Pru15 Dan Sejarah Hebat Yang Bakal Dicipta Keluarga Anwar Untuk Negara


 
Berdasarkan senarai calon PRU15 mewakili PKR yang diumumkan pada Jumaat lalu, keluarga Anwar Ibrahim dengan sendirinya telah mencatat sejarah buat negara, malah bakal mencipta lebih banyak sejarah jika PH menang dan berjaya menubuhkan kerajaan pada 19 November depan.
Selama ini, adalah perkara biasa bila ayah dan anak dipilih sebagai calon dalam sesuatu PRU – misalnya Tun Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir, Tun Ghafar Baba dan Tamrin Ghafar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Gobind Deo, Taib Mahmud dan Sulaiman Taib serta Anwar dan Nurul Izzah – tetapi belum pernah tiga orang dalam satu keluarga dipilih sebagai calon.
Tetapi PRU15 ini akan menyaksikan sejarah baru tercipta bila mana tiga orang dalam sebuah keluarga iaitu Anwar, Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah, secara serentak dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam PRU yang sama.
Walaupun sebelum ini, ketiga-tiganya sudah sedia memegang status sebagai Ahli Parlimen, tetapi mereka tidak pernah bertanding secara serentak.
Wan Azizah dan Nurul Izzah bertanding dan menang di Pandan serta Permatang Pauh pada PRU tahun 2018, manakala Anwar menjadi Ahli Parlimen Port Dickson melalui PRK pada 2019.
Dalam PRU15 kali ini, tiga pemimpin berkenaan akan bertanding serentak dan jika ketiga-tiganya menang, secara serentak pula mereka akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Sebelum ini, ketika Wan Azizah dan Nurul Izzah menjadi Ahli Parlimen, kedua-duanya juga boleh dikira mencipta sejarah kerana pertama kali seorang ibu dan anak perempuan secara serentak berada di Dewan Rakyat.
Meskipun kali ini Wan Azizah berpindah dari Pandan ke Bandar Tun Razak dan ramai yang mempertikaikannya kerana dianggap tidak wajar lagi diletakkan sebagai calon, dikatakan memadai dengan Anwar dan Nurul Izzah saja bertanding, namun kesediaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terus bertanding adalah suatu pengorbanan yang cukup besar sebenarnya.
Beliau bukan diletakkan untuk bertanding di kawasan yang mudah, bahkan dalam misi untuk menyingkirkan pengkhianat parti iaitu Kamaruddin Jaafar yang pada PRU14 telah memenangi kerusi tersebut atas tiket PKR, tetapi kemudian melompat katak ke kolam Bersatu.
Oleh kerana memenangi satu kerusi adalah cukup penting, maka meletakkan Wan Azizah di Bandar Tun Razak adalah tepat, bahkan kesediaan beliau menggalas tugas berat itu seharusnya amat terpuji.
Isteri pemimpin-pemimpin lain sudah pasti tidak sedia melakukan pengorbanan dan perjuangan seperti itu kerana ramai yang lebih suka memilih kehidupan senang serta mewah tanpa melakukan apa-apa kerja yang susah.
Lantaran itu, keberadaan Wan Azizah sebagai calon, meski dalam usia 70 tahun haruslah diraikan serta dilihat dalam perspektif yang betul dalam usaha memastikan PH beroleh kejayaan.
Ini kerana sebagaimana disebut Anwar sendiri, PKR wajib merampas balik semua kerusi pengkhianat itu dan jika pimpinan utama tidak diletakkan sebagai calon, usaha mengalahkan mereka mungkin tidak menemui kejayaan.
Wan Azizah dalam hal ini nampaknya sehati sejiwa dengan Anwar yang sama-sama berpindah ke kawasan sukar iaitu Tambun bagi melonjakkan lagi harapan meraih kemenangan buat PH.
Dalam pada itu, Anwar dan Wan Azizah adalah satu-satunya pasangan suami isteri yang mencipta sejarah dalam negara ini kerana pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang serta Ahli Parlimen.
Barangkali boleh diucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana memecat Anwar pada 1998 dahulu, tanpa pemecatan itu tidak mungkin Wan Azizah terlintas untuk menceburi dunia politik secara aktif sehingga pencapaiannya yang luar biasa itu.
Pada PRU kali ini, jika ditakdirkan PH menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri selepas 20 November nanti, banyak lagi sejarah baru bakal tercipta.
Melaluinya nanti akan tercipta sejarah di mana Anwar sebagai Perdana Menteri, manakala isteri Perdana Menteri ialah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Ketua Pembangkang.
Juga akan tercipta sejarah di mana Anwar sebagai Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri adalah seorang Ahli Parlimen.
Semua ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era kepimpinan Perdana Menteri yang terdahulu.
Pada 19 November nanti, tidak mahukah kita menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada terciptanya sejarah hebat itu? – ShahbudinHusin 30/10/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pru15-dan-sejarah-hebat-yang-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Polis Negara Bakal Berentap Pru15 Di Rembau

