Pru15 Anak Nik Aziz Antara Tujuh Calon Profil Tinggi Ph


suaramerdeka.com.my26/10/2022ANAK kedua Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar menjadi calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini

Bagaimanapun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut berhubung keahlian anak bekas Mursyidul Am Pas itu yang akan bertanding atas tiket PH.

“Ia belum berbangkit (status keahlian Nik Omar) sebab kita sudah menyampaikan pandangan kepada Amanah, (yang penting) kita bertanding di bawah PH,” ujar beliau dalam sidang akhbar yang turut disiarkan secara langsung di Facebook dari Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan senarai nama tujuh calon atas kuota PKR untuk bertanding atas tiket PH pada PRU15. Hadir sama Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan sama ada calon yang diumumkan itu bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Menurutnya, kawasan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi calon diumumkan hari ini akan diumumkan pada Jumaat ini.

Selain Nik Omar, enam lagi calon terdiri daripada bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Zainal Azman Abu Seman yang akan bertanding di Perak; bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UsniZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (Pahang) dan Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz (Wilayah Persekutuan).

Tiga lagi calon yang disenaraikan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan Yusop (Selangor), bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha (Negeri Sembilan) dan calon siswa, Fathin Amelina Fazlie (Perlis).

Beliau berkata, PKR memandang tinggi harapan dan kehendak rakyat supaya parti politik menampilkan gabungan calon dari pelbagai latar belakang yang berwibawa.

Katanya, cabaran mengurus negara yang semakin rumit memerlukan kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

“PKR sedar bahawa pengundi tidak lagi menilai parti semata-mata tetapi menitikberatkan juga ketrampilan calon dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

“Kita ada 222 Parlimen, berpuluh-puluh lagi kawasan negeri, jadi saya fikir tidak munasabah untuk dipertikai, tokoh yang istimewa dari segi idea mereka, kepakaran, pengalaman, komitmen mereka untuk ditampilkan, ini jelas,” katanya.

Sementara itu Nik Omar berkata, penampilannya bersama PH adalah untuk meneruskan legasi Allahyarham ayahnya dalam arena politik.

“Pepatah Arab ada menyebut semua jalan menuju ke Mekah, jadi ada yang jalan darat, ada yang jalan jauh, ada ke udara.

“Yang penting kita dalam satu PH, keberadaan ambo (saya) di sini untuk menunjukkan komitmen tentang konsisten kita untuk bawa kerajaan yang berpaksikan kepada keadilan,” katanya dalam sidang akhbar tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihannya mewakili PH membuktikan komitmen tinggi gabungan politik itu untuk memperjuangkan keadilan bagi rakyat Malaysia.

“Pengumuman tadi adalah ‘wasilah’ bagi menonjolkan kepada rakyat Malaysia bahawa PH memiliki komitmen tinggi memperjuangkan keadilan kepada semua rakyat,” ujarnya. – SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pru15-anak-nik-aziz-antara-tujuh-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Najib Antara 42 Orang Calon Dun Barisan Nasional Pahang Pru 15

Anak Najib Antara 42 Orang Calon Dun Barisan Nasional Pahang Pru 15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 240 hits
KUANTAN Anak sulung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 42 calon BN Pahang yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Dat...
Visi Anak Muda Diperjuangkan Calon Muda Di Tanjung Piai

Visi Anak Muda Diperjuangkan Calon Muda Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 156 hits
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Lim Wei Jiet tidak gentar untuk bertanding dalam PRU15 bagi membawakan visi anak muda dari segi peluang pekerjaan dan pembabitan dalam perniagaan SUBSCRIBE now As
Pru15 Cicit Tok Kenali Calon Amanah Parlimen Kubang Kerian Kota Bharu Jadi Taruhan

Pru15 Cicit Tok Kenali Calon Amanah Parlimen Kubang Kerian Kota Bharu Jadi Taruhan

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 217 hits
Cicit kepada ulama terkenal Kelantan Tok Kenali antara dua calon daripada Pakatan Harapan untuk bertanding di kerusi Parlimen milik PAS di Kelantan Kerusi tersebut adalah Kubang Kerian dan Kota Bharu Cicit Tok Kenali Dr Wan Ahmad Kamil Wan ...
Tiada Nama Anak Najib Dihantar Sebagai Calon Di Pekan

Tiada Nama Anak Najib Dihantar Sebagai Calon Di Pekan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com13 10 2022Anak Datuk Seri Najib Razak Nooryana Najwa bersama ibunya Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri taklimat khas Presiden UMNO sebelum ini UMNO Bahagian Pekan mengesahkan tiada nama anak Datuk Seri Najib Razak dihantar unt...
Hamzah S Sarcastic Salvo Kelantanese Don T Want Nik Aziz S Son

Hamzah S Sarcastic Salvo Kelantanese Don T Want Nik Aziz S Son

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 141 hits
Perikatan Nasional secretary general Hamzah Zainudin mocked PKR s decision to field Nik Omar the son of late PAS spiritual leader and Kelantan menteri besar Nik Abdul Aziz Nik Mat as a candidate in Perak Where is Nik Omar from don t the peo...
Nik Aziz S Son Among Seven Key Community Leaders Announced As Pkr S Ge15 Candidates

Nik Aziz S Son Among Seven Key Community Leaders Announced As Pkr S Ge15 Candidates

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 168 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim speaks during a press conference PKR s headquarters in Petaling Jaya October 26 2022 Picture by Choo Choy MayPETALING JAYA Oct 26 PKR announced seven high profile new party members as its candidates for the coming g...
Selepas Anwar Takut Lawan Anak Murid Kit Siang Gesa Ph Sokong Tawfik Jadi Calon

Selepas Anwar Takut Lawan Anak Murid Kit Siang Gesa Ph Sokong Tawfik Jadi Calon

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 202 hits
agendaily com24 10 2022Lim Kit Siang menyokong Dr Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk Hasrat pengasas bersama Gerak Independent Dr Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk mendapat ...
Pru15 Radzi Jidin Diumum Calon Pn Di Putrajaya

Pru15 Radzi Jidin Diumum Calon Pn Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 154 hits
PUTRAJAYA 8211 Teka teki siapakah yang akan bertanding mewakili Perikatan Nasional di Parlimen Putrajaya akhirnya terjawab selepas Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin diumumkan akan bertanding di kubu kuat Barisan Nasional dalam P
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior