Projek Ppa1m Presint 11 Indah Khabar Dari Rupa


Sedih membaca berita macam ni.
Ia berlaku pada penjawat awam kerajaan Malaysia, dan ia berlaku di dalam kawasan pentadbiran Kerajaan Malaysia iaitu di Putrajaya.
Bayangkanlah jika kakitangan kerajaan, di kawasan kerajaan pun ditindas sebegini, bagaimana pula dengan pembeli biasa di kawasan yang jauh daripada mata dan telinga kerajaan?
Adakah ini bermakna pemaju yang sebangsat ini boleh sesuka hati mempermainkan para pembeli?
Pemaju bangsat ini tentu sahaja bahagia kerana pihak bank akan tetap membuat bayaran kepada mereka manakala pembeli pula menanggung derita.
Semuanya atas dasar kenyang perut sendiri.
Semoga kerajaan akan bertindak tegas dan menghukum pemaju sebegini, barulah boleh bertahan lama sebagai sebuah kerajaan, apabila rakyat melihat yang salah dihukum dan yang tidak bersalah dilindungi.
Bukan hanya politik, politik, politik... semua benda nak dipolemikkan sebagai isu politik, bukan atas dasar kepentingan rakyat.
PUTRAJAYA: Bangunan projek perumahan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Presint 11, nampak indah pada mata kasar tetapi tanggapan itu meleset jika dilihat secara dekat dan terperinci.
Apa yang lebih membimbangkan, struktur bangunan berkenaan juga didakwa boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk kerana dikatakan tidak mengikut spesifikasi pembinaan yang ditetapkan.
Tinjauan BH di projek berkenaan mendapati, ada sebahagian dinding unit rumah terbabit turut 'dicampur' polisterin dan kertas beg simen sebelum ia ditutup menggunakan bancuhan simen.
Selain itu, pintu di kediaman itu juga tidak dipasang dengan betul sehingga menyukarkan penduduk untuk menutup dan membuka pintu terbabit.
Pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Aminah, 36, berkata disebabkan terlalu banyak kerosakan yang berlaku di rumahnya, beliau terpaksa duduk di rumah lain terlebih dahulu dan terpaksa membayar kos untuk dua rumah pada satu masa walaupun tidak menetap di situ.
Katanya, pelbagai aduan di beberapa kementerian sudah dibuat, namun sehingga kini tiada perkembangan lanjut mengenai penyelesaian masalah berkenaan.
"Saya sudah membayar rumah ini hampir sembilan bulan, namun hanya bayar semata-mata tanpa berpeluang menduduki rumah ini. Saya juga sudah menghubungi pemaju, mereka memberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya.
"Dari hari ke hari, tempoh yang diberikan terpaksa dipanjangkan dan kini ia sudah memasuki bulan ke sembilan. Ada sahaja alasan yang diberikan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Ada juga pihak pemaju datang betulkan seperti membaiki lantai jubin ini, namun hasilnya tidak memuaskan dan hanya membaikinya secara ala kadar dan tangkap muat," katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Aminah berkata, beliau sudah berbelanja lebih RM28,000 kerana selain membayar rumah berkenaan secara bulanan, pihaknya juga terpaksa membayar yuran penyelenggaraan di kediaman terbabit, kos guaman, cukai serta laporan kerosakan.
"Saya lihat masalah ini seperti tiada harapan untuk diselesaikan, pelbagai alasan diberikan oleh pihak pemaju namun keadaan rumah saya masih seperti ini.
"Harga yang dikenakan di rumah ini agak tinggi, namun kualiti barangan serta hasil kerjanya tidak seperti yang dibayar. Saya sedih dan penat kerana setiap bulan gaji dipotong untuk membayar rumah ini namun tidak dapat mendudukinya," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd. Oleh Noor Atiqah Sulaiman. 20200528.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2020/05/projek-ppa1m-presint-11-indah-khabar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggal 6 Hari Lagi Pkpb Dijadual Tamat Khabar Gembira Tetap Dinanti Rakyat

Tinggal 6 Hari Lagi Pkpb Dijadual Tamat Khabar Gembira Tetap Dinanti Rakyat

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 334 hits
Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID 19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini Menuju kir...
Pkpb Sedikit Sinar Penghujungnya Sudah Kelihatan Khabar Gembira Dinanti

Pkpb Sedikit Sinar Penghujungnya Sudah Kelihatan Khabar Gembira Dinanti

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 3 Jun Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID 19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di ne...
Redzuan Tolak Khabar Angin Letak Jawatan Lapor Media

Redzuan Tolak Khabar Angin Letak Jawatan Lapor Media

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 705 hits
Redzuan tolak khabar angin letak jawatan lapor media Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2020 2 51PM
Khabar Angin Hayat Kerajaan Pn Berada Dalam Genggaman Anwar Ibrahim

Khabar Angin Hayat Kerajaan Pn Berada Dalam Genggaman Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 388 hits
Bermula semalam beberapa maklumat yang Tulang Besi telah cuba untuk memastikan kesahihannya Secara amnya semua maklumat2 ini tidak ada kenyataan rasmi tapi sudah timbul dari sumber sumber yang boleh dipercayai 1 Sekarang ini hanya bergantun...
Peniaga Pasar Pagi Taman Cheras Indah Diminta Sabar

Peniaga Pasar Pagi Taman Cheras Indah Diminta Sabar

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 386 hits
SHAH ALAM 18 MEI Peniaga pasar pagi di Taman Cheras Indah yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan dan PKP Bersyarat diminta bersabar serta terus bertahan Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim berkata larangan yang dikuatk...
Mengintip Keunikan Pulau Morgan Di Amerika Serikat Pulau Indah Yang Hanya Dihuni Ribuan Monyet

Mengintip Keunikan Pulau Morgan Di Amerika Serikat Pulau Indah Yang Hanya Dihuni Ribuan Monyet

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 287 hits
Nggak dihuni manusia sama sekali berkunjung ke sana kamu akan disambut lebih dari 4 ribu ekor monyet Ngeri
Lirik Lagu Mimpi Indah Apit

Lirik Lagu Mimpi Indah Apit

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 431 hits
Lirik Lagu Mimpi Indah Apit Sekian lama terpisah Akhirnya kita berjumpa Bagai sebuah cerita cinta Senyuman yang kau ukirkan Selalu bermain dimata Hingga terbawa didalam lena Bilaku pejam mata Dirimu yang menjelma Bertemu kita didalam mimpi ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perfume Kereta Gel Blank X Syahmisazli Original Pewangi Kereta Viral 100 Original

Sebarkan Mengenai Lane Hogger

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Beli Monitor Refurbished Untuk Pc

Living Comfortably During Recovery The Hidden Value Of Modern Apartments Abroad

Ismanira Jawab Dakwaan Buat Muka Kosong Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan Saya Tak Faham Mengapa Dia