Projek Tambak Laut Bahagian Selatan Pulau Pinang Nelayan Dakwa Pampasan Tidak Masuk Akal Dengan Projek Bertaraf Mega


 

Golongan nelayan yang terjejas dengan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini mendakwa pampasan yang ingin diberikan kerajaan negeri kepada mereka tidak setimpal dengan projek bertaraf mega yang bakal dibangunkan di kawasan itu.
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) Mahadi Md Rodzi berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan selain faktor kehilangan pendapatan nelayan yang dilihat akan kekal.
"Pampasan RM20,000 amat tidak logik dengan cadangan bayaran pula ada yang tidak dibayar sepenuhnya. Bayaran kepada nelayan di kawasan paling dekat dengan pulau A iaitu Permatang Damar Laut akan dibayar dahulu sebanyak 75 peratus manakala bakinya dicadangkan RM800 setahun.
"Bagi nelayan di Sungai Batu dan Gertak Sanggul (nelayan di bawah kategori A) pula dibayar 25 peratus daripada jumlah pampasan manakala nelayan bagi kategori B hanya RM4,000 dicadangkan untuk dibayar secara 'one off' serta tiada cadangan pampasan kepada nelayan di seluruh negeri yang diletakkan di bawah kategori C," katanya kepada Bernama.


Mahadi berkata persatuan itu sehingga kini tetap dengan pendirian mereka iaitu membantah cadangan projek terbabit.
Mengenai beberapa pakej lain yang dijangka diberikan kerajaan negeri antaranya pemerkasaan seperti pembinaan jeti baharu, koperasi nelayan, skim tuisyen dan pendidikan untuk anak-anak, skim latihan untuk nelayan dan peluang pekerjaan bagi mereka yang layak, Mahadi berkata ia dilihat tidak mampu meyakinkan nelayan.
"Kita sedia maklum peruntukan kerajaan untuk jeti selama ini tidak pernah putus diterima manakala koperasi juga tidak perlu kerana majoriti nelayan menjadi ahli dalam persatuan nelayan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971.
"Latihan apa yang hendak diberikan kepada nelayan, peluang pekerjaan apa yang ada, adakah nelayan perlu beralih ke bidang lain," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengulas mengenai perkara itu berkata sumbangan tunai tersebut merupakan sebahagian daripada pakej untuk meningkatkan taraf hidup nelayan di kawasan itu yang akan diumumkan pada Khamis ini.
Di bawah projek PSR, kerajaan negeri mencadangkan projek pembangunan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke perairan Permatang Damar Laut.
Projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion itu, turut melibatkan pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau dan juga tanah besar, lebuh raya, LRT, monorail dan jaringan bas menyeluruh, antara bahagian pulau dan Seberang Perai.
-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/projek-tambak-laut-bahagian-selatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Pulau Pinang Kumpul Tandatangan Gesa Projek Pulau Pinang Dikembalikan

Dap Pulau Pinang Kumpul Tandatangan Gesa Projek Pulau Pinang Dikembalikan

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 175 hits
DAP Pulau Pinang melancarkan kempen mengumpul tandatangan rakyat dalam usaha menggesa kerajaan Perikatan Nasional untuk mengembalikan empat projek infrastruktur di negeri ini yang dibatalkan Setiausahanya Senator Lim Hui Ying berkata kempen...
Tiada Penurunan Jumlah Kenderaan Di Pulau Pinang

Tiada Penurunan Jumlah Kenderaan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 265 hits
Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula Rabu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Ab...
Rakyat Pulau Pinang Diminta Terima Keputusan Pkp Chow Kon Yeow

Rakyat Pulau Pinang Diminta Terima Keputusan Pkp Chow Kon Yeow

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 320 hits
Kerajaan Pulau Pinang meminta semua rakyat di negeri ini menerima keputusan dan memberi kerjasama demi menjayakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam tempoh dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow b...
Timbalan Menteri Kkmm Datuk Zahidi Zainul Abidin Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Pulau Pinang

Timbalan Menteri Kkmm Datuk Zahidi Zainul Abidin Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 339 hits
93 total views 93 views today Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan dijangkiti Covid 19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Twitter r...
Aktiviti Masjid Surau Di Pulau Pinang Ditangguhkan

Aktiviti Masjid Surau Di Pulau Pinang Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 258 hits
Solat fardu dan Jumaat bagi orang awam antara aktiviti masjid yang ditangguhkan di Pulau Pinang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini sehingga 26 Januari depan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025

Daiyan Trisha Feat Alfie Zumi Jom Raya Chord

Penerangan Jenis Jenis Tebuan Di Malaysia

Senarai Dan Jenis Tupai Di Malaysia

Diam Dan Jujur Itu Bijak

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn