Promis Fungsi Kelebihan Panduan Login


Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau Property Management Information System (ProMIS) merupakan sistem yang menggantikan Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH).
Untuk makluman, sebelum ini SBBPH merupakan sistem tempahan rumah peranginan dan pelbagai fasiliti kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.
Mengenai ProMIS Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau Property Management Information System adalah sistem baharu yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM).
Ia juga dibangunkan dengan kerjasama 20 agensi kerajaan dan dua syarikat swasta, menggantikan sistem terdahulu iaitu SBBPH.
Sistem ini merupakan sistem digital baharu yang dijangka merevolusikan pengurusan kuarters, bangunan kerajaan dan rumah peranginan Persekutuan.
Ia telah dilancarkan pada 26 Jun 2025 untuk menggantikan SBBPH yang akan mula ditutup pada 3 Julai 2025 (Khamis) jam 11.30 malam dan akan digantikan dengan ProMIS bermula 7 Julai (Isnin), jam 12.00 tengah hari.
Oleh kerana itu, semua perkhidmatan atas talian BPH yang selama ini dapat dicapai melalui SBBPH akan terhenti sehingga ProMIS mengambil alih.
Fungsi ProMIS Antara fungsi sistem ini adalah seperti berikut:
Menyemak dan memproses permohonan: Digunakan untuk menyemak dan memproses permohonan menduduki hartanah, seperti kuarters. Mengagihkan hartanah: Pengagihan hartanah kepada pemohon yang layak, berdasarkan lokasi dan kriteria lain. Menguruskan dokumen: Pengurusan dokumen berkaitan seperti surat tawaran dan kunci kuarters. Mengemaskini rekod: Memastikan rekod penghuni dan hartanah sentiasa dikemaskini. Penyimpanan dan akses maklumat: Tempat penyimpanan maklumat hartanah yang terpusat dan mudah diakses oleh pihak yang berkenaan. Penilaian dan pelaporan: Digunakan untuk menjana laporan dan penilaian berkaitan pengurusan hartanah. Kelebihan ProMIS Kelebihan sistem ini adalah seperti berikut:
Memudahkan urusan dan lebih teratur. Direka untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja pengguna. Semua data penting akan dipindahkan ke sistem ini dan tidak hilang. Sistem ini menggunakan sambungan selamat (https) dan semua data disimpan secara sulit. Kategori Pengguna Kategori pengguna yang boleh login sistem ini adalah seperti berikut:
Individu
– Penjawat Awam (Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun / ATM / PDRM)
– Penjawat Awam Kontrak
– Hakim
– Pesara Awam Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun / ATM / PDRM)
– Pesara Hakim
– Pengguna Awam Syarikat/Pertubuhan Panduan Login Terdapat 2 pengguna yang boleh login sistem ini iaitu:
i- Panduan Login Individu
UM – Pengurusan Akaun Pengguna IndividuDownload ii- Panduan Login Syarikat/Pertubuhan
UM – Pengurusan Akaun Pengguna SyarikatDownload Soalan Lazim Adakah sistem ini lebih mudah digunakan berbanding SBBPH? Ya, ProMIS lebih senang digunakan. Paparan antaramuka lebih jelas dan setiap proses disusun langkah demi langkah supaya tidak mengelirukan.
Adakah semua maklumat dari sistem SBBPH akan sama 100% dengan sistem ini? Secara umumnya, semua data penting akan dipindahkan ke sistem ini. Pihak teknikal akan memastikan maklumat pengguna, permohonan dan rekod terdahulu tidak hilang.
Kenapa perlu daftar dan bagaimana maklumat saya disahkan? Pendaftaran penting untuk memastikan hanya pengguna yang sah boleh mengakses dan menggunakan sistem. Maklumat asas seperti nama, jawatan dan agensi akan disemak secara automatik melalui integrasi dengan sistem agensi berkaitan.
Adakah semua maklumat saya dalam SBBPH akan sama dan tidak berubah? Contohnya No. Giliran Tawaran Kuarters dan Permohonan Rumah Peranginan. Ya. Sistem ini menggunakan sambungan selamat (https) dan semua data disimpan secara sulit dan terlindung menggunakan teknologi penyulitan (encryption). Setiap tindakan pengguna juga direkodkan sepenuhnya untuk tujuan pemantauan dan keselamatan.
Bagaimanakah sekiranya, e- mel untuk ID & Kata Laluan sementara yang telah ditetapkan semula tidak diterima? Sekiranya e-mel untuk ID & Kata Laluan sementara yang telah ditetapkan semula tidak diterima, sila ikuti langkah- langkah berikut:
– Semak e-mel di peti masuk SPAM/Junk Mail
– Semak semula alamat e-mel dan kemas kini sekiranya perlu.
Info Lanjut Info lanjut mengenai sistem ProMIS, sila layari laman web https://promis.bph.gov.my/.
Baca juga: Sewa SST 8%: Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa atau Pemilik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/promis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=promis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seni Sabar Dalam Islam Panduan Praktikal Menurut Ibn Qud Mah

Seni Sabar Dalam Islam Panduan Praktikal Menurut Ibn Qud Mah

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 186 hits
Sabar memang mudah dilafazkan tetapi realitinya ia sangat sukar untuk diterjemahkan dalam kehidupan Kita tahu sabar itu penting Kita juga tahu Allah memuliakan orang yang bersabar Tapi mengapa setiap kali diuji hati tetap gelisah Mulut mula...
Dividen Koperasi Tnb Panduan Pengeluaran

Dividen Koperasi Tnb Panduan Pengeluaran

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 201 hits
Koperasi Tenaga Nasional Berhad merupakan antara koperasi terkemuka di Malaysia yang telah lama memberi manfaat kepada ahli melalui pelbagai produk kewangan pinjaman dan pelaburan Bagi anggota Koperasi Tenaga Nasional Berhad setiap tahun pa...
Cara Ikat Tie Panduan Ikat Tie Dengan Mudah Sesuai

Cara Ikat Tie Panduan Ikat Tie Dengan Mudah Sesuai

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 136 hits
Bagi mereka yang tidak mengetahui untuk mengikat tali leher terdapat cara ikat tie dengan mudah yang boleh dipelajari Ini bagi memastikan tali leher yang dipakai kelihatan kemas dan profesional Maksud Tali Leher Tie Menurut Pusat Rujukan Pe...
Panduan Kenal Signal Palsu Menipu

Panduan Kenal Signal Palsu Menipu

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 128 hits
Panduan Kenal Signal Palsu Menipu Tulis Ketepatan 90 tapi tiada bukti audit prestasi Guna ayat Join dulu nanti faham sendiri Terus minta yuran VIP tanpa tunjuk isi sebenar group Admin delete signal yang salah dan hanya pamer signal yang bet...
Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 209 hits
Cara Langgan Starlink di Malaysia Panduan Lengkap 2025 Starlink ialah perkhidmatan internet satelit dari SpaceX yang semakin popular di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar yang tiada liputan fiber Jika anda sedang cari cara untuk la...
Nak Kerja Singapura Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula Ini Panduan Paling Senang

Nak Kerja Singapura Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula Ini Panduan Paling Senang

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 184 hits
Nak Kerja Singapura Tapi Tak Tahu Mana Nak Mula Ini Panduan Paling Senang Ramai rakyat Malaysia bercita cita untuk bekerja di Singapura kerana gaji yang lebih tinggi dan peluang kerjaya yang luas Tapi masih ramai yang keliru nak mula dari m...
Panduan Mendaftar Google Adsense Pengalaman Susah Senang

Panduan Mendaftar Google Adsense Pengalaman Susah Senang

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Baru baru ni ada beberapa pertanyaan dari blogger baru tentang Google Adsense Ada yang mintak kongsikan info dan pengalaman meletakkan iklan Google Adsense di blog SA bukan la pandai sangat bab Google Adesense ni tapi dah la...
Talula Hill Farm Resort Kluang Panduan Lengkap 2025

Talula Hill Farm Resort Kluang Panduan Lengkap 2025

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 178 hits
Talula Hill Farm Resort Kluang adalah salah satu pilihan penginapan terbaik di Malaysia yang menawarkan ketenangan alam semula jadi suasana mesra keluarga serta kemudahan yang serba serbi moden Resort ini menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa...
Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 283 hits
Cara Beli EV Charger Rumah di Malaysia Panduan Kos Pemasangan 2025 Dengan semakin banyak kereta elektrik memasuki pasaran Malaysia seperti Tesla BYD dan Smart semakin ramai pemilik kenderaan mula mencari EV charger rumah yang sesuai untuk k...
Beware Of Tiktok Account Falsely Claiming To Be The Star Journalist

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis

Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Kenangan Membesar Di Rumah Tengah Sawah Padi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restu Presiden Prabowo Untuk Naturalisasi Mauro Zijlstra Arah Baru Regenerasi Timnas Indonesia

Bacalah Anak Ku Program Intervensi Mentoring

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Boikot Produk Berkaitan Israel Ppim Gesa Boikot Mi Segera Maggi Sin Chew Daily 31 07 2025

Drama Seadanya Kita