Program Transformasi Sekolah Ts25


PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program TS25 ini untuk makluman semua.
Apakah Program Transformasi Sekolah (TS25)? Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM  2013 – 2025).
Program TS25 bermula bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017, sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018, sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat sebanyak 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula, tambahan sebanyak 500 buah sekolah lagi telah dilibatkan dalam program ini di seluruh Malaysia.
Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pegawai SIPartners+ dan Pegawai SISC+.
Menjelang tahun 2021, pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Matlamat Program Matlamat Program TS25 adalah untuk :
Kepimpinan Memantapkan kepimpinan sekolah;
Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP); dan
Penglibatan Komuniti Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
Objektif TS25 Objektif utama program TS25 adalah untuk :
mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP); membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid. Konsep Program Transformasi Sekolah (TS25) Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi. Komitmen komuniti yang padu. Elemen Kemenjadian Murid : Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025.
Elemen Sekolah Berkualiti : Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta sokongan PIBG dan komuniti.
Peranan Rakan Elit Rakan ELIT Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) berperanan memberi sokongan profesional kepada sekolah-sekolah di bawah Program TS25.
*Sokongan profesional : Bimbingan / Pementoran / Kunjung bantu / Khidmat nasihat /
Konsultasi / Perundingan / dll.
Sumber: https://jpnpp.moe.gov.my/pendidik/program-transformasi-sekolah-2025
Baca juga:
Biodata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek Borang Permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-transformasi-sekolah-ts25/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-transformasi-sekolah-ts25

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli Rasis Di Sekolah

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli Rasis Di Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 234 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang pelajar sekolah Tindakan tersebut dikeluarkan selepas Anwar menerima sepucuk surat daripada seora...
Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah

Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 120 hits
Baca GAMBAR LOKASI Kari Ayam Untuk Sibujang Cuti Sekolah Bila cuti sekolah je automatik otak saya bekerja lebih di mana kena memikir menu kat rumah sebab tenghari ada manusia nak makan Haha tapi syukurlah masih ada yang dekat depan mata Yan...
Takwim Sekolah 2023 2024 Kpm Cuti Penggal Persekolahan

Takwim Sekolah 2023 2024 Kpm Cuti Penggal Persekolahan

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 448 hits
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023 2024 CUTI PENGGAL KPM Untuk makluman semua takwim persekolahan dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperi...
Kasihnya Ayah Bantu Siapkan Anak Bapa Ini Bangga Jadi Sekuriti Di Sekolah Anak

Kasihnya Ayah Bantu Siapkan Anak Bapa Ini Bangga Jadi Sekuriti Di Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 115 hits
Bagi sesetengah individu kemewahan bukan pengukur kebahagiaan Jika dapat itu dikira satu bonus namun kasih sayang adalah segalanya Bagi seorang kanak kanak ini dia sememangnya sangat beruntung kerana dibesarkan oleh bapanya yang cukup menga...
Sekolah Pondok Dengan Gelombang Hijau

Sekolah Pondok Dengan Gelombang Hijau

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 92 hits
Mohsin AbdullahArtikel ini ditulis mengambil kira sedikit keputusan pilihan raya Parlimen Padang Serai 7 Dis lalu Saya katakan sedikit kerana walaupun Padang Serai kini milik Perikatan Nasional ia dimenangi Bersatu dan bukan PAS rakannya da...
Warga Asing Tinggal Di Bangunan Sekolah Terbiar Adalah Pekerja Binaan Kata Polis

Warga Asing Tinggal Di Bangunan Sekolah Terbiar Adalah Pekerja Binaan Kata Polis

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 107 hits
WARGA asing yang didakwa mendiami bangunan sekolah terbiar di Taman Desa di Kuala Lumpur merupakan pekerja di sebuah tapak pembinaan berhampiran Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata bagaimanapun ketika pegawai pe...
Jangan Biar Anak Terperuk Dalam Rumah Mak Ayah Pastikan Langkah Ni Waktu Anak Cuti Sekolah

Jangan Biar Anak Terperuk Dalam Rumah Mak Ayah Pastikan Langkah Ni Waktu Anak Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 232 hits
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak anak Selain merangka percutian bersama anak ada baiknya kita pastikan anak anak dalam keadaan baik dan sihat Tambah pula musi...
Mungkin Sebab Sekolah Pondok Was Was Jawab Soalan Da I Syed Kena Kutuk Tak Faham English

Mungkin Sebab Sekolah Pondok Was Was Jawab Soalan Da I Syed Kena Kutuk Tak Faham English

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 66 hits
Sejak mendirikan rumah tangga baru baru ini Da 8217 i Syed serta isteri Hana Ismail sering kali menjadi perhatian ramai kerana gelagat pasangan tersebut sebagai pasangan suami isteri sering kali dilihat dalam media sosial Kalau sebelum ini ...
Ph Takut Dengan Sekolah Pasti

Ph Takut Dengan Sekolah Pasti

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 158 hits
Kerajaan PH Takut dengan PASTI SRITI DAN SMITI Ketakutan itu disebabkan undi generasi muda kpd PAS dlm Pru15 baru2 ini adalah kesan daripada didikan PASTI SRITI SMITI Soalan Wartawan kepada Menteri Pelajaran yang baru ini Membayangkan Sangk...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group

3 Top Rated Things To Do In Jakarta

Jengah Kebun Melihat Tanaman

Vivo Unveils The Perfect Night Party 2024 At Zepp Kuala Lumpur



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Berkait Rasuah Di Perlis Sprm Cadangkan Seorang Suspek Didakwa

Beware Misplaced Trust In Pseudo Intellectuals

Menu Tengahari Sup Ayam Ala Thai Kobis Goreng

Undang Luak Rembau Selamat Dikebumikan

Siri Oppo Reno12 Akan Dilancarkan Di China Pada 23 Mei