Protes 8 Disember Tunjuk Kuat Tutup Malu



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Tunjuk perasaan awal kecil-kecilan bantah ICERDNAMPAKNYA tunjuk perasaan anti-ICERD anjuran gabungan  parti pembangkang dan sekutu mereka akan tetap diadakan walaupun kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengesahkan konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.
Sekali gus protes yang didakwa untuk mempertahankan Perlembagaan, Raja-raja Melayu dan agama Islam itu bertukar menjadi medan tunjuk kekuatan politik – political show of strength.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Dari awal lagi tunjuk perasaan itu mengambil kesempatan daripada ketidakfahaman orang ramai, khususnya orang Islam dan orang Melayu, mengenai konvensyen tersebut.
Kalau orang ramai tahu, mereka tentulah tidak melatah seperti sekarang. Konvensyen ini bukanlah baru. Ia berkuat kuasa mulai tahun 1969.
Mereka sepatutnya lebih marah dan buat tunjuk perasaan besar-besaran mengutuk penyelewengan kerajaan BN yang menyebabkan Tabung Haji, Felda dan banyak lagi badan amanah Bumiputera dan Islam mengalami kerugian teruk.
Apalah sangat ICERD. Berapa kerat orang Melayu dan Islam tahu atau peduli mengenainya sebelum ini?
Tahukah mereka bahawa sehingga hari ini hanya 88 daripada 192 negara anggota PBB menandatangani konvensyen itu dan yang meratifikasinya baru 27?
Daripada yang menandatangani dan meratifikasinya termasuklah lapan negara Islam yang ada antaranya negara beraja dan tidak pula rajanya terbuang.
Tetapi majoriti negara Islam yang menjadi ahli ICERD itu adalah negara yang tidak pernah ada raja atau telah memansuhkan institusi raja.
Oleh sebab peka kepada kehendak majoriti rakyat jelata yang berasa konvensyen itu tidak diperlukan maka kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani dan meratifikasinya.
Bagaimanapun disebabkan sudah terlanjur maka penganjur demonstrasi itu terpaksalah meneruskannya dengan mengubah jalan cerita.
Maklumlah perasaan peserta sudah dibakar, duit sudah dipungut, bas sudah disewa dan baju khas sudah ditempah. Kalau dibatalkan malulah.
Di satu pihak, tunjuk perasaan yang dicadangkan itu menggabungkan Umno dan PAS manakala dipihak yang lain pula berupa manifestasi persaingan di antara Umno dengan PAS.
Kedua-dua belah pihak menggunakan protes itu untuk menunjukkan siapa lebih kuat dari segi pengaruh.
Tidak mahu ketinggalan dan bagi membuktikan yang mereka juga relevan maka beberapa pertubuhan berjenama Melayu dan Islam akan turut serta.
Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membenarkan demonstrasi itu, namun ini tidaklah bermakna penganjur dan peserta boleh berbuat sesuka hati.
Polis wajib bertindak tegas – seperti yang dilakukan dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ pada 26 November lalu – ke atas sesiapa sahaja yang mengapi-apikan sentimen kaum dan agama sepanjang tunjuk perasaan itu diadakan.
Sekarang polis ada banyak alat pengawasan (surveillance) yang canggih. Jadi mereka wajib guna untuk mengawal dan memungut maklumat mengenai tunjuk perasaan itu.
Kita tahu semua itu sebab dulu mereka gunakan ke atas kita waktu kita pembangkang. Sekarang kita kerajaan dan Umno pembangkang. Polis kenalah profesional dan bersikap adil.
Umno dan Pas terpaksa menggunakan apa saja kesempatan untuk mencari dividen politik bagi menutup malu setelah kalah dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Bagi Umno, keadaan terdesak ini semakin memuncak dengan bertambah ramai ketua-ketuanya dihadapkan ke mahkamah atas berbagai-bagai tuduhan jenayah dan semakin ramai ahlinya keluar parti atau tidak cergas lagi.
Pas pula mahu berpakat dengan Umno kerana terhutang budi dan beranggapan bahawa parti yang pernah dilabelkannya assabiyah itu masih mendapat sokongan.
Umno memerlukan Pas untuk mengatur protes jalanan kerana ia sendiri tidak berpengalaman sebab sudah lama tidak turun ke jalan raya berdemonstrasi sebaliknya menyekat orang lain berdemonstrasi.
Apa pun kita harap tunjuk perasaan yang diuar-uarkan akan disertai oleh setengah juta orang itu berjalan lancar tanpa terlalu banyak mengganggu kegiatan harian orang lain.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/12/protes-8-disember-tunjuk-kuat-tutup-malu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunjuk Islam Kuat Pas Himpun Bantah Icerd Kata Hadi

Tunjuk Islam Kuat Pas Himpun Bantah Icerd Kata Hadi

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 425 hits
Diterbitkan pada 30 November 2018Oleh Abdul Rahim SabriDatuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rusuhan kuil tiada kaitan dengan agama tetapi berkait dengan kaum di kalangan tertentu sahaja Foto oleh Farhan NajibMARANG 30 Nov PAS tekad menyertai...
Dataran Merdeka Tutup Di Mana Umno Pas Bakal Berhimpun 8 Disember Nanti

Dataran Merdeka Tutup Di Mana Umno Pas Bakal Berhimpun 8 Disember Nanti

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 547 hits
Meskipun belum mengemukakan sebarang permohonan UMNO dan Pas serta beberapa NGO yang mahu mengadakan Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember depan dilaporkan telah menetapkan untuk mengadakan acara yang bertujuan untuk menggegar kerajaan itu ...
Suami Lari Malam Kerana Isteri Kuat Seks

Suami Lari Malam Kerana Isteri Kuat Seks

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1244 hits
KAHERAH Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan n...
Demam Pembawa Virus Atau Antibodi Tak Kuat

Demam Pembawa Virus Atau Antibodi Tak Kuat

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 358 hits
Assalamualaikum Dua tiga hari ni tak sihat Demam selsema sakit tekak dan yang tak tahan adalah kepala seakan berpusing Berjangkit jangkit Kalau ada yang berhampiran Cik Rose tak sihat Cik Rose lah yang akan dijangkiti Cuba kuatkan diri Tapi...
Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 2269 hits
Muka seiras tanda ada jodoh First of all siapa yang mulakan dulu tips or petua ni Second of all yeke Hahaha Muka umi dan abi saya tak berapa nak seiras tapi Alhamdulillah berkekalan je hingga sekarang Mana bukti muka seiras tanda ada jodoh ...
Kuat Kasih Sayang Najib Terhadap Jolok

Kuat Kasih Sayang Najib Terhadap Jolok

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 713 hits
Samun menyamun membawa bencana Bos Edge Najib usir saya bila cakap penipuan Jho LowPemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong menangkis dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak yang mengatakan tidak tahu menahu mengenai skandal 1MDB Tong m...
Ph Batal Ratifikasi Icerd Hasil Melayu Bantah Kuat

Ph Batal Ratifikasi Icerd Hasil Melayu Bantah Kuat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 305 hits
SEREMBAN 23 Nov Keputusan Kerajaan Pakatan Harapan membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah susulan bantahan kuat orang Melayu Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Za...
Ketua Tak Kuat Punca Gelombang Keluar Umno Anwar Ibrahim

Ketua Tak Kuat Punca Gelombang Keluar Umno Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 425 hits
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gelombang keluar parti yang melanda UMNO menyerlahkan kelemahan kepimpinan baharu parti itu Tegas Anwar UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang mempunyai sejarah panjang dal...
Subhanallah London Tutup Hampir 500 Buah Gereja Buka 423 Masjid Baru

Subhanallah London Tutup Hampir 500 Buah Gereja Buka 423 Masjid Baru

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 402 hits
London lebih Islam daripada banyak negara muslim yang disatukan kata Maulana Syed Raza Rizvi salah seorang pendakwah Islam yang kini memimpin Londonistan dilaporkan oleh wartawan Melanie Phillips Sebanyak 423 buah masjid masjid baru dibina ...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Sambal Hitam Belimbing Buluh

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati