Pru15 Dahulu Begitu Hampir Kini Semakin Jauh



SEMINGGU selepas kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 berlangsung, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin diadakan lebih awal sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi PRN itu.
Hasrat Muhyiddin itu ada asasnya.
Dengan laporan badan pemerhati politik seperti Merdeka Centre dan Ilham Centre yang menjangkakan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) akan diterima rakyat dengan Muhyiddin sendiri dianggap sebagai calon Perdana Menteri paling popular, senario itu sekadar menguatkan alasan mengapa pilihan raya mengejut perlu diadakan dalam masa terdekat.
Langkah pertama kerajaan PN untuk melaksanakan PRU mengejut hampir berjaya.
Pada 26 September lalu, GRS ditunjangi kerjasama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akhirnya berjaya memenangi PRN Sabah dan membentuk kerajaan negeri baharu setelah menerima sokongan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.
Bagaimanapun, proses penubuhan kerajaan baharu Sabah itu dipenuhi drama politik apabila kepimpinan BN pada mulanya tidak berpuas hati kerana diketepikan jawatan Ketua Menteri.
Muafakat Nasional bincang strategi pertahan PN hingga PRU15

Bahkan, proses pelantikan Ketua Menteri Sabah juga memerlukan tempoh selama dua hari untuk dimuktamadkan susulan terdapat desas-desus mengatakan PBS hampir beralih sokongan kepada Warisan Plus setelah parti itu didakwa dinafikan jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM).
Di sebalik kejayaan GRS menubuhkan kerajaan baharu Sabah, ramai penganalisis politik bersependapat PRN Sabah sebenarnya tidak menyelesaikan kemelut politik negeri itu sepenuhnya.
Lebih malang, PRN Sabah itu turut dianggap antara faktor utama penularan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini selain dikaitkan sebagai punca kemungkinan rakyat berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua.
Kelmarin, negara mencatat sejarah apabila sejumlah 691 kes positif Covid-19 dicatatkan, jumlah tertinggi sejak pandemik melanda negara, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi menteri pertama disahkan positif selepas Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Masrizal Ahmad dijangkiti Covid-19.
Persoalan paling utama, wajarkah tuntutan PRU15 segera dalam kalangan elit politik diteruskan ketika negara sekali lagi berdepan gelombang ketiga Covid-19 yang lebih dahsyat?
Bagi penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain, pada saat kritikal seperti sekarang, semua parti dan elit politik wajar mengetepikan hasrat mengadakan PRU15 mengejut, sebaliknya mendahulukan kepentingan rakyat.
Muafakat Nasional telah bersedia untuk PRU15

Gagal ikut SOP Katanya, PRN Sabah membuktikan kegagalan semua pihak dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dipatuhi sebagaimana pilihan raya kecil (PRK) DUN Chini dan DUN Slim sebelum ini.
“Orang politik berkali-kali memberi peringatan ikut SOP Covid-19 sewaktu PRN diadakan, tetapi malangnya saranan mereka kali ini ibarat ‘ketam mengajar anak berjalan’. Kali ini, mereka sendiri melanggar SOP.
“Saya turut difahamkan agensi-agensi kerajaan tiada konsensus dalam menangani Covid-19 ketika ini dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dikatakan mendesak PKP diadakan semula, tetapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) tolak cadangan itu.
“Akhirnya terpulang kepada pemimpin kerajaan PN untuk buat keputusan. Sekiranya strategi politik menjadi pertimbangan utama, sememangnya kini masa terbaik buat PRU15 namun Muhyiddin kena ingat hanya MN akan menerima manfaat besar kelak,” katanya kepada Sinar Harian.
Lebih menarik, Ahmad Atory turut mengemukakan hipotesis Muhyiddin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebenarnya lebih rela PRU15 ditangguhkan.
Beliau berpandangan Muhyiddin pada saat ini sangat memerlukan masa tambahan bagi menyelesaikan masalah dalaman antara parti-parti dalam kerajaan PN, terutama hubungan UMNO-Bersatu.
“Bermula daripada PRN Sabah, akar umbi UMNO amat berang dengan kepimpinan Bersatu dengan terdapat ancaman daripada mereka mendesak pucuk kepimpinan parti untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu, sebaliknya mahu menumpukan kerjasama UMNO-Pas sahaja.
“Tidak keterlaluan saya katakan Bersatu sebenarnya cemburu akan kerjasama Pas-UMNO, bahkan strategi politik Muhyiddin pada PRN Sabah seolah-olah menunjukkan beliau ada niat ‘membunuh’ UMNO,” katanya.
Tok Mat bakal cabar Zahid?

