Kenakan Bayaran Masuk Ke Zon Sesak Di Bandar Besar Boleh Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas



Foto hiasan | Careta

Pengenalan 'kadar harga jalan' iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.

Ini berikutan pendekatan yang juga dikenali sebagai 'caj kesesakan' itu sudah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali.


Langkah untuk jangka masa panjang ini juga bertujuan mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, namun adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang selepas sistem jaringan pengangkutan awam siap sepenuhnya?


Mengulas mengenai isu itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar berkata, walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan persendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.


Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.


Langkah itu termasuk mempersiapkan infrustruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.


"Secara kesimpulannya, penambahbaikan adalah harus menuju ke arah 'modal split' atau 'modal share' iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.


"Walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut," katanya.


Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kerajaan dijangka mempertimbangkan melihat semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar selepas projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.


Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan.


Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara.


"Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10. tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.


"Pada awalnya ada bantahan, namun pelaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif," katanya.


Dalam pada itu, berdasarkan laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya, beliau berkata, kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan yang tinggi sehingga berlakunya kesesakan teruk.


Beliau berkata, ia pula disokong dengan laporan daripada 'The Asean Secretariat' pada 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi iaitu sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2022/06/kenakan-bayaran-masuk-ke-zon-sesak-di.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/06/kenakan-bayaran-masuk-ke-zon-sesak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Merancang Kita Juga Boleh Merancang Perancangan Tuhan Lagi Besar

Mereka Merancang Kita Juga Boleh Merancang Perancangan Tuhan Lagi Besar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 118 hits
MAN TOBATuhari aku dah ckp dah Mereka merancang sesuatu say no to Khemah Besar KB ni idea Mahthir Nak halang Anwar jadi PM DS Anwar pulak janganlah dok terpengaruh dengan pimpinan2 kamu yg pro KB neh Keluarkan kenyataan umum yang PH adalah ...
Nak Mudah Urus Anak Kinestatik Kena Kurangkan Kata Jangan Tak Boleh

Nak Mudah Urus Anak Kinestatik Kena Kurangkan Kata Jangan Tak Boleh

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 173 hits
Kanak kanak kinestetik akan sentiasa bergerak bebas dan tidak terikat dengan aktiviti setempat tanpa sebarang pergerakan Selain itu mereka mempunyai banyak kekuatan yang akan membantu mencapai kejayaan dalam proses perkembangan dan pembelaj...
Anak Alami Speech Delay Tak Boleh Sebut Perkataan Bermakna Tasha Manshahar Kurangkan Gajet Lebih Banyak Komunikasi

Anak Alami Speech Delay Tak Boleh Sebut Perkataan Bermakna Tasha Manshahar Kurangkan Gajet Lebih Banyak Komunikasi

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 161 hits
BERKONGSI perkembangan anak penyanyi Tasha Manshahar berkata putera sulungnya Muammar Rafiqi pernah mengalami masalah percakapan speech delay ketika diusia setahun enam bulan Mengakui bimbang dengan perkara itu Tasha atau Nur Nadia Natasha ...
Dr Kongsi Jenis Makanan Ini Boleh Jadi Ejen Pencair Kahak Bila Anak Batuk

Dr Kongsi Jenis Makanan Ini Boleh Jadi Ejen Pencair Kahak Bila Anak Batuk

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 169 hits
Ramai tanya makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak Yang paling utama makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya Menurut Dr Mazliana Mazlan singgang ikan dan sup ayam antara makanan yang wajib b...
Sukar Untuk Berjalan Bertutur Sejak Usia 2 Tahun Ahmad Idham Gembira Anak Istimewa Dah Boleh Berjalan

Sukar Untuk Berjalan Bertutur Sejak Usia 2 Tahun Ahmad Idham Gembira Anak Istimewa Dah Boleh Berjalan

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 116 hits
Di Instagram pengarah dan pelakon Ahmad Idham bersyukur apabila anak istimewanya sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan Daddy bangga dengan abang Abang Walaupun kadang kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai nam...
Apa Yang Peniaga Kecil Boleh Belajar Dari Kaki Memancing Tentang Pemasaran

Apa Yang Peniaga Kecil Boleh Belajar Dari Kaki Memancing Tentang Pemasaran

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 126 hits
Pemasaran 101Kaki memancing boleh ajar perkara penting tentang pemasaran pada orang yang berniaga Sebelum itu elok saya kongsikan sikit apa itu pemasaran ikut apa yang saya faham Bagi saya pemasaran secara mudahnya adalah aktiviti nak bagi ...
Kenapa Pemaian Industri Ayam Kecewa Tak Boleh Eksport Ayam

Kenapa Pemaian Industri Ayam Kecewa Tak Boleh Eksport Ayam

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 123 hits
Kenapa Pemaian Industri Ayam Kecewa Tak Boleh Eksport Ayam Sebenarnya macam ni Malaysia ada mengeksport ayam ke Singapura dan Brunei untuk kegunaan rakyat mereka Dan sudah pasti harga jualan di luar negara lebih tinggi berbanding jualan aya...
Kali Ni Syarikat Milik Bekas Pm Lama Kena N17 Sekat Tak Boleh Meniaga Jom Baca Bagi Paham

Kali Ni Syarikat Milik Bekas Pm Lama Kena N17 Sekat Tak Boleh Meniaga Jom Baca Bagi Paham

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 158 hits
BURSA FILED PRACTICE NOTE 17 FOR BRAHIM S Turn Brahim s pulak kena PN17 PN17 ni basically bila syarikat menghadapi ketidakpastian dalam bisnes mereka dalam masa 12 bulan Bahasa accounting dia adalah material uncertainty relating to going co...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas