Pm Wajar Tamatkan Spekulasi Pru Elak Keadaan Negara Tidak Menentu


agendaily.com07/10/2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia.Daripada terus mengekalkan negara dalam keadaan ketidaktentuan, Perdana Menteri (PM) Datuk Ismail Sabri Yaakob perlu menamatkan spekulasi mengenai pilihan raya umum (PRU) bakal diadakan tahun ini supaya rakyat Malaysia dapat menumpukan perhatian kepada usaha lain, termasuk bantuan musim bencana yang akan datang.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata PM perlu mengambil nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) supaya tidak mengadakan PRU-15 apabila beberapa kawasan di negara ini akan menghadapi musim tengkujuh mulai Novembe ini hingga Mac tahun depan.

“Ismail Sabri harus secara terbuka menghentikan usaha mementingkan diri sendiri oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan pilihan raya umum awal pada tahun ini, walaupun terdapat risiko kepada nyawa dan harta benda akibat banjir teruk.

“(Ismail Sabri) perlu mengumumkan secara muktamad bahawa pilihan raya umum akan diadakan selepas Mac tahun depan apabila musim tengkujuh sudah berakhir.

“Apa gunanya ada Jabatan MetMalaysia jika Ismail Sabri enggan menerima nasihat pakar mereka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia Dr Mohd Hashim Mohd Anip mencadangkan supaya PRU tidak diadakan tahun ini.

Daripada sudut pandangan komuniti pengurusan bencana, kerana akan terdapat banyak lokasi di seluruh Malaysia yang akan menghadapi bencana banjir, kata Guan Eng memetik kenyataan Dr Mohd Hashim.

“Hashim berkata musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November dan berakhir Mac tahun depan, berkemungkinan akan menyaksikan hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, antara November dan Disember.

“Episod hujan yang sama juga dijangka berlaku di Johor, Sabah dan Sarawak antara Disember tahun ini dan Februari tahun depan. Hujan lebat juga boleh berlaku di Pantai Barat Semenanjung,” kata Guan Eng lagi.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Terdahulu terdapat banyak cakap-cakap mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan apabila PM menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.

Bagaimanapun, Istana Negara dalam kenyataan setelah pertemuan itu memaklumkan majlis menghadap berkenaan adalah pertemuan mingguan antara Yang di-Pertuan Agong dan PM. Tiada isu pembubaran Parlimen disentuh.

Sebelum ini, UMNO – Ismail Sabri adalah Naib Presiden parti – yang mempunyai 36 daripada 222 kerusi Parlimen mendesak PRU diadakan segera, sekali gus mencipta sejarah negara kerana dibuat oleh kumpulan minoriti parti politik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pm-wajar-tamatkan-spekulasi-pru-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tiada Sokongan Melayu Mahu Elak Pru Segera Zahid

Ph Tiada Sokongan Melayu Mahu Elak Pru Segera Zahid

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 186 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2022 12 00 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa isu banjir adalah naratif dan mitos yang sengaja dibawa pembangkang bagi mengelak pilihan raya umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat kerana sedar so...
Mufti Terkesima Dengan Ucapan Menang Pru Untuk Elak Kes Rasuah

Mufti Terkesima Dengan Ucapan Menang Pru Untuk Elak Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 280 hits
MalaysiakiniMufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata dia terkesima mendengar ucapan orang politik berkaitan keperluan menang pilihan raya bagi mengelakkan pertuduhan rasuah Terkesima mendengar bagaimana secara terang orang politik bo...
Pru Masa Untuk Kita Perbetul Kebejatan Dalam Negara Anwar

Pru Masa Untuk Kita Perbetul Kebejatan Dalam Negara Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 147 hits
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu wa salaam mawlid al rasul Kerajaan telah bertindak untuk membubarkan Parlimen lantas telah memaksa negara untuk menghadapi pilihanraya umum berlatarbelakangkan musim banjir Tindakan ini dilihat...
Bantuan Rakyat Cintakan Negara Tentukan Ph Pemenang Pru 15

Bantuan Rakyat Cintakan Negara Tentukan Ph Pemenang Pru 15

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 154 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 pada musim banjir yang dipaksakan oleh rejim BN dirancang untuk mengalahkan pembangkang yang kekurangan dari segi logistik Namun bagi Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli rakyat tidak boleh patah semangat biar pun...
Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 172 hits
Dengan pelbagai kelemahan yang melanda Kerajaan BN PN para ahli dan penyokong Pakatan Harapan digesa berkerja lebih kuat untuk memastikan berlaku perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata den...
Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 208 hits
Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gula gula pilihan raya yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentang oleh kerajaan BN semalam Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin belanjawan yang banyak mengumumkan pemberian d...
Umno Mahu Pru Awal Kerana Penjenayah Nak Elak Hukuman Kata Dr Mahathir

Umno Mahu Pru Awal Kerana Penjenayah Nak Elak Hukuman Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 329 hits
Pengerusi Pejuang itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional yang menulis surat kepada raja Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab kritikan Ismail Sabri Yaakob terhadap anggota Kabinet Perikatan...
Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 279 hits
agendaily com29 09 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Dr Rizal Kongsi Petua Semula Jadi Legakan Bengkak Gigitan Serangga Elak Jangkitan

Dr Rizal Kongsi Petua Semula Jadi Legakan Bengkak Gigitan Serangga Elak Jangkitan

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 175 hits
Ibu ibu tentu panik kan kalau tiba tiba diri sendiri atau anak kecil digigit serangga Reaksi sakit yang dialami sudah tentu membuatkan kita panik dan bimbang akan keselamatan diri sendiri atau anak Untuk makluman serangga kecil seperti leba...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Random Hari Raya

Perubahan Haid Bila Masuk Umur 40an

Benedict Tandang Mansang Rerigang Pulai Lelingai Chord

Gaza Kini Ialah Neraka Dunia Diciptakan Zionis

Every Scratch On This 1955 Bsa Gold Star Tells A Story

3h2m Park Avenue Sungai Petani