Bekas Ketua Polis Negara Bakal Berentap Pru15 Di Rembau

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 876 hits
DANIAL HAKIMBekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador disenaraikan Gerakan Tanah Air sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak lama lagi Menurut Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan Mohamad Jani Ismail nama Abdul Hamid ter...
Pru15 Dambakan Pemimpin Bersih Rasuah Terajui Negara

Pru15 Dambakan Pemimpin Bersih Rasuah Terajui Negara

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 197 hits
Orang ramai yang ditemui Astro AWANI di sekitar Bandaraya Melaka menegaskan negara memerlukan barisan pemimpin yang berintegriti dan bersih daripada sebarang bentuk penyelewengan selepas PRU15 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com...
Pru15 Muktamad Tiada Kerjasama Anwar Mahathir

Pru15 Muktamad Tiada Kerjasama Anwar Mahathir

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 193 hits
Tiada keperluan untuk berbincang dengan Dr Mahathir Mohamad kata Anwar Ibrahim sekali gus menamatkan sebarang kemungkinan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya umum ke 15 Pengerusi PH itu berkata lebih baik beliau ber...
Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 257 hits
Selama beberapa dekad Tambun terkenal dengan buah limau bali manis dan bukit bukau berbatu kapur Walau bagaimanapun dalam beberapa minggu akan datang Tambun akan menjadi gelanggang pertempuran politik utama Penyandang kerusi parlimen Tambun...
Pas Senarai Calon Pru15 Sejarah Ahli Jawatankuasa Harian

Pas Senarai Calon Pru15 Sejarah Ahli Jawatankuasa Harian

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 508 hits
Persatuan Islam Se Malaya ditubuhkan pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil Seberang Prai Semenjak itulah PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara kemu...
Pru15 Khairy Bakal Bertanding Kerusi Parlimen Kini Dipegang Parti Lawan

Pru15 Khairy Bakal Bertanding Kerusi Parlimen Kini Dipegang Parti Lawan

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 231 hits
SEREMBAN Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memberi bayangan bahawa beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen yang kini disandang wakil parti bukan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Meskipun kerusi itu belum dimuktama...
Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 398 hits
PRU15 Umno dijangka letak ketua bahagian di Tambun lawan Anwar Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Oct 2022 11
5 Artis Ini Bakal Jadi Yang Berhormat Jika Menang Bertanding Pru15

5 Artis Ini Bakal Jadi Yang Berhormat Jika Menang Bertanding Pru15

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 366 hits
Selain ahli politik Pilihan Raya Umum Ke 15 yang bakal berlangsung pada 19 November depan mencipta sejarah tersendiri apabila ramai selebriti dan penggiat seni turut dinamakan sebagai calon untuk bertanding Berikut adalah senarai artis yang...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan