Proton Saga 1989 Menang Anugerah Kereta Klasik Di Uk


Proton Saga Black Knight ini juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di UK


United Kingdom: Kemenangan tidak diduga seorang pemilik kereta Proton Saga di Britain, Jon Coupland pada Ahad lalu turut diperkatakan ramai warganet di negara itu selain Malaysia.

Pegawai polis berusia 30 tahun itu sendiri malah dilaporkan media Britain juga terperanjat apabila kereta lama yang berusia tiga dekad tersebut mampu menewaskan 49 pesaingnya.

Uniknya, model Saga yang dijenamakan sebagai Black Knight 1.5 GL untuk pasaran kereta jenis sedan Britain itu hanya ada 201 unit berjaya dijual di negara berkenaan pada 1989 lalu.

“Rakyat Malaysia tentu bangga!” ciap pengguna akaun sosial Twitter di Britain yang dikenali sebagai Jemboolo Doborbalah sebelum dibalas beliau semula dengan ucapan terima kasih.

Acara tahunan yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan pelbagai jenama kereta klasik dari 1968 sehingga 1989 untuk diadili enam juri bagi merebut anugerah Concours de I’Ordinaire.

JON COUPLAND bergambar dengan Proton Saga yang diumumkan menjuarai Concours de I’Ordinaire di Lincolnshire, Britain baru-baru ini. – Foto Twitter Jon Coupland Festival Hagerty itu berlangsung meriah di pekarangan istana Grimsthorpe berusia 505 tahun di Lincolnshire dengan mendapat liputan luas pelbagai media antarabangsa terutama Eropah.

Menerusi ciapan dalam akaun dirinya, Coupland menulis: “Anda mungkin tidak percaya yang saya sendiri pun masih lagi tidak percaya akan menang sebab persaingan memang sengit!”

Menariknya, kereta terpakai itu dibelinya pada 2019 lalu dan beliau pula merupakan pemilik ketiga setelah tuan punya asalnya menyimpan kenderaan tersebut dalam garaj sejak 1993.

Pemilik pertama ujar beliau, hanya memandu sejauh 5,794 kilometer sebelum jatuh sakit dan dibeli pemilik kedua pula pada 2017 dengan jarak keseluruhannya cuma 16,093 kilometer.

Disebabkan minat dengan kereta lama itu, beliau bahkan memiliki dua buah lagi model sama yang juga berwarna hitam iaitu 1.5 SE LE dan 1.3 GLS di kediamannya di Boston, England.

“Spesifikasi model ini cukup asas iaitu tidak dilengkapi stereng berkuasa, tiada bumbung suria dan tingkap masih tuil manual lagi selain radio kaset jenama lama Blaupunkt,” jelas Coupland.

Proton Saga mula dilancarkan pada 1985 dan sehingga kini, sejumlah 1,834,454 unit model sedan segmen A itu dengan terbaharu generasi ketiga, sudah pun dijual di 29 buah negara.

Model asal direka bentuk berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun dan dibangun di kilang Proton di Shah Alam, Selangor dengan unit pertama dihadiahkan kepada Muzium Negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://geartop.blogspot.com/2021/08/proton-saga-1989-menang-anugerah-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proton Saga Berusia 32 Tahun Juara Festival Of The Unexceptional United Kingdom

Proton Saga Berusia 32 Tahun Juara Festival Of The Unexceptional United Kingdom

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 284 hits
Masih ingat dengan model kereta pertama Malaysia keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Proton Saga Biar 32 tahun telah berlalu kereta keluarga kebanggaan rakyat Malaysia ini masih hebat taringnya apabila i...
Kanak Kanak 6 Tahun Terperangkap 1 Jam Dalam Kereta

Kanak Kanak 6 Tahun Terperangkap 1 Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 296 hits
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan kanak kanak yang terperangkap dalam kereta terkunci dari dalam di Jalan Daeng Selili di Kuala Kangsar hari ini FOTO IHSAN JBPM PERAK Sejam kanak kanak terperangkap dalam kereta KU...
Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi Wanita Ni Diy Sendiri Je Cukup Mudah Hasilnya Nampak Wow

Tayar Kereta Terpakai Dibuatkan Kerusi Wanita Ni Diy Sendiri Je Cukup Mudah Hasilnya Nampak Wow

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 321 hits
Paling biasa kita lihat tayar kereta lama akan digunakan untuk membuat pasu tanaman Namun bila kreatif macam macam benda boleh dihasilkan
Rasa Dicabar Kerana Bunyi Bising Hon Kereta Gajah Naik Minyak Pijak Budak Sampai Maut

Rasa Dicabar Kerana Bunyi Bising Hon Kereta Gajah Naik Minyak Pijak Budak Sampai Maut

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 301 hits
Seorang kanak kanak lelaki dilapor maut akibat dipijak gajah yang dipercayai naik minyak dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Letekujan dalam wilayah Assam India baru baru ini Berdasarkan rakaman video pada awalnya gajah gajah terseb...
Kenali 10 Jenis Pemilik Kereta Di Media Sosial

Kenali 10 Jenis Pemilik Kereta Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 291 hits
macam macam jenis orang kita boleh jumpa kat media sosial harini Ada yang sembang lebat ada yang sembang senyap2 ada yang suka mengumpat ada yang suka bergaduh taktentu punca Korang yang mana satu mekanikamalaysia perangaipemilikkereta 160t...
Wanita Terlelap Kereta Terjunam Masuk Sungai

Wanita Terlelap Kereta Terjunam Masuk Sungai

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 297 hits
Mangsa dikeluarkan dari kereta dengan bantuan orang ramai manakala kenderaannya pula dikeluarkan bomba menggunakan pengusung dan tali PETALING JAYA Seorang wanita dipercayai terlelap ketika memandu sebelum kenderaannya terjunam ke dalam sun...
Kereta Paling Bodo Di Dunia Bodo Chronos

Kereta Paling Bodo Di Dunia Bodo Chronos

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 354 hits
Mempersembahkan kereta paling bodo di dunia iaitu kereta bodo chronus bodo bodo dia pun kereta letrik gu demo ado mekanikamalaysia bodochronus keretaterbodo Follow Mekanika Malaysia WEBSITE https www mekanika com my YOUTUBE http
Selepas Pandemik Nak Beli Kereta Apa

Selepas Pandemik Nak Beli Kereta Apa

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 314 hits
Ramai orang tanya nak beli kereta apa yang sesuai sekarang Ya pandemik ni memang bencana yang mengajar kita tentang banyak perkara Yang kaya boleh jatuh miskin yang miskin semakin susah Nak tak nak kita tak boleh lagi harap pada satu sumber...
5 Kereta Jdm Edisi Khas Paling Rare Pt 1

5 Kereta Jdm Edisi Khas Paling Rare Pt 1

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 292 hits
Apakah kereta JDM yang paling rare dalam pasaran Ya yang ini yang dikeluarkan dalam jumlah yang sikit dan sekejap je biasanya dah habis Tapi ada ni yang kau boleh beli kat market cuma harga dia la kejamm
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Sky Mirror Pantai Sasaran Kuala Selangor Pengalaman Magis Pantulan Cermin Langit Di Malaysia

Kisah Seorang Apeque Yang Menjual Sebuah Basikal Kepada 5 Orang Yang Berbeza

Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga