Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu Full


Untuk tajuk Sistem Peredaran Darah Manusia dalam Sains Tingkatan 3 KSSM, ada satu subtopik yang berkaitan dengan Jantung. Jadi apabila dicadangkan oleh seorang rakan mengenai aktiviti membedah jantung lembu, saya cuba sahut cabaran tersebut dengan juga niat mencari pengalaman baharu untuk berkongsi ilmu. Tajuk yang sama juga adalah bagi pembelajaran Biologi di Tingkatan 4. 


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Yang bestnya aktiviti membedah jantung lembu nih boleh terus dapat 3 perkara sekaligus, 1. sebagai aktiviti pembelajaran untuk murid, 2. aktiviti PLC dalam kalangan guru Sains, 3. LADAP bagi pembantu makmal. Serta paling penting juga memberi satu pengalaman bermakna buat saya dan semua yang terlibat!

Yer, rakan-rakan guru Sains yang lain juga excited nak ikut serta. Ketua Panitia, Cikgu Zakiah, Cikgu Noriza dan Cikgu Azimah. Ditambah juga dengan pengetua, Puan Siti Rubiah yang ditemani oleh Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Puan Rozita serta semua Pembantu Makmal; Kak Linda, Kak Mariah dan juga Sohina. 


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Tak nak menghampakan ramai murid-murid yang dah tak sabar nak tengok jantung lembu camna, maka saya study lah sungguh-sungguh daripada Youtube. Susah betul wooo nak cari video bedah jantung lembu yang dalam Bahasa Melayu. Hampir tiada!





Maka saya ambik peluang terbaik ini juga untuk hasilkan video bedah jantung lembu untuk kegunaan murid lain, serta rakan guru yang mungkin berhajat nak buat aktiviti camni, tapi tak tahu prosedur.


Tips Guru Berpengalaman
Selain menonton video-video di Youtube, saya juga cuba dapatkan pandangan daripada rakan guru, terutamanya Cikgu-cikgu Biologi yang berpengalaman. Antara nasihat yang diberikan mereka adalah:

1. Gunakan jantung lembu yang bersaiz lebih besar, berbanding dengan jantung ayam. Kecik sangat sampai apa pun tak nampak nanti.


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
2. Perlu bedah pada bahagian jantung dengan betul. Sebab silap bedah, jantung hancur dan tak boleh nampak pun bahagian dalam jantung tu.

3. Masa tempah jantung juga, pesan dengan pakcik jual daging lembu tu jangan potong urat-urat tu rapat sangat dengan jantung. Nanti susah nak pastikan salur darah mana satu nanti.

4. Setelah kenalpasti salur darah yang berkenaan, masukkan juga air daripada satu salur darah untuk tunjukkan bahawa salur-salur darah tersebut terpisah oleh septum.




Alhamdulillah semua tips-tips nih sangat membantu saya dalam bersedia untuk menjalankan aktiviti membedah jantung lembu tersebut dengan baik. 


Booking Jantung Lembu
Jadi seminggu sebelum aktiviti dijalankan saya cuba tempah dengan pakcik jual daging lembu tempatan di pasar basah berdekatan. Pakcik nih memang baik. Katanya, kena tempah awal, sebab kalau tak, kebiasaanya mereka akan siap-siap belah untuk dibahagikan sama rata. 

Harganya bergantung kepada saiz jantung lembu. Kebetulan pula masa hari tempahan, saya dapat jantung lembu dengan saiz yang agak besar. Kosnya lebih kurang RM70. Dan seperti yang dipesan, supaya urat / salur darah tu tak dipotong dengan terlalu pendek. Thank you pakcik!


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Sampai jer di sekolah saya mohon supaya pembantu makmal, Kak Linda supaya membantu saya membersihkan jantung lembu tersebut. Bersihkan daripada darah, dan juga buang sket lemak-lemak yang menyelaputi jantung lembu tu. Lepas dah bersihkan, baru lah nampak sket jantung yang sangat sihat tu. 

Sambil menunggu murid datang, saya sempat lagi study-study video kat Youtube, bagi mengelakkan semaksimum mungkin kesilapan semasa membedah jantung tersebut. Saya juga dibantu oleh Puan Rozita, Pegawai SISC+ yang dah datang awal nak sertai bersama sesi perkongsian amalan terbaik tersebut. 


Jom Bedah Jantung Lembu!
Maka seperti yang dijanjikan operasi membedah jantung lembu pun dilakukan. Nervous juga sambil diperhatikan oleh murid 3 Arif, guru-guru Sains, pembantu makmal, pegawai SISC+ dan Pengetua. Hahhahaa.. Bismillah dari mula sampai lah ke habis.

Bersama anak lelaki kesayangan kelas 3 Arif
Bersama anak perempuan kesayangan kelas 3 Arif
Yang penting nak mula nya tu kena kenalpasti bahagian depan jantung.. Ada ditunjukkan dalam video pembedahan jantung lembu nanti ya. Gunakan pisau pembedahan yang tajam dan juga sarung tangan yang bersih ya! Ok boleh saksikan video penuh kat bawah ya..



Alhamdulillah, saya happy sangat sebab pembedahan berlangsung dengan baik sekali. Bahagian yang dipotong tu memang cun sangat tempat nya, dan bahagian dalam dapat dilihat dengan sangat jelas. Tepat kena kat septum. Hehehhehe... 

Maka saya gunakan peluang tu untuk murid melihat dengan teliti setiap bahagian jantung, termasuk perbezaan dinding jantung dan salur darah yang sesuai denagn fungsi mereka masing-masing. Semua pun happy sebab dapat tengok dengan mata kepala mereka sendiri.


Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Prosedur Mudah Bedah Jantung Lembu [FULL]
Disebabkan peluang rare ini bukannya selalu datang, maka saya biarkan di atas meja makmal, di samping menjemput seramai mungkin murid daripada tingkatan dan kelas lain untuk sama-sama melihat jantung lembu yang telah dibedah tersebut. 

Nampak sungguh bagaimana pembelajaran yang secara kontekstual boleh memberikan impak berbeza dan bermakna kepada murid. 


Yang penting pengalaman pada hari ini, sangat bermakna buat saya. Satu aktiviti pembelajaran untuk murid, tetapi memberi kepuasan kepada diri sendiri dan juga semoga menjadi panduan berguna buat guru lain yang juga mungkin memerlukan. Semoga bermanfaat dan membantu!








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/02/prosedur-mudah-bedah-jantung-lembu-full.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uyaina Arshad Tangguh Bedah Jantung

Uyaina Arshad Tangguh Bedah Jantung

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 473 hits
Secara luaran dia tampak sihat Melihat senyuman manis yang terukir di bibir Uyaina Arshad tiada siapa menyangka bahawa si cantik itu sedang diduga masalah kesihatan pada usia yang masih muda Sekitar Mac lalu pelakon dan pengacara berusia 27...
Cara Mudah Step By Step Buat Kerepek Pisang Yang Sedap Dan Rangup

Cara Mudah Step By Step Buat Kerepek Pisang Yang Sedap Dan Rangup

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1373 hits
As Salam Cara Mudah Buat Kerepek PisangYang Sedap dan Rangup Alhamdulillah kami sekeluarga selamat menziarah kedua ibu bapa mertua di Muo Johor pada cuti hujung minggu yang panjang ini Memang tercapai hajat kami anak beranak nak berbuka den...
Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif

Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 489 hits
Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom EksklusifProduk baru datang lagi Suka tau althea korea buat produk yang sangat comel Dah cantik murah kadang dah beli sayang tau nak guna Kali ini Althea ada keluarkan produk ...
Jangan Ambil Mudah Ibu Hamil Yang Hampir Due Date Tidak Digalakkan Berpuasa

Jangan Ambil Mudah Ibu Hamil Yang Hampir Due Date Tidak Digalakkan Berpuasa

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 388 hits
Kajian perubatan mendapati 70 peratus daripada wanita Muslim yang hamil memilih untuk terus berpuasa sepanjang Ramadan selagi mampu Namun ada beberapa perkara yang anda perlu peka dengan beberapa perkara yang memerluka anda untuk tidak mene...
11 Langkah Mudah Buat Sendiri Roti Canai Home Made Di Rumah Rangup Dan Lazat

11 Langkah Mudah Buat Sendiri Roti Canai Home Made Di Rumah Rangup Dan Lazat

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 435 hits
Kalau tak nasi lemak mesti Roti canai telah menjadi salah satu menu wajib di Malaysia dan sentiasa dirindui bila keluar melancong ke luar negara Disebabkan itu kita sering mencari roti canai dikedai kedai mahupun restoran yang menyajikannya...
Menko Darmin Dorong Ekspor Makin Tak Mudah Setelah Perang Dagang Meningkat

Menko Darmin Dorong Ekspor Makin Tak Mudah Setelah Perang Dagang Meningkat

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 477 hits
Pemerintah Jokowi JK mengaku kesulitan untuk menggenjot ekspor di tengah situasi perang dagang antara Amerika Serikat dan China Apalagi perang dagang antar kedua negara tersebut diprediksi bakal berlangsung lama
Resepi Mee Hailam Mudah

Resepi Mee Hailam Mudah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 478 hits
Mee hailam merupakan antara menu kegemaran anak bujang CN Kalau Irfan dia akan cakap mee kicap Berbeza dengan mee kicap mee hailam ini rasa lada sulah dan kesat kesat sikit pada lidah Memang sedap dan mudah disediakan Bagi anda yang ingin m...
Resipi Lauk Kampung Asam Pedas Ikan Kembung Paling Mudah Sedap Tak Hanyir

Resipi Lauk Kampung Asam Pedas Ikan Kembung Paling Mudah Sedap Tak Hanyir

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1634 hits
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengahari ni Menu perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba Memang mudah yang paling penting sangat sedap ASAM PEDAS IKAN KEMBUNGBAHAN BAHAN 6 ekor ikan potong 22 kunt...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi