Projek Pengubahsuaian Bahagian Dapur Rumah
22 Mac 2022 (Selasa)Hari pertama memulakan langkah tanpa menoleh ke belakang
Dah pernah berbuah.
Dah pernah merasa.
Dan ini 'keturunannya' yang terakhir.
Tak sempat nak merasa buah mata kucing dari pokok ni.
Permulaan segalanya.. berhabuk dah tentu.
Kita buat rangka luar dulu sebelum operasi memecah dinding dalam rumah dimulakan
Pecah + tutup.
Ini bilik asal, bukan bilik tambahan
Penyelia melawat kawasan.
Operasi diteruskan di dalam bahagian rumah.
Kepingan demi kepingan dikeluarkan
Hasil kerja dari kontraktor yang dilantik
Sebahagian kenangan yang ada
Ramadan 20223 April 2022 (Ahad)Hari pertama menyambut Ramadan 2022 dan berbuka puasa di rumah mySIL dek keadaan rumah yang belum 'sempurna'.
Selepas 28 hari..
Alhamdulillah, akhirnya hari ke-16 Ramadan bersamaan 18 April 2022 (Isnin) siap sepenuhnya projek pengubahsuaian bahagian dapur rumah
Keesokkan harinya, pada 19 April 2022 (Selasa), mengerah tenaga memulakan proses mengemas kembali ruang rumah yang kotor + berdebu. Waktu ni aku dah mula rasa sakit pinggang, penangan ubat yang aku ambil, maka, kebanyakkan masa, aku cuma mengarah
Apa-apapun kita siapkan ruang memasak terlebih dahulu bagi menggantikan dapur gas stove camping yang digunakan untuk memasak juadah berbuka dan bersahur.
Terima kasih di atas khidmat bakti yang telah kau curahkan buat aku sekeluarga
20 April 2022 (Rabu)Walau rumah tidak sebesar mana tapi dengan barang-barang yang ada, pening jugak nak memulakan penyusunan semula, menyisih mana yang tidak perlu dan membuang mana yang tidak lagi boleh digunakan
Sakit pinggang tapi kemas tetap kena kemas, membantu mana yang mampu dan larat. Alah.. aku banyak mengelat sebenarnya dan lebih kepada memberi arahan. Paling teruk pun dengan bantuan troli, aku, dak Adik dengan dak Nuha bekerjasama mengangkat mesin basuh dari depan ke bahagian dapur rumah. Berpeluh + mengah jugak dibuatnya tanpa bantuan en. Hubby yang telah keluar bekerja
Si kuning tong roro diletakkan di bahagian hadapan rumah
Gara-gara tersilap mengambil ruang, cik Putih tercium si Kuning
Dapatlah parut di bahagian pipi cikPutih
April 2022 juga menjadi tarikh penting buat dak Kakak, antara calon yang perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sebelum ni tertangguh dek cuti kuarantin akibat Covid-19. Moga dilembutkan hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan dak Kakak. InsyaAllah, Aamin.
Banyak lagi belum kuceritakan, mencari mood untuk bercerita bukan senang, seperti memetik jari sambil mengadap bulan.
#RemajaPurba: ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2022/04/projek-pengubahsuaian-bahagian-dapur.html