Di sebalik kemungkinan Muhyiddin lebih memilih menghabiskan tempoh penggal pentadbiran kerajaan berbaki dua tahun setengah, terdapat empat faktor tekanan utama yang mampu memaksa beliau mengadakan pilihan raya mengejut.
Menurut Ahmad Atory, empat faktor itu adalah tekanan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menerima angka sokongan ahli Parlimen mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu, tekanan ahli Parlimen UMNO memaksa PRU15 diadakan segera, tekanan pandemik Covid-19 semakin serius dan tekanan ekonomi pasca-Covid-19.
“Kesan akibat Covid-19 mungkin tidak dapat dielak, tetapi isu lain terutama masalah ketidakstabilan politik dan ekonomi mampu diselesaikan menerusi pelaksanaan pilihan raya mengejut,” katanya.
Berbeza dengan dakwaan Ahmad Atory kononnya UMNO mahukan PRU15 dilaksanakan lebih awal, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan sebaliknya membangkang cadangan pelaksanaan PRU15 dalam tempoh terdekat susulan pengalaman dilalui negara ini menerusi PRN Sabah.
“Selepas sudah nampak kesan penularan (melalui pilihan raya), takkan kita tak boleh fikir lagi? Tambahan, tiada keperluan mendesak untuk PRU diadakan tiba-tiba,” katanya.
Sampel yang diambil dari orang ramai yang hadir bagi menjalani proses ujian saringan Covid-19 bersasar secara percuma. – Foto Bernama
Shahril turut menegaskan rakyat akan bertambah meluat terhadap pengamal politik sekiranya terdapat usaha menyokong pelaksanaan PRU15 lebih awal semata-mata berdasarkan parti itu lebih kuat berbanding parti lain.
Masih mampukah Ahmad Zahid kemudi bahtera UMNO pada PRU15?

Ketidakstabilan Bagi pemimpin pembangkang, mereka turut mengakui masalah ketidakstabilan politik negara tidak akan dapat diselesaikan menerusi peti undi.
“Dahulu kerajaan PN mungkin ada hala tuju tangani Covid-19 dengan pemberian bantuan moratorium pinjaman bank, skim mikro kredit perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Bantuan Prihatin Negara, namun senario ketika ini menampakkan rakyat jaga rakyat semata-mata,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berpandangan usaha mengembalikan pentadbiran kerajaan berasaskan mandat rakyat boleh dibentuk kembali bagi menggantikan kerajaan PN tanpa perlu mengadakan PRU.
Menurutnya, usaha mewujudkan kepimpinan baharu negara pastinya menyebabkan berlaku penjajaran semula politik antara parti kerajaan dan pembangkang.
“Bezanya, sekiranya penjajaran politik berlaku, ia bukan atas peletakan syarat atau kondisi soal pengagihan kuasa atau jawatan sesama ahli politik.
“Sebaliknya ia akan terbentuk atas semangat keadilan. Saya mengharapkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan agenda (Presiden PKR) Anwar (membentuk kerajaan baharu) agar tidak mengheret rakyat untuk mengugut beliau pada saat kritikal,” katanya.
Agong perkenan Anwar mengadap Selasa depan

The post PRU15, dahulu begitu hampir, kini semakin jauh.. appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/09/pru15-dahulu-begitu-hampir-kini-semakin-jauh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lenovo Legion Phone Duel Melepasi Pengesahan Sirim Pelancaran Malaysia Semakin Hampir

Lenovo Legion Phone Duel Melepasi Pengesahan Sirim Pelancaran Malaysia Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 271 hits
Lenovo mempunyai jenama memfokuskan kepada permainan video dinamakan Legion Selepas hanya memfokuskan kepada arena perkomputeran pada Julai 2020 lepas Lenovo turut telah melancarkan sebuah telefon pintar memfokuskan permua dibawah jenama Le...
Jualan Gempak 10 10 Pg Mall Kini Kembali

Jualan Gempak 10 10 Pg Mall Kini Kembali

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum Sebut sahaja pasal shopping semua butang mata mendengarnya Tak kira tua atau muda semuanya berminat mahu mendengarnya Tambah tambah sekarang shopping dengan normal baru Korang tidak perlu lagi ke shopping complex atau mana m...
Dulu Syatilla Melvin Kini Shaheizy Sam Pula Dikata Menumpang

Dulu Syatilla Melvin Kini Shaheizy Sam Pula Dikata Menumpang

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 335 hits
Sebelum ini terdapat segelintir pihak yang beranggapan perkahwinan pelakon Syatilla Melvin dengan Shahiezy Sam semata mata ingin menumpang kemewahan aktor tersebut Syatilla mengakui menyedari perkara tersebut source
Hiburan Bukan Tak Laku Jarang Muncul Di Tv Nazrief Nazri Kini Beralih Ke Bidang Perundingan Kewangan

Hiburan Bukan Tak Laku Jarang Muncul Di Tv Nazrief Nazri Kini Beralih Ke Bidang Perundingan Kewangan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 628 hits
Pelakon yang kini jarang sekali kelihatan di kaca TV Nazrief Nazri 29 berkata bukan soal laku atau tidak laku namun dia kini memikirkan kehidupan yang lebih terjamin apatah lagi setelah berumah tangga dengan wanita pilihan Aizatul Aqma Hamd...
Instagram Dan Facebook Messenger Kini Menyokong Penghantran Mesej Rentas Platform

Instagram Dan Facebook Messenger Kini Menyokong Penghantran Mesej Rentas Platform

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 228 hits
Setelah dijanjikan oleh Facebook tahun lalu Facebook akhirnya mengaktifkan ciri menghantar mesej rentas platform di antara Facebook dan Instagram hari ini Dengan pengaktifannya hari ini pengguna Facebook Messenger boleh menghantar mesej kep...
Pemuda Tidak Percaya Wabak Covid 19 Kini Terlantar Di Hospital

Pemuda Tidak Percaya Wabak Covid 19 Kini Terlantar Di Hospital

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 302 hits
SEORANG pemuda yang dahulunya menganggap bahawa virus Covid 19 itu tidak masuk akal kini terbaring tidak berdaya di hospital kerana dijangkiti Dari katil wad hospital dia memberi peringatan kepada semua orang dalam sebuah video Dilaporkan o...
Siri Mi 10t Kini Rasmi Snapdragon 865 108mp Skrin 144hz

Siri Mi 10t Kini Rasmi Snapdragon 865 108mp Skrin 144hz

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 262 hits
Hari ini Xiaomi telah melancarkan dua peranti mercu dalam siri Mi 10 iaitu Mi 10T Ia adalah pengganti kepada Mi 9T tahun lepas yang mana tahun lepas adalah penjenamaan semula dari peranti Redmi K20 Berbeza dengan Mi 10T ini ia menggunakan r...
Rindukan Boba Tea Jangan Rindu Lagi Wall S Kini Kenalkan Aiskrim Bobalicious Pertama Di Malaysia

Rindukan Boba Tea Jangan Rindu Lagi Wall S Kini Kenalkan Aiskrim Bobalicious Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 456 hits
Siapa je tak minat dengan minuman popular boba tea kan Kalau sebut je jenama minuman terkenal Tealive pasti ramai yang menggemari keenakan minuman Tealive Tak dapat disangkal lagi minuman teh boba ini sememangnya pilihan yang sesuai untuk m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization