Baru Berapa Bulan Duduk Malaysia Lelaki Jepun Jatuh Cinta Dengan Kedai Mamak Nasi Kandar Jadi Pilihan


Baru Berapa Bulan Duduk Malaysia, Lelaki Jepun Jatuh Cinta Dengan Kedai Mamak, Nasi Kandar Jadi Pilihan
Setiap tahun negara kita akan dikunjungi jutaan pelancong asing dari seluruh dunia. Mana tidaknya, Malaysia menawarkan pengalaman percutian yang dipenuhi keunikan dan kepelbagaian budaya yang mungkin tidak dapat dirasai di negara lain.
Tidak kurang juga ada yang memilih untuk menyambung pengajian atau bekerja di sini kerana mungkin peluang yang ada bertepatan dengan apa yang mereka inginkan.
Selain kepelbagaian budaya, kepercayaan agama dan keindahan pemandangan, salah satu tarikan utama di negara ini adalah variasi makanan yang amat menyelerakan. Boleh dikatakan bahawa para pelancong pasti tidak akan kecewa dengan makanan di negara kita dan mereka akan merindukannya apabila pulang ke negara sendiri.
Nasi lemak, roti canai dan teh tarik adalah antara makanan popular yang akan disebut-sebut dan wajib dicuba. Justeru, kedai mamak biasanya turut akan menjadi tumpuan pelancong. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki dari Jepun berkongsi pengalaman selama berada di Malaysia. Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila lelaki terbabit sering berkongsi video makanan yang dicubanya di negara ini walaupun baru beberapa bulan di sini.
Menerusi perkongsian di akaun IG.ott.yy, lelaki terbabit dilihat sangat menyukai nasi kandar di kedai mamak, malah dia juga sering ‘tapau’ air ikat tepi. Menjengah ke ruangan komen, dia juga mengakui nasi kandar sudah menjadi kesukaannya.
@aottttttttyy.malaysia マレーシアお酒の値段が高くて2週間ぶりに飲んだらめちゃめちゃ酔った #fyp #海外生活 #04 #malaysia
♬ オリジナル楽曲 – 来世は帰国子女 – IG_aott.yy

Dalam satu video yang lain, lelaki itu juga berkata perubahan positif turut berlaku kepadanya selepas dia bekerja di sini. Menurutnya, gaya hidupnya sudah tidak lagi seperti di Jepun dulu.
@aottttttttyy.malaysia 3weeks have passed since I came to Malaysia #fyp #04 #malaysia
♬ オリジナル楽曲 – Aoto – IG_aott.yy

Ini merupakan salah satu daripada beribu cerita dari orang luar mengenai Malaysia. Mungkin bagi kita ia hanyalah perkara biasa. Namun, untuk berada di negara orang dan beradaptasi dengan selera makanan tempatan bukan perkara mudah. Tambahan pula, kita seharusnya bangga kerana makanan kita meraih tumpuan dunia.
@aottttttttyy.malaysia Saturday Vlog #fyp #海外生活 #04 #malaysia
♬ Cheap and cute athletic meet classic song(1085557) – Kids Sound

Khususnya rakyat Jepun, ada ramai di antara mereka yang sangat suka datang ke Malaysia, merasai keunikan budaya, perbezaan kaum dan toleransi yang ada di dalamnya. Keadaan ini juga cuba didedahkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan menarik minat pelajar Jepun untuk menyambung pengajian di negara kita.
Bagi yang belum tahu, KPT baru-baru ini telah berjaya mengadakan Minggu Pendidikan Tinggi di Ekspo 2025 Osaka. Berlangsung dari 21 hingga 26 Julai lalu, pihak KPT telah berkampung di Pavilion Malaysia untuk mengetengahkan tema Study in Malaysia.
Menariknya, minggu tersebut dipenuhi dengan pengisian bermanfaat dan jalinan kerjasama strategik, selari usaha KPT untuk memperluas jaringan kolaborasi dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di persada global.
Fokus utamanya adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa.
Program Edutourism Salah satu inisiatif yang diketengahkan ketika ekspo itu adalah program Edutourism, iaitu gabungan pendidikan dan pelancongan. Sebanyak 168 pakej daripada 55 rakan sepadan merangkumi 11 kategori utama termasuk budaya, warisan, makanan dan pengembaraan telah ditawarkan ketika itu.

Malah, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyempurnakan sesi pra-pelancaran rasmi Edutourism Gateway. Ia menjadi gerbang digital yang berfungsi sebagai hab informasi sehenti para komuniti global.
Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Sejarah juga tercipta apabila 31 sesi pemeteraian dan pertukaran Memorandum Persefahaman dan Perjanjian berjaya ditandatangani di antara 11 buah institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia bersama IPT Jepun. Sebanyak 13 buah bidang strategik dimeterai iaitu termasuk perubatan, ekonomi, perbankan Islam, marin, pertanian dan kejuruteraan.
Antara aktiviti lain yang dipersetujui adalah melibatkan program pertukaran pelajar dan akademia, latihan industri, projek penyelidikan bersama dan pembangunan program akademik yang selari dengan keperluan industri.

Beberapa sesi padanan perniagaan turut diselaraskan dengan menghimpunkan 11 buah IPT Malaysia dan 20 buah syarikat luar negara.
Program tersebuti bertujuan untuk memperkenalkan IPT Malaysia ke pasaran Jepun di samping menggalakkan kerjasama dua hala dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan produk (R&D).
Dalam usaha mempelbagai program pemindahan dan perkongsian ilmu, sebanyak 22 buah sesi perkongsian pocket talk, podcast, serta forum telah dianjurkan yang berfokuskan kepada topik perkongsian ilmu dan inovasi dengan melibatkan 15 buah IPT Malaysia. Setiap satu IPT turut mengetengahkan kepakaran tersendiri menjadikan ia platform dinamik yang mencerminkan keupayaan dan kebitaraan pendidikan tinggi Malaysia.

Minggu Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada minggu ke-15 penganjuran Ekspo 2025 Osaka (bermula 13 April – 13 Oktober 2025) ini mendapat sambutan luar biasa apabila merekodkan lebih 100,00 pengunjung dalam tempoh enam hari penganjuran di Pavilion Malaysia.
Ekspo yang berlangsung setiap lima tahun ini melibatkan penyertaan 158 buah negara menjadi tumpuan dengan kehadiran jutaan pengunjung dari serata dunia.
Untuk maklumat lanjut layari laman web Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
BACA JUGA: “Saya silap besar…” – Pindah Dari Dubai, Pelajar Antarabangsa Kongsi Pengalaman Mengejutkan Study Di Malaysia
The post Baru Berapa Bulan Duduk Malaysia, Lelaki Jepun Jatuh Cinta Dengan Kedai Mamak, Nasi Kandar Jadi Pilihan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/01/baru-berapa-bulan-duduk-malaysia-lelaki-jepun-jatuh-cinta-dengan-kedai-mamak-nasi-kandar-jadi-pilihan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru 2 Bulan Czer Dahlia Rizal Dah Main Pickleball Sopan Jadi Inspirasi Ibu Muda

Baru 2 Bulan Czer Dahlia Rizal Dah Main Pickleball Sopan Jadi Inspirasi Ibu Muda

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 169 hits
Baru dua bulan lepas melahirkan cahaya mata sulung secara pembedahan caesarean kini Dahlia Rizal kembali mencuri perhatian Bukan kerana glamor atau fesyen keterlaluan tetapi kerana semangat dan komitmen luar biasanya sebagai ibu muda yang k...
Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 256 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dengan izin Allah kita diberi peluang melangkah ke bulan Ogos 2025 Satu lagi bulan yang penuh dengan ruang untuk kita perbaiki diri perbaiki amal dan mendekatkan hati kepada Ilahi Ya Allah jadikanlah O...
The Beauty Perfume Kedai Perfume Original Untuk Peminat Wangian Eksklusif Di Malaysia

The Beauty Perfume Kedai Perfume Original Untuk Peminat Wangian Eksklusif Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 172 hits
Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby ke pembukaan kedai The Beauty Perfume Dari menjual di facebook live kini perniagaan yang diusahakan oleh dua adik beradik hebat dah ada kedai fizikal Tahniah Konsep di sini hanya wangian original sa...
Apabila Berkelana Baru Bersyukur Anda Rakyat Malaysia

Apabila Berkelana Baru Bersyukur Anda Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 118 hits
Saya sekarang berada di Botswana sebuah negara kecil di selatan Benua Afrika Antara banyak negara penduduk Zimbabwe dan South Africa mengatakan Botswana sebuah negara kaya kerana 80 export negara adah berlian Semasa di sini saya sempat masu...
Makan Nasi Kandar Restoran Yasmeen

Makan Nasi Kandar Restoran Yasmeen

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum WBT MASA tu kalau Sk la kan makan la apa apa yang jual di gerai gerai depan hotel tu Tapi dua beranak ni tak nak ya Dorang dok bincang bincang sama ada nak makan Nasi Lemak Royale atau Nasi Kandar Sk ni sebenarnya masih keny...
Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan

Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 125 hits
Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan KUALA LUMPUR Sebanyak 2 400 tan bantuan kemanusiaan sumbangan rakyat Malaysia berjaya menembusi Gaza awal pagi semalam melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein di Jordan Pengh...
Beby Acha Diam Diam Jatuh Cinta Chord

Beby Acha Diam Diam Jatuh Cinta Chord

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 130 hits
Am G F Dm E Am Diam diam berpandangan Dm Mata bertentang mata G Malu malu aku malu Am Kau buat begitu Am Jeling jeling kau menjeling G A Dm Senyumanmu menggoda G Lama lama dalam diam Am Aku jatuh cinta Am Beginikah rasanya G Sakit asmara F ...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 204 hits
tak pe ayah akan teman Aca naik tren sampai office Kak Cik pastu kami akan naik tren balik sambil makan angin kata habibi minggu lepas Risau nak biarkan si bongsu naik tren 32 stesen hingga ke Sunway Lagoon seorang diri Dalam masa yang sama...
Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 210 hits
Kejadian mengejutkan tercetus apabila seorang wanita yang baru berkahwin selama tiga bulan dilaporkan menjadi mangsa perdagangan seks dalaman yang dikawal oleh suaminya sendiri Kes ini terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah...
Pampasan Tanah Kerajaan Persekutuan Setuju Selesai Babit Kem Syed Sirajuddin Pm Anwar

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Drama Dr Pontianak 2

Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Cara Masuk Whatsapp Web Bikin Chat An Di Laptop Makin Seamless

Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mandi Wiladah Selepas Bersalin Ramai Masih Keliru Ini Hukum Penjelasan Dari Sudut Islam

Ini Pengalaman Aku Drive Kereta Bezza 1 0 Auto Yang Murah Dan Mampu Milik

Taman Safari Indonesia Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Sebagai Destinasi Keluarga Hidupan Liar Bertaraf Dunia

Pendamping Produk Halal Umkm Kubu Raya Cara Daftar Halal Self Declare Tahun 2025

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Filem Blood Brothers Bara Naga