Proton Saga Berusia 32 Tahun Juara Festival Of The Unexceptional United Kingdom


Masih ingat dengan model kereta pertama Malaysia keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) atau lebih dikenali sebagai Proton Saga.

Biar 32 tahun telah berlalu, kereta keluarga kebanggaan rakyat Malaysia ini masih hebat taringnya apabila ia dinobatkan sebagai juara anugerah Concours de I’Ordinaire di Festival of Unexceptional 2021 yang dianjurkan di United Kingdom baru-baru ini.

Pemenangnya, Jon Coupland seorang pegawai polis berusia 30-an berkata, Proton Saga 1.5GL Black Knight Edition tahun 1989 itu hanya dijual sebanyak 201 unit di UK, dan ia mungkin satu-satunya model yang masih lagi wujud di negara itu.

Bercakap kepada penganjur Hagerty, Coupland menjelaskan pemilik asalnya terpaksa membiarkan kereta itu tersadai pada 1993 dengan jarak kurang daripada 6000 km kerana uzur.

Ia tersadai di garaj sehingga 2017, apabila dibeli pemilik kedua yang menggunakannya sehingga mencecah 16000 km. Coupland kemudian memperoleh kereta itu pada 2019, dan sekali-sekala menggunakannya dengan cermat untuk memandu ke acara seperti ini.

“Saya sangat teruja sebaik diterima untuk menjadi antara peserta pada acara tahun ini. Saya tidak sangka langsung dapat menarik perhatian juri sehingga memenangi hadiah keseluruhan. Ia seolah impian jadi nyata!” tambah Coupland.

Memandangkan pertandingan ini dianjurkan hanya untuk keseronokan, piala kemenangan yang diraih Coupland juga direka unik berbentuk seperti cawan teh – simbol tradisi kelaziman orang Inggeris.

“Festival of Unexceptional mula dianjurkan pada 2014 oleh pakar insurans kereta klasik Hagerty.

“Ia bertujuan meraikan kereta keluarga kegunaan harian dari tahun 1968 hingga 1989 yang telah lama dilupakan sedangkan ia memainkan peranan penting dalam budaya kita, sama seperti mana-mana kenderaan Aston Martin, Ferrari, atau Mercedes,” ujar Coupland.

Untuk menang, apa yang anda perlukan hanyalah membawa kereta biasa dari tahun yang betul, dan pastikan ia sehampir mungkin dengan edisi asalnya.

Biasanya, barisan juri menyukai kereta yang tidak dilengkapi radio, jadi pastikan kenderaan yang masuk bertanding tidak melalui pengubahsuaian yang tidak perlu ini.

Hanya kereta-kereta keluaran tahun 1966 hingga 1996 sahaja yang layak untuk dipertandingkan dalam acara tahunan ini.

Anda perlu berkongsi kisah mengenai kereta tersebut kepada para juri terlebih dahulu sebelum dipilih menjadi salah seorang peserta dalam pameran tersebut. - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/08/proton-saga-berusia-32-tahun-juara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Profil Windy Cantika Aisah Atlet Angkat Berat Berusia 19 Tahun Sumbang Pingat Pertama Indonesia

Profil Windy Cantika Aisah Atlet Angkat Berat Berusia 19 Tahun Sumbang Pingat Pertama Indonesia

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 522 hits
Atlet Angkat Berat Indonesia Windy Cantika Aisyah Wakil Indonesia berusia 19 tahun Windy Cantika Aisah memenangi pingat gangsa selepas dua kali mencatatkan masa terbaik dalam acara clean and jerk Wanita Kelahiran 19 tahun tersebut turun di ...
Kenali Armand Idrizam Ceo Koko Loko Berusia 11 Tahun Di Sabah

Kenali Armand Idrizam Ceo Koko Loko Berusia 11 Tahun Di Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 472 hits
Armand bersama biji koko yang menjadi sumber bahan mentah untuk produknya Armand Idrizam adalah pengasas Koko Loko yang bertujuan memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil Kanak kanak yang berusia 11 tahun ini Armand Idrizam mungkin ...
Berusia 67 Tahun Ramai Risau Kim Changwan Disahkan Positif Covid 19

Berusia 67 Tahun Ramai Risau Kim Changwan Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 376 hits
Merisaukan apabila pelakon veteran Kim Chang wan disahkan positif COVID 19 baru baru ini Menurut laporan media lelaki itu menerima keputusannya kelmarin dan merupakan pembawa tidak bergejala Merupakan seorang DJ tetap untuk SBS Power FM Bea...
Proton Saga 1989 Menang Anugerah Kereta Klasik Di Uk

Proton Saga 1989 Menang Anugerah Kereta Klasik Di Uk

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 287 hits
Proton Saga Black Knight ini juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di UK United Kingdom Kemenangan tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain Jon Coupland pada Ahad lalu turut diperkatakan ramai warganet di negara...
Ia Adalah Tanggungjawab Penulis Kim Eunhee Jawab Respon Kingdom Ashin Of The North Bosan

Ia Adalah Tanggungjawab Penulis Kim Eunhee Jawab Respon Kingdom Ashin Of The North Bosan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 312 hits
Dinantikan ramai namun episod khas Kingdom Ashin Of The North sepertinya menerima komen pro kontra daripada penonton ARTIKEL BERKAITAN Dalam satu temubual terbaru penulis Kim Eun hee menjawab respons bercampur berkenaan dan bagaimana peneri...
Kenali Sky Brown Baru Berusia 13 Tahun Menang Pingat Untuk Great Britain

Kenali Sky Brown Baru Berusia 13 Tahun Menang Pingat Untuk Great Britain

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 256 hits
BROWN menjadi atlet termuda Great Britain dan juga peserta termuda yang berjaya meraih pingat pada temasya sukan Olimpik setakat ini selepas meraih gangsa semalam AFP TOKYO Atlet papan selaju Great Britain Sky Brown menjadi atlet termuda ne...
Masih Kokoh Dan Kian Menarik 10 Landmark Dunia Ini Ternyata Sudah Berusia Ratusan Tahun

Masih Kokoh Dan Kian Menarik 10 Landmark Dunia Ini Ternyata Sudah Berusia Ratusan Tahun

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 364 hits
Meski sudah berusia sepuh landmark dunia ini tetap kokoh dan bahkan tampak kian menarik ya
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan

Pg77 Top 75 By Porter Pg77 Pgslot77 Me Pgslot77 Pgslot 2 2025

777 40 777 Top 59 By May Punpro777 Bar 30 September 2025

Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

A Aida Dimasukkan Ke Icu