa menzalimi bangsa atau penganut agama lain.

Bekas anggota parlimen Temerloh itu menambah hak penganut agama dan bangsa lain ada diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

"Asas kerukunan negara mesti dipelihara supaya negara terus membangun dengan stabil, aman dan harmoni," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Mac lalu Lim mendakwa kerjasama rasmi PAS dan Umno dibuat dengan menyasarkan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Kata Lim kerjasama kedua-dua parti itu semasa kempen PRK Cameron Highlands dan Semenyih menyaksikan mereka membuat kenyataan "ekstremis".

Beliau turut mendakwa PAS dan Umno melaga-lagakan orang Melayu dengan kaum lain.

Nga pula dilaporkan media sebagai berkata keadaan negara boleh menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban hasil hubungan rasmi kedua-dua parti berkenaan.

Kata Nasrudin pemimpin DAP terbukti menimbulkan api permusuhan kaum dan agama di negara ini dengan kenyataan tersebut.

"PAS mengajak seluruh rakyat melihat sikap sebenar DAP yang diselubungi amarah, dendam dan benci terhadap penyatuan ummah sehingga sanggup melabelkan dengan pelbagai konotasi negatif untuk menakutkan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Menurut Nasrudin Umno dan PAS bersetuju bekerjasama untuk melindungi kepentingan umat Islam selepas PRU ke-14 lalu.

Katanya PAS juga tidak pernah menzalimi mana-mana bangsa semasa menjadi kerajaan.

"Ketika PAS berada dalam kerajaan Selangor pada 2008 hingga 2018, PAS tidak sekali-kali menzalimi kepentingan agama dan kaum lain," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/lihatlah-4-negeri-pas-dan-umno-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

Umno Tawan Perak Amanah Anggap Pas Mimpi Dap Kata Berangan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 344 hits
Diterbitkan Hari ini 2 08 tengahariDua pemimpin PH Perak hari ini mempertikaikan kenyataan Pemuda PAS negeri itu yang memberi bayangan kerajaan negeri mungkin bertukar tangan jika PAS dan BN bergabung Exco kanan Perak Asmuni Awi malah menga...
Kerjasama Umno Pas Tiada Kaitan Serangan Masjid Kata Ismail

Kerjasama Umno Pas Tiada Kaitan Serangan Masjid Kata Ismail

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 322 hits
Oleh Aliff Fikri AzizDiterbitkan pada 16 March 2019Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wakil rakyat DAP tidak sepatutnya melihat dari sudut yang salah apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik negara Foto oleh Ahma...
Mengapa Umno Pas Terus Fitnah Dap

Mengapa Umno Pas Terus Fitnah Dap

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 435 hits
Pada 12 Mac 2019oleh PentadbirKepimpinan UMNO dan PAS boleh membentuk kerjasama semahunya Tiada siapa yang berasa cemburu Seperti yang dikatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kalau dia nak bersatu bersatu lah Dia nak kahwin kahwin...
Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 353 hits
Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata pembentu...
Kerjasama Umno Pas Bila Dap Anggap Perang

Kerjasama Umno Pas Bila Dap Anggap Perang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 403 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190312 umno pas dap perang jpg fit 600 2C400 ssl 1KENYATAAN supremo DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama UMNO dan Pas satu pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu bukanlah mengejutkan ...
Ph Gerun Dap Terancam Penyatuan Ummah Umno Pas

Ph Gerun Dap Terancam Penyatuan Ummah Umno Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 360 hits
KUALA TERENGGANU Penyatuan ummah antara UMNO dan Pas sangat digeruni PH khususnya DAP yang bernafsu besar untuk menguasai politik negara ini Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu Yahaya Ali berkata kerjasama rasmi antara dua parti teras i...
Tiada Kerjasama Dengan Pas Buat Masa Ini Kata Umno Sabah

Tiada Kerjasama Dengan Pas Buat Masa Ini Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 421 hits
Timbalan Ketua Yakub Khan di persidangan Umno Putatan KOTA KINABALU Umno Sabah tiada niat membentuk sebarang pakatan dengan parti parti lain selain komponen Barisan Nasional pada masa ini walaupun pakatan Umno PAS di Semenanjung membuahkan ...
Adun Dap Kurang Ajar Cuba Kaitkan Kerjasama Umno Pas Dengan Serangan Di New Zealand

Adun Dap Kurang Ajar Cuba Kaitkan Kerjasama Umno Pas Dengan Serangan Di New Zealand

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkibol Chew Song Sin yang menyamakan serangan di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO dan Pas sebelum menarik balik kenyataan itu dalam sebuah portal tempatan disifatkan seba...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia