Pru14 Rakyat Tertipu Manifesto Dan Janji Ph Langkah Kanan Bukannya Langkah Sheraton


KUALA LUMPUR – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 pada tahun 2018 adalah sangat rapuh, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, kemenangan itu disebabkan rakyat tertipu dengan manifesto dan janji yang dikemukakan PH bagai permohonan Puteri Gunung Ledang dalam cerita dongeng Melayu yang mudah dilupakan.
Namun, katanya, PH tidak salah menjanjikan sedemikian rupa kerana itu semua bukan kitab suci.
“Kalau kita suci sekalipun boleh disanggah, apatah lagi manifesto dan janji hendak menurunkan harga minyak dalam tempoh kurang 24 jam, menghapuskan tol dan banyak lagi.
“Malah beberapa peristiwa perundangan berlaku, antaranya seperti usaha untuk membebaskan pemimpin tertentu laksana lampu Aladdin yang memanggil jin untuk dilakukan dengan cepat.
“Lebih parah ketika itu, PH berani membuat kenyataan mencabar kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, hak istimewa bumiputera dan beberapa asas dalam Perlembagaan yang lain. Semuanya berlaku sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke Putrajaya,” katanya menerusi Minda Presiden yang dimuatnaik menerusi Facebooknya, hari ini.
Abdul Hadi bagaimanapun, bersyukur kerana kerajaan PH tumbang dan diganti dengan Perikatan Nasional (PN) yang berusaha memperbetulkan segala kepincangan dilakukan sepanjang 22 bulan memerintah.
Kini, katanya, sudah genap setahun PN memerintah negara tercinta ini yang memulakan . langkah dengan bismillah selepas sahaja selesai PRU14, bukan sekadar beberapa minit ketika berada di Sheraton sepertimana diberikan nama oleh sebahagian pihak.
Menurut beliau lagi, PH juga telah menunjukkan kegelojohan untuk menentukan kerusi siapa akan menjadi Perdana Menteri, laksana berebut pusaka ketika si ayah masih hidup segar dan masing-masing menunjukkan penumbuk sesama sendiri selepas beberapa hari pilihan raya berlalu.
“Sehingga mereka yang bersama dalam PH mula menyedari, sudah tiada harapan lagi, yang tinggal hanya harapan pada namanya sahaja.
“Kedudukan pakatan politik mereka rapuh, laksana sudah mahu bercerai dan bersedia membahagikan perabot rumah dan membahagi-bahagikan anak pinak.
“Bahkan, sekarang pun mereka sedang berebut anak pinak antara Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR apabila slogan amanahnya berkecai, keadilannya terpilih,” katanya.
Kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, Pas yang sudah lama menjadi pembangkang dan terlalu biasa dengan sepak terajang politik, bukan seperti kebanyakan komponen parti dalam PH yang baru belajar politik setahun jagung.
“Inilah barangkali menyebabkan mereka hanya baru menyedari dan nampak Langkah Sheraton yang sangat pendek.
“Perubahan kerajaan PH kepada kerajaan PN dilakukan secara demokratik dan mengikut proses Perlembagaan Persekutuan dengan langkah paling tepat, tanpa menebuk atap dan masuk dari pintu belakang.
“Ramai pemerhati luar negara sangat kagum dengan pertukaran kerajaan tanpa ada setitik darah pun yang tumpah, tanpa demonstrasi Bersih yang mempunyai niat tidak bersih, tanpa berlaku pergaduhan dengan polis dan tentera, dan tanpa mengganggu pegawai kerajaan yang sedang bertugas,” ujarnya.
Kata Abdul Hadi, apa yang berlaku adalah perubahan secara bersih, cuma sukar untuk membersihkan peninggalan yang dilakukan oleh PH dalam beberapa tahun apabila mereka membuat pelbagai kecamuk sewaktu era pemerintahan yang pendek. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/rakyat-tertipu-manifesto-dan-janji-ph.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Sheraton Rakyat Akan Bangkit Pengkhianat Akan Dihumban Akmal

Langkah Sheraton Rakyat Akan Bangkit Pengkhianat Akan Dihumban Akmal

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 169 hits
Kerajaan pengkhianat Perikatan Nasional telah memasuki usia setahun sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020 lalu Propaganda kononnya akan wujud kerajaan stabil tanpa isu peralihan kuasa hari ini ternyata menipu rakyat dengan keberadaan ke...
Tebuk Atap Bukan Langkah Kanan Hadi

Tebuk Atap Bukan Langkah Kanan Hadi

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 274 hits
March 8 2021 TEBUK ATAP BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi Jelas dalam hatinya penuh kesumat dan dendam Sudah pasti kesumatnya terarah kepada Ds Anwar Ibrahim Kalau nak lawan Anwar Ibrahim pun Gunak...
23 Februari Badi Langkah Sheraton Masih Hidup

23 Februari Badi Langkah Sheraton Masih Hidup

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 175 hits
1 Badi sering diungkap untuk menjelaskan sesuatu keadaan seperti penyakit akibat dari berlaku perkara yang dianggap sial dalam sesebuah masyarakat 2 Badi atau kadang kadang dipakai istilah terkena akan menghantui hidup seseorang sehingga se...
Menteri Kewangan Tunaikan Janji Pada Rakyat Segera Kasthuri

Menteri Kewangan Tunaikan Janji Pada Rakyat Segera Kasthuri

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 196 hits
Pada 1 Mac 2021oleh PENTADBIRBagaimana seorang yang memegang jawatan Menteri Kewangan boleh mengeluarkan kenyataan dalam Dewan Rakyat tanpa apa apa asas atau jaminan bahawa ianya boleh dilaksanakan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto me...
Rakyat Kedah Jangan Bimbang Sekejap Lagi Muncul Sykt Yg Jatuh Dari Langit Ambilalih

Rakyat Kedah Jangan Bimbang Sekejap Lagi Muncul Sykt Yg Jatuh Dari Langit Ambilalih

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 343 hits
Sykt dari langit biasanya sudah NAMPAK semua ruang dan peluang yang lebih luas dan sempurna Sebelum ini agak kabur dan Tak tahu Dalam politik ada puak yang perdagang dan peralat ugama bagi menghalalkan cara sudah tentu BOLASEPAK juga bukan ...
Rakyat Pening Sekolah Sekejap Buka Sekejap Tutup

Rakyat Pening Sekolah Sekejap Buka Sekejap Tutup

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 270 hits
Rakyat pening sekolah sekejap buka sekejap tutupOleh February 22 2021Kami Ahli Ahli Parlimen pembangkang mengambil maklum keputusan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneruskan kembali sesi persekolahan awal Mac ini Keputusan K...
Muhyiddin Langsung Tak Tahu Realiti Rakyat

Muhyiddin Langsung Tak Tahu Realiti Rakyat

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 261 hits
Mahu jadi penerima pertama vaksin bagi membayangkan kepada rakyat tahap berani tahap konfiden dan tahap pengorbanan nya Walaupun Lokman adam kata mungkin suntikan air suam walaupun kj kata ada special pampasan jika ada kesan sampingan tetap...
Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

Zahid Pn Kerajaan Covid 19 Rakyat Mahu Lihat Lebih Banyak Bukan Hanya Kes Jangkitan Rendah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 247 hits
February 22 2021 10 23 AMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dihadapi rakyat perlu diutamakan PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Covid 19 dengan berkata rakya...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terjah Rumah Orang Untuk Beraya

Logo Smk Bukit Rangin Trace Logo

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda