Uyaina Arshad Tangguh Bedah Jantung






Secara luaran, dia tampak sihat. Melihat senyuman manis yang terukir di bibir Uyaina Arshad, tiada siapa menyangka bahawa si cantik itu sedang diduga masalah kesihatan pada usia yang masih muda.

Sekitar Mac lalu, pelakon dan pengacara berusia 27 tahun disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel (SVT) dan injap jantung.

SVT ialah ritma jantung yang luar biasa cepat ekoran aktiviti elektrik yang tidak betul di bahagian atas jantung.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Uyaina atau nama sebenarnya, Shaidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia harus mengutamakan penjagaan kesihatan melalui pemakanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Doktor beritahu, saya perlu mengawal pemakanan. Ada sesetengah makanan tidak boleh makan. Saya dilarang minum air kopi kerana akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah laju.

“Saya perlu bersenam untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran tayangan perdana program raya Astro di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya sama ada doktor mengesyorkan pembedahan untuk mengubati komplikasi jantung yang dihidapi, jawab Uyaina: “Buat masa sekarang, doktor mahu menangguh pembedahan selagi boleh. Kalau pun ada pembedahan dilakukan, itu untuk memulihkan injap jantung berlebihan yang saya miliki. Orang normal ada tiga, tetapi saya ada empat.

“Jika pembedahan dilakukan, jantung ‘baharu’ itu hanya akan bertahan untuk tempoh antara 20 hingga 30 tahun. Bermakna, pada usia 50 tahun kelak, saya mungkin perlu menjalani pembedahan sekali lagi.

“Jadi, buat masa sekarang, saya kena bertahan dengan ubat-ubatan. Makan pada masa yang ditetapkan. Insya-Allah, kalau saya sudah bersedia, saya akan menjalani proses pembedahan.”

Menceritakan tentang detik sebelum disahkan mempunyai komplikasi jantung, ujar Uyaina, dia dimaklumkan penyakit berkenaan ketika mendapatkan rawatan pada 11 Mac lalu selepas sedar daripada pengsan di rumah.

“Ketika pemeriksaan di klinik, jantung saya mencatat lebih 200 denyutan per minit. Degupan jantung manusia normal sekitar 90 hingga 200 per minit. Kemudian, apabila pulang ke rumah, tubuh badan menjadi pucat dan berpeluh secara tiba-tiba sebelum pengsan lagi.

“Saya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengalami komplikasi jantung yang agak serius. Memang terkejut dan tidak menjangka sama sekali.

Semakin diterima

“Apatah lagi, sebelum itu memang saya tiada sebarang tanda tentang penyakit yang dihidap memandangkan saya jenis aktif. Namun arwah datuk sebelah mak juga meninggal disebabkan penyakit jantung. Saya sedih dan asyik fikir soal mati saja,” katanya.

Ketika bertemu doktor, pelbagai perkara yang bermain dalam fikirannya kerana amat khuatir dengan status kesihatan.

“Doktor tanya saya, sama ada pernah ambil dadah atau minum minuman keras sebaik sahaja memberitahu saya mempunyai masalah jantung.

“Sejujurnya, apabila sesak nafas dan badan berpeluh, saya syak memang ada sesuatu yang tidak kena dengan badan saya. Saya takut kalau dibiarkan, injap jantung akan bocor dan keadaan semakin teruk,” terang Uyaina.

Disuakan pertanyaan, bagaimana kerjaya seninya sebagai pelakon memberi impak terhadap kesihatan jantungnya, jawab Uyaina: “Doktor kata saya tidak boleh terlalu tertekan. Biarpun jadual lakonan tidak menentu dan sibuk, saya gembira melakukannya.

“Kadang-kadang risau juga ingin melakonkan watak yang memerlukan saya untuk bermain dengan jiwa rentan. Bagaimanapun, buat masa sekarang semua okey. Alhamdulillah.”

Emosi

Berbicara tentang kerjaya lakonannya yang semakin mewangi, Uyaina bersyukur walaupun berdepan dengan masalah kesihatan, kudratnya masih boleh digunakan untuk mencari rezeki.

“Semuanya bertitik tolak daripada peluang membintangi drama Lelaki Kiriman Tuhan. Saya memegang watak sebagai Maryam.

“Pertama kali berlakon, Alhamdulillah saya mendapat respons yang baik daripada penonton,” katanya.

Kemudian, Uyaina terus mencuri tumpuan apabila memainkan peranan sebagai Fariza dalam drama yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria berjudul Curi Curi Cinta.

Kata Uyaina, watak Fariza memerlukan penghayatan emosi yang lebih mendalam berbanding watak lain yang pernah dijayakan sebelum ini.

“Banyak adegan menangis. Sebagai pelakon baharu , untuk tukar ‘suis’ daripada gembira menjadi sedih, sangat mencabar.

“Mujur saya mendapat banyak tunjuk ajar daripada pelakon senior seperti Fauziah Nawi. Sebelum turun ke set penggambaran, saya sempat mengikuti kelas lakonan bersama beliau sebanyak tiga kali,” katanya

Bukan sahaja di Malaysia, Uyaina juga giat membina nama di negara jiran, Indonesia. Di sana, dia terlibat dengan penggambaran sinetron Pintu Berkah Ramadan dan tugas pengacaraan program Akademi Sahur Indonesia

“Hari terakhir puasa baru saya akan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah rezeki tidak putus. Bulan Jun nanti saya rancang mahu bercuti dan berehat selama sebulan dan fokus sebagai pengacara sambilan Wanita Hari Ini (WHI) sahaja,” tutur Uyaina menggulung bicara.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/uyaina-arshad-tangguh-bedah-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Disahkan Hidap Kompiikasi J4ntung Perkembangan Terkini Uyaina Arshad Sangat Menyedihkan

Selepas Disahkan Hidap Kompiikasi J4ntung Perkembangan Terkini Uyaina Arshad Sangat Menyedihkan

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 699 hits
Puteri Muslimah Asia Uyaina Arshad terpaksa melupakan hasrat untuk bercuti ke Austria ketika musim panas di negara itu selepas disahkan menghidap penyakiit j4ntung Selepas disahkan Hidap kompIikasi j4ntung Perkembangan terkini Uyaina Arshad...
Selesai Bedah Jantung Ustaz Ismail Kamus Buat Terawih Atas Katil Wad

Selesai Bedah Jantung Ustaz Ismail Kamus Buat Terawih Atas Katil Wad

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 821 hits
Beberapa hari lalu timbul dakwaan mengatakan pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus telah meninggal dunia yang menjadi tular di laman media sosial Namun perkara itu tidak benar sama sekali setelah disahkan oleh Exco Penerangan Pusat Rawatan ...
Alif Hidap Penyakit Jantung Berlubang Sejak Usia 26 Hari Perlukan Dana Rm30 000

Alif Hidap Penyakit Jantung Berlubang Sejak Usia 26 Hari Perlukan Dana Rm30 000

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 339 hits
Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan menghidap penyakit jantung berlubang memerlukan dana RM30 000 untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pada Julai ini Muhammad Alif Luthfi Noraznan menghidap penyakit itu semejak dia berusia 26 hari Ib...
Alif Perlukan Rm30 000 Jalani Pembedahan Jantung Berlubang

Alif Perlukan Rm30 000 Jalani Pembedahan Jantung Berlubang

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan memerlukan RM30 000 untuk menjalani pembedahan jantung berlubang dijangka Julai ini Ibunya Liza Martini Tahir 40 berkata anaknya Muhammad Alif Luthfi Noraznan menderita penyakit itu sejak...
Tam Mati Akibat Kegagalan Jantung Dan Paru Paru

Tam Mati Akibat Kegagalan Jantung Dan Paru Paru

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 399 hits
Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru paru Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 28 May 2019 10 00PM
9 Makanan Sumber Serotonin Untuk Tidur Yang Lena Dan Jantung Sihat

9 Makanan Sumber Serotonin Untuk Tidur Yang Lena Dan Jantung Sihat

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 493 hits
Serotonin merupakan hormon penting di dalam tubuh yang mempengaruhi kesihatan hati dan pola tidur yang lena juga mampu mengawal tekanan darah adalah zat amino Tryptophan yang boleh diperolehi dari makanan yang kemudian diangkut ke otak kemu...
Bayi Melintang Ibu Enggan Bedah Jalan Dah Buka 6cm Tangan Bayi Terjulur Akhirnya Emergency Czer

Bayi Melintang Ibu Enggan Bedah Jalan Dah Buka 6cm Tangan Bayi Terjulur Akhirnya Emergency Czer

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 739 hits
Seorang wanita hamil 38 minggu pergi ke hospital swasta Dia telah dimaklumkan oleh hospital kerajaan bahawa dia perlu melalui kelahiran secara pembedahan kerana bayi dalam kandungannya berkedudukan melintang Wanita tersebut tidak bersetuju ...
Alami Bocor Jantung Bayi Di Ntb Butuh Bantuan Untuk Pengobatan

Alami Bocor Jantung Bayi Di Ntb Butuh Bantuan Untuk Pengobatan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 239 hits
Naira Nur Aqilla bayi berusia 6 bulan putri dari Budi Hartono dan Nurfitriani asal Desa Penyaring Kabupaten Sumbawa Nusa Tenggara Barat mengidap penyakit jantung bocor Dia membutuhkan bantuan untuk pengobatan
Ismail Kamus Selesai Jalani Pembedahan Jantung

Ismail Kamus Selesai Jalani Pembedahan Jantung

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 513 hits
Pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menjalani pembedahan jantung semalam Menurut akaun Facebook Dewan Pemuda Pas Kuala Langat Ismail 71 telah selamat menjalani pembedahan melibatkan j...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Hari Ke 29 Rezeki Datang

Fast Paced Roulette Action Spin Win At 389sports Login

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Bahan Kimia Pengganggu Endokrin Dan Kesuburan Anda

Pn Belum Habis Mengigau

Don Did Chinese Emperor Reveal Pas Hypocrisy Or Newfound Tolerance