Proses Vaksinasi Kekal Lembab Kompaun Kekal Tinggi



Program vaksinasi Covid 19 di Malaysia dilihat lembab dibandingkan dengan negara-negara berpendapatan sederhana sekelasnya.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah 395 hari tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari sejak Pengisytiharan Darurat dibuat namun angka jangkitan harian masih juga menunjukkan peningkatan dan bukannya penurunan yang melandai.
Katanya, hal itu menunjukkan kelemahan ketara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengawal Covid, manakala menteri yang ditugaskan menyelaras proses vaksinasi pula mengeluarkan pelbagai alasan remeh berhubung kelambatan pemerolehan vaksin.
“Menteri bertanggungjawab menjaga hal vaksin berkata bekalan vaksin Malaysia rendah kerana negara-negara kaya mengawal pasaran. Hal ini mustahil untuk disahkan, kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan.
“Sangat mengecewakan apabila alasan semacam ini digunakan bagi menutup kelemahan tatakelola tatkala Malaysia sedang berusaha mahu menjadi negara yang maju dan yang berpendapatan tinggi. Memandangkan negara berpendapatan sederhana lain menunjukkan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan cemerlang, alasan menteri tersebut kekal lemah sehingga fakta diketahui.
“Alasan alternatif tentang mengapa Malaysia mempunyai bekalan vaksin yang rendah mungkin kerana kerajaan lambat bertindak untuk mendapatkan kontrak atau rundingan dengan pembekal menemui kegagalan, dan sudahnya kita di barisan akhir untuk mendapatkan vaksin,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, tiada tanda-tanda Malaysia akan mampu mencapai sasaran 80% kadar vaksinasi menjelang hujung tahun, sebagaimana dijanjikan dengan kelembapan proses suntikan vaksin yang ditunjukkan.
“Menteri juga mendakwa Malaysia mampu mencapai 80% kadar vaksinasi sebelum penghujung tahun ini. Tetapi kadar vaksinasi di Malaysia lembab, dan tidak meningkat sejak ia diumumkan pada bulan Februari lalu dengan anggaran sebanyak 24,000 dos sahaja sehari, ketimbang 13 negara berpendapatan sederhana lain di rantau Asia.
“Kita juga meminta pengesahan terkait keupayaan logistik di seluruh negara bagi mencapai 210,000 dos sehari. Ini termasuk penyelarasan dengan hospital, fasiliti kesihatan, klinik-klinik awam dan farmasi. Rencana ini mesti dikongsikan, jika tidak kepada rakyat sekalipun ia mesti dikongsikan kepada jawatankuasa bipartisan,” katanya.
Selain itu, Anwar turut mempersoalkan mengapakah dengan penutupan sempadan dan halangan merentas negeri masih dikesan mutasi varian Covid yang lebih merbahaya di negara ini. Sedangkan, katanya penutupan sempadan telah menjejaskan ekonomi dengan teruk.
Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempersoalkan apakah polisi kerajaan bagi memastikan sektor swasta bertanggungjawab ke atas penularan wabak Covid 19 di kalangan pekerja asing mereka, di samping pendaftaran pengambilan vaksin oleh rakyat tempatan yang kekal rendah
“Pendaftaran untuk vaksinasi rendah, dan ini menambah kebimbangan apakah imuniti kelompok mampu dicapai pada hujung tahun ini. Apa yang telah dilakukan kerajaan setakat ini bagi meyakinkan rakyat untuk mendapatkan vaksin?
“Saya menggesa rakyat untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Saya menggesa rakyat Malaysia, termasuk yang telah mendapatkan vaksin, agar terus patuh SOP demi kebaikan semua,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan kerajaan mungkin sekali lagi akan menyalahkan rakyat dan mengenakan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang mengelirukan menjelang cuti perayaan sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.
“Saya mengjangkakan rakyat akan terus dibuli kerana melanggar SOP dengan beberapa pengumuman yang mengelirukan, yang sekiranya dilanggar akan dikenakan denda yang melampau tinggi.
“Beberapa pengumuman yang mengelirukan ini juga termasuk larangan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, meski para menteri akan dibenarkan merentas negeri dan menganjurkan majlis,” katanya lagi.
Turut ditanyakan apakah metrik yang digunakan oleh jawatankuasa bipartisan dalam kesungguhan mereka untuk mengesyorkan penamatan darurat.
Tidak mungkin darurat perlu diteruskan setelah langkah itu menunjukkan kegagalan teruk mengatasi pandemik Covid 19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31980

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gubernur Sebut Proses Vaksinasi Massal Di Bali Terhambat Karena Proses Distribusi

Gubernur Sebut Proses Vaksinasi Massal Di Bali Terhambat Karena Proses Distribusi

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 125 hits
Kecepatan proses vaksinasi tersebut menunjukkan keseriusan masyarakat Bali untuk segera bangkit dari pandemi Sayangnya kata Koster proses vaksinasi ini pun terpaksa terhambat
Percepat Proses Vaksinasi Rekrut Sukarelawan Guna Teknologi Kecerdasan Buatan Bantu Pendaftaran

Percepat Proses Vaksinasi Rekrut Sukarelawan Guna Teknologi Kecerdasan Buatan Bantu Pendaftaran

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 144 hits
POSTED BY AMIR WRLRProgram Imunisasi Coovid 19 Kebangsaan yang lembab mengundang kritikan pelbagai pihak Terbaharu Jawatankuasa Vaksinasi Covid 19 PH mengkritik kelewatan berkenaan dan memberi amaran proses vaksinasi Fasa 2 akan terganggu s...
Syarikat Yang Memberi Saham Dividen Tinggi

Syarikat Yang Memberi Saham Dividen Tinggi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 555 hits
Terdapat segolongan syarikat syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai polisi yang tetap mereka akan membayar sejumlah percentage pendapatan setiap tahun melalui pembayaran saham dividen tinggi Biasanya syarikat syarikat ini sudah berada di...
Klinik Nur Qaseh Di Bandar Baru Salak Tinggi

Klinik Nur Qaseh Di Bandar Baru Salak Tinggi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 277 hits
Klinik Nur Qaseh adalah salah sebuah klinik yang pernah kami kunjungi di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi untuk dapatkan rawatan buat Aina QK27Gambar sofa di ruang menuggu di Klinik Nur Qaseh Salak Tinggi Monday 27 November 2017 21 11 20171...
Bmkg Tren Gempa Bumi Di 2021 Meningkat Dan Risiko Tsunami Tinggi

Bmkg Tren Gempa Bumi Di 2021 Meningkat Dan Risiko Tsunami Tinggi

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 240 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mengamati potensi atau tren kejadian gempa bumi di tahun 2021 meningkat dibandingkan tahun tahun sebelumnya dan tinggi risiko terjadinya tsunami dari erupsi gunung api
Kerajaan Mahu Kompaun Hingga Rm15 Juta Penjara Mandatori

Kerajaan Mahu Kompaun Hingga Rm15 Juta Penjara Mandatori

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 221 hits
Tuan Ibrahim pada Majlis Cabutan Undi Perdana Bagi Kerja Kerja Bawah Peruntukan KASA bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan hari ini NSTP NIK ABDULLAH NIK OMAR KOTA BHARU Kerajaan sedang menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 197...
Polis Mahu Neelofa Dikenakan Kompaun

Polis Mahu Neelofa Dikenakan Kompaun

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Tangkap layar gambar memaparkan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan selebriti itu baru baru ini dilihat gagal mengikut SOP PETALING JAYA Polis mencadangkan agar kompaun dikenakan terhadap pasangan selebr...
Langgar Sop Pkpb Kompaun Rm1 500 Hingga Rm10 000

Langgar Sop Pkpb Kompaun Rm1 500 Hingga Rm10 000

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 342 hits
Langgar SOP PKPB Kompaun RM1 500 Hingga RM10 000 Empat puluh individu dikenakan kompaun antara RM10 000 dan RM1 500 selepas didapati berada di sebuah kafe di Jalan Adam melebihi tempoh yang dibenarkan beroperasi semasa lewat malam semalam K...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash