Pru 15 Tiga Penjuru Keputusan Tidka Banyak Berbeza



Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dijangka tidak jauh berbeza dengan PRU 14 dan Umno akan kekal sebagai pembangkang sekiranya tiada penjajaran semula politik belaku sebelum hari mengundi.
Hal itu diutarakan oleh Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang dalam siaran langsung Facebook StudioKini AsamPedas bertajuk, “Pas Menyokong PN, bukti MN berpecah”, malam tadi.
Kata Ahli Parlimen Tanjong Malim itu, ramalan berkenaan berkemungkinan besar akan berlaku selepas Umno mengambil keputusan meninggalkan Bersatu dan akan bertanding secara solo dalam PRU akan datang, yang bakal menyaksikan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), BN dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya rasa kalau kita nak jangka apa yang akan berlaku kepada Umno dalam pertembungan tiga penjuru, mudah. Saya gunakan satu ayat sahaja. Jangan kita jangkakan keputusan berbeza kalau kita lakukan perkara sama
“Kalau 2018 kita ada kerajaan BN yang sangat teruk dari segi pentadbiran dan penyelewengan wang. Hari ini kita juga ada satu kerajaan yang sangat teruk. Ada (dasar) dua darjat.
“Saya rasa tidak ada perbezaan yang besar kalau ada PRU dan berlakunya pertembungan 3 penjuru. Ia akan lebih kurang sama dengan keputusan PRU 2018.
“Saya berhujah begini kerana berpendapat Umno akan tanggung ‘dosa’ sebagai sebahagian daripada kerajaan hari ini,” katanya.
Menghuraikan ‘dosa’ yang dilakukan kerajaan, Lih Kang berkata, rakyat amat marah dengan polisi dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undnag sepanjang PN memerintah.
Katanya, rakyat tidak boleh menerima golongan VIP melakukan kesalahan dikenakan hukuman ringan sebaliknya golongan marhaen menerima hukuman berat.
“Ini akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat. Ia juga menunjukkan tidak ada perbezaannya di antara kerajaan BN dan PN,” katanya.
Manakala retorik kerajaan Melayu, kata Lih Kang, tidak akan membantu untuk mendapatkan lebih banyak undi kaum itu kepada PN.
Menurut Lih Kang, pengundi Melayu semakin curiga dengan kerajaan PN yang 90% Melayu tetapi mempunyai prestasi lebih buruk dalam membela kaum itu berbanding PH
“Apa yang mereka guna sebagai senjata untuk memomokkan kerajaan PH, hari ini berlaku kepada mereka. Contohnya kes allahyarham Adib, sampai hari ini belum selesai.
“Sebelum ini mereka guna isu Adib menyerang PH. Dalam kerajaan hari ini boleh dikatakan semua parti Melayu Islam. Tetapi isu yang sama belum diselesaikan. Itu adalah dosa kerajaan hari ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, Lih Kang berpendapat, satu-satunya faktor yang mengekang PH pada PRU 15 adalah keletihan rakyat menghadapi politik.
Faktor itu, katanya mungkin menyebabkan rakyat kurang keluar mengundi dan keputusan terbaik seperti PRU 14 sukar dicapai.
“Jangkaan saya keluar mengundi akan menurun sebab orang rasa letih dengan politik.
“Saya rasa tidak akan ada perubahan yang banyak dari segi keputusan. Pada 2018 saya jangka KEADILAN menang dalam 50 kerusi, mungkin kali ini 40 sahaja, DAP 42 mungkin kali ini 40. Amanah 11, kali ini mungkin 10. Itu belum kita kira 52 kerusi yang ditandingi Bersatu.
“PH sudah memegang 90 kerusi dan apa yang Umno akan dapat? Umno akan kekal sebagai pembangkang kalau tiada apa-apa strategi baru.
“Saya rasa kalau Umno tidak keluar dari kerajaan sekarang mereka terpaksa menanggung kesalahan yang dilakukan kerajaan hari ini,” katanya menjawab soalan moderator mengenai nasib Umno sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31965

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Penjuru Pru 15 Pas Hilang 8 Kerusi

Tiga Penjuru Pru 15 Pas Hilang 8 Kerusi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 266 hits
Pas dijangka akan hilang 8 kerusi Parlimen sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Hal itu diungkapkan oleh Senator Husam Musa dalam program bual bicara di Temerloh Pahang baru baru ini ketika diminta mengulas...
Pas Hilang 8 Kerusi Parlimen Jika Pertandingan Tiga Penjuru Pru 15 Husam

Pas Hilang 8 Kerusi Parlimen Jika Pertandingan Tiga Penjuru Pru 15 Husam

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 197 hits
POSTED BY AMIR WRLRPas dijangka akan hilang 8 kerusi Parlimen sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Hal itu diungkapkan oleh Senator Husam Musa dalam program bual bicara di Temerloh Pahang baru baru ini keti...
Pru 15 Keputusan Tidak Jauh Berbeza Umno Kekal Pembangkang Jika Tiada Penjajaran Politik

Pru 15 Keputusan Tidak Jauh Berbeza Umno Kekal Pembangkang Jika Tiada Penjajaran Politik

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 175 hits
POSTED BY AMIR WRLRKeputusan Pilihan Raya Umum ke 15 dijangka tidak jauh berbeza dengan PRU 14 dan Umno akan kekal sebagai pembangkang sekiranya tiada penjajaran semula politik belaku sebelum hari mengundi Hal itu diutarakan oleh Naib Presi...
Kisah Ramalan Keputusan Pru

Kisah Ramalan Keputusan Pru

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 260 hits
Saifuddin NasutionHari ini temujanji saya dengan KP ROS di putrajaya Sambil menunggu di ruang tamu sy membaca akhbar BH yg memuat laporan seorg profesor dari ukm Profesor ini meramalkan PN bakal menang pd PRU15 jika berlaku 3 penjuru dgn BN...
Ini Antara Pemuka Yang Banyak Memainkan Peranan Memfitnah Ph Dulu Padanmuka Hang

Ini Antara Pemuka Yang Banyak Memainkan Peranan Memfitnah Ph Dulu Padanmuka Hang

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 156 hits
BOB KELANANGCourt grants Teresa Kok s bankruptcy order against JMM president Buat malu orang Melayu saja Mulut murai poket kosong Padan muka
Konten Tiktok Nya Viral Dan Dikecam Banyak Pihak Ini Fakta Seputar Kasus Dr Kevin Samuel

Konten Tiktok Nya Viral Dan Dikecam Banyak Pihak Ini Fakta Seputar Kasus Dr Kevin Samuel

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 244 hits
Peragakan cara mengecek bukaan pasien yang akan melahirkan dengan raut wajah kurang senonoh dokter muda ini dianggap langgar tiga kode etik
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025